Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Saturday, December 31, 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan

 01.
 02.
 03.
 04.
 05.
 06.
 07.
 08.
 09.
10.

Buku : Siapa Kita 10 Tahun Lagi oleh Hamirudin Hamidi

Buku : Siapa Kita 10 Tahun Lagi oleh Hamirudin Hamidi

No Perolehan : DPEK 05556
Call No. : 158.1 HAM
ISBN : 978-967-5426-69-8
Bahasa : Melayu
Kategori : Falsafah

Ulasan :

Dalam menjalani kehidupan seharian perlu juga kita bertanya kepada diri. Siapa kita 10 tahun lagi. Adakah kita akan menjadi seorang pengurus? Adakah kita akan tetap menjadi seorang kerani? Adakah kita akan menjadi individu yang lebih Berjaya daripada hari ini?

Buku ini menyatakan semestinya pilihan ada ditangan kita. Jadi, marilah kita berfikir sejenak apa yang kita mahukan di dalam kehidupan ini. Perlu diingat kehidupan yang kita jalani ini hanya sekali sahaja. Ia tidak akan berulang kembali.Bermula dengan pertanyaan penting ‘Siapakah diri kita pada masa depan?’, buku ini cuba merungkai jalan-jalan yang sepatutnya dilalui secara nyata dan benar demi untuk mencapai kecemerlangan pada masa hadapan sebelum ditutup oleh satu lagi pertanyaan iaitu ‘Apakah yang bakal kita wariskan kelak kepada anak cucu kita?’

Kesimpulannya di sini, fikirkanlah masa depan yang lebih jauh lagi seperti sepuluh atau dua puluh tahun lagi. Oleh itu, marilah berusaha untuk mengelakkan kesukaran pada masa hadapan dengan cara berusaha lebih gigih lagi pada masa sekarang.

Buku ini sesuai dijadikan hadiah kepada semua lapisan masyarakat dengan harapan bila membacanya kita cuba berusaha merealisasikan impian kita pada masa hadapan dengan lebih berjaya. insyaAllah.

Judul : Siapa Kita 10 Tahun Lagi
Pengarang : Hamirudin Hamidi
Penerbit : Mustread
Tahun Terbit : 2011
Harga : RM 15.92
Muka surat : 201
Rating : 3/5

Disediakan Oleh :
Isham Bin Hamzah
Pembantu Perpustakaan Daerah pekan

Disemak Oleh :
Rohaida Bt. Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

Friday, December 30, 2016

Buku : Cerita Haiwan Bercakap Dengan Rasulullah SAW Dan Cerita-Cerita Lain oleh Ustaz Al- Kautsar

Buku : Cerita Haiwan Bercakap Dengan Rasulullah SAW Dan Cerita-Cerita Lain oleh Ustaz Al- Kautsar

No Perolehan : DPEK 08262
Call No. : K 297.18 ALK
ISBN : 978-967-0618-69-2
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama Islam

Ulasan :
    Buku yang bertajuk Cerita Haiwan Bercakap Dengan Rasulullah SAW Dan Cerita-Cerita Lain ini membuktikan kekuasaan Allah yang Maha Kuasa mampu melakukan apa sahaja walaupun pada pandangan manusia ia adalah sesuatu yang pelik atau luar biasa. Sebagai seorang mukmin kita wajib percaya akan hakikat ini.

“Cerita Haiwan Bercakap Dengan Rasulullah SAW Dan Cerita-Cerita Lain” ini memaparkan cerita-cerita menakjubkan yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW. Semua cerita ini bersumberkan hadis yang sahih. Antaranya adalah kisah Rasulullah SAW bercakap dengan kijang, bercakap dengan biawak padang pasir dan dengan pokok. Di akhir setiap cerita disenaraikan pengajaran yang dapat dijadikan pedoman seperti menepati janji, amanah, bercakap benar, bersyukur dan lain-lain lagi. Di samping itu juga para pembaca akan memperoleh pengetahuan baharu dengan melihat glosari yang disediakan.

Buku    “Cerita Haiwan Bercakap Dengan Rasulullah SAW  Dan Cerita-Cerita Lain” ini  membawa penampilan santai, mudah dan berterus terang dengan disulami ilustrasi kartun. Ini  amat bermanfaat untuk dihadiahkan kepada ibu bapa, penjaga, guru , para remaja dan juga kanak-kanak.

Judul : Cerita Haiwan Bercakap Dengan Rasulullah SAW  Dan Cerita-Cerita Lain
Pengarang : Ustaz Al- Kautsar
Penerbit : Darul Mughni Trading
Tahun Terbit : 2015
Harga : RM 22.32
Muka surat : 184
Rating : 4/5

Disediakan Oleh :
Isham Bin Hamzah
Pembantu Perpustakaan Daerah Pekan

Disemak Oleh :
Rohaida Bt. Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

Thursday, December 29, 2016

Nurul Nabila Syahida Binti Zulkifle pelajar Pengurusan Perpustakaan



Assalamualaikum

Saya Nurul Nabila Syahida Binti Zulkifle berusia 22 tahun. 
Saya dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur pada 15 September 1994. 

Saya mendapat pendidikan awal di Tabika Kemas Gombak Setia. 

Pada tahun 2001, saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Temerloh Jaya, Temerloh dari darjah 1 hingga darjah 5. 

Pada akhir tahun 2005, saya berpindah ke Kuantan dan meneruskan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Permatang Badak

Pada tahun 2007, saya meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Isap, Kuantan. 

Pada tahun 2012, saya ditawarkan untuk meyambung pelajaran di Kolej MatrikulasiPahang. Seterusnya, pada tahun 2013, saya menyambung pendidikan di UniversitiTeknologi Mara (UiTM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Pengurusan Perpustakaan. 

Oleh itu, saya telah menjalani latihan industri di Perbadanan Perpustakaan AwamPahang (PPAP) selama 5 bulan iaitu dari 1 Ogos 2016 hingga 30 Disember 2016 dan bakal menamatkan pengajian pada tahun ini.
  

Buku: 40 Langkah Bijak Mencapai Kejayaan oleh Abu Nur Muizuddin

Buku: 40 Langkah Bijak Mencapai Kejayaan oleh Abu Nur Muizuddin

Buku: 40 Langkah Bijak Mencapai Kejayaan
Pengarang: Abu Nur Muizuddin
No. perolehan: 30779-05
No. panggilan: 297 ABU
ISBN: 983-2087-23-6
Bahasa: Melayu
Kategori: Keagamaan

Ulasan:

Semua orang ingin berjaya di dalam hidup. Tetapi tidak semua tahu bagaimana cara untuk mencapai kejayaan. Buku ini menerangkan tentang 40 langkah bijak yang boleh dilakukan bagi mencapai kejayaan. Terdapat pelbagai cara yang terkandung di dalam buku ini dan asasnya adalah melalui keagamaan dan keimanan. Antara konteks yang terdapat di dalam buku ini adalah seperti dari sudut iman, islam, takwa dan pelbagai lagi. Secara kesimpulan, kita perlu perbanyakkan muhasabah diri dalam kehidupan kita seharian. Cuba perbetulkan apa yang salah dalam hidup kita dan cuba berusaha untuk berubah ke arah kebaikan yang mampu untuk dilakukan oleh setiap insan. Dekatkan diri kita kepada Allah dan agama Islam kerana sesungguhya rezeki itu datang dari Allah Yang Maha Pemurah. Buku ini amat sesuai dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat oleh kerana kandungannya yang sarat dengan pengajaran dan moral serta dapat memberi motivasi kepada kita semua. 

