Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, July 17, 2016

BUKU AWAK PENGANTIN SAYA pengarang AINUL HAZRAH

BUKU AWAK PENGANTIN SAYA pengarang AINUL HAZRAH

NO. PEROLEHAN :DBER 16-07287
CALL NO. :F AIN
ISBN :978-983-124-989-5
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI :FIKSYEN MELAYU

ULASAN:
Buku ini berkisar tentang seorang gadis bernama Nurul yang sangat manja,sengal dan tidak tahu langsung untuk membuat kerja rumah sehingga makan pun perlu disuap lantaran terlalu dimanjai oleh Mak Kay dan Nukman lantaran simpati dan kasihan dengan nasib Nurul yang dianggap sial oleh ibu yang melahirkannya.

Nukman terpaksa meminta sahabat baiknya,Fandi untuk menikahi Nurul kerana tidak mahu Nurul dipermainkan oleh Fadzley dan berharap Fandi dapat mengubah perilaku manja Nurul. Nurul terpaksa menerima Fandi yang digelar “Keropok Masuk Angin” sebagai suaminya setelah Fadzley tidak berusaha menunaikan permintaannya. Nurul tidak menyukai Fandi kerana penampilannya yang selebet pada mulanya semakin sedar ada sesuatu yang menarik ada pada suaminya setelah semakin lama tinggal bersama.

Disebalik kedaifan Fandi sebenarnya Fandi menyembunyikan sesuatu tentang dirinya daripada Nurul. Niatnya mahu membuat isterinya merasa kehidupan susah bersamanya. Semua perkara yang dilakukan Nurul pasti ada perkara buruk seperti gosok baju, baju terbakar,bila memasak tepercik minyak dan masak air melimpah terkena tangan Fandi. Namun berkat kesabaran Fandi dan kuasa cinta telah mengubah Nurul menjadi seorang isteri yang lebih baik, rajin dan tahu memasak serta melakukan kerja rumah.

NAMA FAIL COVER BUKU : AWAK PENGANTIN SAYA

JUDUL : AWAK PENGANTIN SAYA
PENGARANG : AINUL HAZRAH
PENERBIT :GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD.
TAHUN TERBIT :2015
HARGA :RM20.00
MUKA SURAT :601
RATING :5/5

No comments: