BUKU 13 THINGS MENTALLY STRONG PEOPLE DON'T DO by Amy Morin
ISBN: 9780062358295
Call No.: 152.42
Harga: RM36.10
Penulis: Amy Morin
Tahun Diterbitkan: 2014
Penerbit : HarperCollins Publishers
Bahasa : Inggeris
Amy Morin (penulis) telah bertemu ramai individu yang memilih untuk berjaya walaupun berdepan dengan cabaran-cabaran yang besar. Sebagai seorang psikoterapi, ini menginspirasikan beliau untuk menulis 13 Things Mentally Strong People Don't Do, sebuah nukilan di laman sosial yang menjadi viral di seluruh dunia. Buku ini adalah lanjutan daripada nukilan beliau.
Buku ini menawarkan penyelesaian yang mudah dan berkesan untuk meningkatkan kekuatan mental, mencapai kegembiraan dan kejayaan dalam hidup.
Amy Morin memfokuskan kepada konsep kekuatan mental, dan bagaimana mereka yang memiliki kekuatan mental menjauhkan diri dari kelakuan yang negatif seperti bersimpati terhadap diri sendiri, perasaan benci dan cemburu terhadap kejayaan orang lain serta asyik mengenang kegagalan dan memori yang menyedihkan di masa silam. Sebaliknya mereka memfokuskan kekuatan mental kepada perkara positif yang membantu dalam menangani cabaran dan meneroka potensi diri .
Menggabungkan kisah-kisah sebenar yang menarik dan penemuan kajian psikologi yang terkini, penulis mengetengahkan strategi yang praktikal untuk mengelakkan 13 tabiat biasa yang boleh menghalang diri dari mencapai kejayaan.
Buku ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja yang berminat untuk memperbaiki sifat kendiri positif dalam diri mereka.
Ulasan Oleh:
Muhammad Nooramin Bin Mohd Hassan
PAD Lipis
No comments:
Post a Comment