Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, April 4, 2014

Buku 4: Langsir & Penataan oleh Rashidah Ibrahim

Buku : Langsir & Penataan oleh Rashidah Ibrahim

Judul   
Langsir & Penataan

Pengarang   
Rashidah Ibrahim

Penerbit   
Berita Publishing

Tahun Terbit   
2013

Harga   
RM20.00

Muka Surat
129

No.Perolehan   
13-04241

Call No   
747.5 RAS

ISBN   
9.78968E+12

Bahasa   
Melayu

Kategori   
Kesenian

Ulasan    :   

Buku ini mengandungi pelbagai rekaan langsir yang  terkini dan menarik.  Gambar berwarna-warni serta jelas dapat membantu peminat mengadaptasikan jahitan langsir kegemaran mereka.

Menurut pengarang, matlamat penggunaan langsir adalah sebagai pelindung dan penyeri ruang.  Keserasian pilihan corak dan warna langsir dengan perabot dan kemasan lain adalah penentu kepada penampilan ruang yang harmoni dan tidak jemu dipandang.

Sesuai dengan tajuk Langsir & Penataan, kandungan buku ini memaparkan pelbagai ilham langsir yang digayakan di pelbagai ruang kediaman.  Rekaan yang dipaparkan meliputi gaya ringkas lisu perancis sehingga kepada yang rumit seperti siku keluang dan eyelet.

Turut dipaparkan langsir lisu cubit, cerut, lisu kotak, pita gelung, goblet, pelmet, siku keluang (scallop), beropol (valance), belon, festun, bidai, berjalur tepi dan berikat reben.

Disediakan Oleh        :   
Fazilarwati binti Abdul Hadi
PAC Jengka

No comments: