Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, July 24, 2016

BUKU BIAR BIDADARI MENCEMBURUI DIRIMU pengarang SALIM A. FILLAH

BUKU BIAR BIDADARI MENCEMBURUI DIRIMU  pengarang SALIM A. FILLAH

NO. PEROLEHAN :DBER 04487
CALL NO. :297.57082 SAL
ISBN :978-967-0142-34-0
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI :AGAMA

ULASAN:
Buku ini memaparkan tentang wanita yang mendambakan kedamaian syurga. Betapa wanita solehah tidak pernah alpa dalam setiap sedutan nafas mereka demi memburu nikmatnya. Setiap penceritaan kisah dan riwayat yang beserta dalil dan hadis yang membuatkan pembaca memahami keistimewaan menjadi wanita solehah buat suami. Turut menceritakan betapa mulia dan pentingnya wanita menjaga akhlak dan maruah diri dan suami.

Buku ini turut memaparkan kisah-kisah kehidupan Rasulullah SAW bersama isteri-isteri Baginda yang dapat kita jadikan tauladan dan ikutan untuk kebahagiaan rumahtangga para pembaca. Bagaimana wanita-wanita zaman Rasulullah dan Para Sahabat memilih imamnya berdasarkan agama dan akhlak bukan berdasarkan harta benda dan paras rupa semata untuk mendapatkan keredhaan Allah dan nikmat akhirat.

Kudusnya mereka sehingga membuatkan para bidadari mencemburui kerana menyaksikan mekarnya cinta para suami. Antara kupasan menarik dalam buku ini ialah isu kepimpinan, waris dan agama, fesyen itu trend atau tuntutan agama, katogeri cinta manusia, konsep berhijab, pernikahan, apakah tujuannya, kehebatan seorang ayah, kisah inspirasi rumahtangga mendidik jiwa dan keagungan seorang ibu. Jadikan Biar Bidadari Mencemburui Dirimu ini sebagai panduan bagi memahami teman seperjalanan dalam mencapai destinasi Abadi.

NAMA FAIL COVER BUKU :

JUDUL : BIAR BIDADARI MENCEMBURUI DIRIMU
PENGARANG : SALIM A. FILLAH
PENERBIT :PTS MILLENNIA  SDN. BHD.
TAHUN TERBIT :2012
HARGA :RM18.50
MUKA SURAT :257
RATING :4/5

No comments: