BUKU: HIGH PERFORMANCE SPRINTING oleh Mike Smith
ISBN: 9781861267559
Call No.: 796.422
Harga: RM69.45
Penulis: Mike Smith
Tahun Diterbitkan: 2005
Penerbit : Crowood Press (UK)
Bahasa : Inggeris
Kelajuan, dan bagaimana ia boleh dipertingkatkan adalah keutamaan dalam semua bidang sukan. Buku High Performance Sprinting ini ditulis oleh Mike Smith, seorang jurulatih lari pecut 400m yang terkenal dan disegani di Britain. Hasil kejurulatihan beliau juga telah berjaya menaikkan nama-nama penting dalam sukan lari pecut 400 meter.
Buku ini ditulis dengan baik dengan dibantu oleh ilustrasi dan gambar. Penulis memberikan nasihat dan panduan dalam pelbagai faktor penting yang perlu diambil kira dalam memaksimakan prestasi atlet. Pelbagai sudut diketengahkan dalam program latihan yang merangkumi lari pecut 100m, 200m dan juga 400m. Juga dikongsikan bersama jadual latihan contoh pelari-pelari tersohor Britain dalam mencapai kejayaan dalam bidang lari pecut.
Buku ini sesuai dibaca oleh para atlet, dan orang awam yang berminat untuk menceburi sukan lari pecut.
Ulasan Oleh:
Muhammad Nooramin Bin Mohd Hassan
PAD Lipis
No comments:
Post a Comment