Judul: 40 Langkah Bijak Mencapai Kejayaan
Pengarang: Abu Nur Muizuddin
Penerbit: Jasmine Enterprise
Tahun terbit: 2004
Harga: RM 18.50

Buku : Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada oleh Hilal Asyraf

Buku : Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada oleh Hilal Asyraf

No Perolehan : DPEK 05716
Call No. : 297.57 HIL
ISBN : 978-967-411-076-5
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama Islam

Ulasan :
    Dalam menjalani kehidupan seharian, realitinya kita tidak terlepas daripada melakukan pelbagai dosa.
    Inti pati buku Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada,penulisnya  telah menyatakan dengan jelas bahawa dosa adalah ujian. Untuk kita para pendosa, terbuka ruang, seluas-luas ruangan. Kemudian ingatlah kita kepada pesan Tuhan dalam ayat berurutan:
    “Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada-NYA, sebelum kamu didatangi azab. Ini kerana, sesudah itu kamu tidak diberi pertolongan.” (Surah Az-Zumar, Ayat 54)
    Buku ini sesuai dijadikan hadiah kepada semua lapisan masyarakat. Diharapkan dengan membaca buku ini dapat memanfaatkan kehidupan dunia dan bekalan akhirat kita. InsyaAllah.
 Judul : Untuk Kita Pendosa harapan Selalu Ada
Pengarang : Hilal Asyraf
Penerbit : PTS Millennia Sdn. Bhd.
Tahun Terbit : 2013
Harga : RM 18.00
Muka surat : 230
Rating : 4/5

Disediakan Oleh :
Isham Bin Hamzah
Pembantu Perpustakaan Daerah Pekan

Disemak Oleh :
Rohaida Bt. Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

Tuesday, December 27, 2016

Buku : Ingatlah AKU Kau KU Ingat oleh Dr. Abdul Halim Mahmud

Buku : Ingatlah AKU Kau KU Ingat oleh Dr. Abdul Halim Mahmud

No Perolehan : DPEK 08458
Call No. : 297.211 ABD
ISBN : 978-979-16643-4-9
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan :
     Buku yang bertajuk “Ingatlah AKU Kau KUingat” ini ditulis oleh Dr. Abdul Halim Mahmud. Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat kerana buku ini menyatakan tentang hubungan kita dengan ALLAH SWT.
    Menurut firmanNYA yang bermaksud Ingatlah AKU, nescaya KUingat engkau…(QS. Al-Baqarah [2]: 152). Menurut penulis buku ini menyatakan saat seorang hamba menyebut nama Allah dengan lisan dan hatinya, maka saat itu ia sedang mengingat dan memanggil-NYA. Keutamaan menyebut nama-NYA tidak terhitung dan tidak terbatas. Semua itu kerana seseorang yang menyebut-NYA  ,ia sedang mengikat dirinya dengan keutamaan Allah, Tuhan yang tiada sekutu bagi-NYA. Dialah yang Maha Mendengar doa, mengasihi hamba-NYA dan meredhai orang-orang yang memurnikan iman kepada-NYA.
    Buku ini juga menyajikan keutamaan dalam menyebut-NYA. Dilengkapi dengan dalil-dalil dari Al-Quran dan sunnah Rasul-NYA. Buku ini juga menggambarkan dengan jelas kepada anda cara mengingat Allah dan diingat oleh Allah.
    Buku Ingatlah AKU Kau KUingat ini  amat bermanfaat untuk dihadiahkan kepada ibu bapa, penjaga, guru dan para remaja . InsyaAllah.
 Judul : Ingatlah AKU Kau KUingat
Pengarang : Dr. Abdul Halim Mahmud
Penerbit : Nafas
Tahun Terbit : 2007
Harga : RM 38.50
Muka surat : 285
Rating : 4/5

Disediakan Oleh :
Ahmad Firdaus Bin Omar @ Ramli
Pembantu Operasi
Perpustakaan Awam Daerah Pekan

Disemak Oleh :
Rohaida Bt. Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

Monday, December 26, 2016

Buku : Nama-Nama Indah Buat Sang Bayi oleh Syaikh Bakar ‘Abdullah Abu Zaid

Buku : Nama-Nama Indah Buat Sang Bayi oleh Syaikh Bakar ‘Abdullah Abu Zaid

No Perolehan : DPEK 08471
Call No. : 297.04 BAK
ISBN : 979-3942-58-4
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan :
    Buku “Nama-Nama Indah Buat Sang Bayi” ini sangat bermanfaat kepada kita semua khususnya kepada ibu bapa yang tercari-cari nama yang membawa maksud yang baik. Tidak dapat dinafikan banyak sekali dijumpai zaman ini, ibu bapa muslim memberi nama anak-anaknya dengan nama orang-orang Barat, ataupun nama-nama yang sama sekali tidak membawa maksud kebaikan di dalamnya.
    Besarlah harapan saya, dengan berkongsi membaca buku ini, dapatlah kita sebagai ibu bapa muslim memberi nama anak dengan nama-nama yang indah dan Islami dan merupakan kaedah terindah orang tua bagi buah hatinya di awal-awal kehidupannya di dunia ini. Untuk itulah, Islam sebagai Agama yang sempurna telah memberikan beberapa kaedah dan prinsip-prinsip penting dalam pemberian nama anak. Doa dan harapan bersama semoga nama-nama yang baik ini akan menjadikan anak-anak kita anak-anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah.
    Semoga dengan keindahan nama dan didikan , anak ini mampu pula merealisasikan keindahan akhlak dalam perilakunya seiring dengan nama-nama yang disematkan oleh ibu bapanya kepadanya.
    Diharapkan perkongsian buku ini dapat memberi manfaat kepada semua para pembaca. Selamat membaca.

Judul : Nama-Nama Indah Buat Sang Bayi
Pengarang : Syaikh Bakar ‘Abdullah Abu Zaid
Penerbit : Al-Qowam
Tahun Terbit : 2015
Harga : RM 18.00
Muka surat : 147
Rating : 3/5

Disediakan Oleh :
Ahmad Firdaus Bin Omar @ Ramli
Pembantu Operasi
Perpustakaan Awam Daerah Pekan

Disemak Oleh :
Rohaida Bt. Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

Friday, December 23, 2016

Buku: Aneka Contoh Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara Majlis oleh A. Salleh

Buku: Aneka Contoh Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara Majlis oleh A. Salleh

Buku: Aneka Contoh Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara Majlis
Pengarang:N. A. Salleh
No. perolehan: 36855-08
No. panggilan: 899.2313 NAS
ISBN: 978-983-43425-7-9
Bahasa: Melayu
Kategori: Kesusateraan dan Retorik

Ulasan:

Buku ini mengandungi pelbagai informasi dan segala maklumat tentang pantun. Sebagai contoh, asal-usul pantun, fungsi pantun, teknik penciptaan pantun, senarai kata berima (pembayang) dan banyak itu. Terdapat pelbagai jenis pantun yang terdapat didalam buku ini yang boleh dijadikan panduan dan rujukan oleh sesiapa sahaja yang ingin belajar dan mengetahui jenis-jenis pantun yang sesuai digunakan dalam majlis-majlis tertentu. Antara contoh pantun yang terdapat didalam buku ini adalah pantun memulakan majlis, pantun bacaan doa, pantun mempersilakan tamu memberi ucapan dan pelbagai lagi. Kebiasaanya, pada zaman dahulu bangsa Melayu suka memulakan sesuatu percakapan atau berkias dengan pantun dan telah menjadi adat Melayu sejak dari dulu. Justeru, secara tidak langsung sesiapa yang membaca buku ini dapat mengekalkan adat Melayu dengan mempelajari pantun-pantun yang ada dan sesungguhnya bahasa yang digunakan dalam pantun ini amatlah indah dan sopan.

Judul: Aneka Contoh Pantun Pilihan Mengikut Atur Cara Majlis
Pengarang:N. A. Salleh
Penerbit: Penerbit Al-Falah
Tahunterbit: 2008
Harga: RM 20.00

Ulasan oleh
En. Abdul Hakim bin Abdul Rashid
Ketua Perpustakaan Daerah

Thursday, December 22, 2016

Buku: Pembodek Parasit dalam organisasi oleh Ahmad Faisol Haji Omar

Buku: Pembodek Parasit dalam organisasi oleh Ahmad Faisol Haji Omar

NO. PEROLEHAN :  EJAM 002838

NO. PANGGILAN :  331.25

ISBN :  9789676125750

BAHASA:  MELAYU

KATEGORI:  SAINS KEMASYARAKATAN

ULASAN BUKU:
Pembodek Parasit dalam organisasi’ Perkataan ‘bodek’ juga bermaksud ampu atau mengangkat atau mengipas.  Sementara perkataan parasit pula bermakna sejenis hidupan bahaya yang memusnahkan sesuatu tempat ia bernaung. 

Buku ini dengan tegas dan tepat memberikan kefahaman mengenai perbuatan membodek dan implikasi akibat perbuatan keji. 

Perbuatan untuk memenangi hati seseorang dengan nawaitu untuk mendapatkan sesuatu sebagai jalan pintas yang licik dan tidak bermoral. 

Penulis menyentuh mengenai kesedaran perbuatan membodek boleh meruntuhkan sesebuah institutsi malah boleh meruntuhkan Negara jika berleluasa. 

Peringatan yang jelas agar pengamal perbuatan membodek bertaubat dan tidak bersikap tamak. 

Orang-orang yang teraniaya akibat kejahatan si pembodek yang memfitnah dan memburuk-burukkan anda sehingga hak dinafikan, rezeki disekat dan kemungkinan tindakan berbentuk hukuman dikenakan maka bersabarlah sesesuaian dengan hadis Rasulullah yang bermaksud ‘ Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya maka Dia menimpakan kepadanya musibah(ujian)’  (Riwayat Bukhari). 

Pepatah Melayu juga ada mengingatkan ‘berakit-rakit dahulu berenang-renang kemudian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian’  Usaha gigih, jerih perih kepayahan yang sudah barang tentu akan membuahkan kesenangan di dunia dan akhirat yang abadi.

Pengarang:  Ahmad Faisol Haji Omar
Penerbit:  Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
Tahun Terbit:  2012
Mukasurat:  267
Rating:  8/10

Disediakan oleh
Juriah bt Mohamed
Pembantu Pustakawan Desa Jambu Rias

Wednesday, December 21, 2016

Buku: PANDUAN BELAJAR BAHASA INGGERIS 30 MINIT Penulis: Mohd Mustafa & Koay Soon Yuan

Buku: PANDUAN BELAJAR BAHASA INGGERIS 30 MINIT Penulis: Mohd Mustafa & Koay Soon Yuan

Panduan Belajar Bahasa Inggeris dalam 30 Minit merupakan buku panduan mudah untuk membolehkan pembaca menguasai bahasa Inggeris dengan pantas dan berkesan. Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian.
Bahagian 1: Panduan mudah untuk menyebut perkataan-perkataan bahasa Inggeris
Bahagian 2: Tatabahasa bahasa Inggeris. Tatabahasa yang betul membolehkan pembaca membuat ayat dan soalan yang mudah dengan betul.
Bahagian 3: Perbendaharaan kata dan contoh-contoh perbualan harian telah disusun khas untuk membolehkan kita berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan yakin tanpa sebarang masalah.

Penulis Mohd Mustafa & Koay Soon Yuan, 2007
Penerbit: Read Resources Sdn.Bhd
No. Panggilan : DROM 03660
Harga: RM 3.90

Oleh:
Norhidayah Binti Salleh

Buku: Air Mata Ibu oleh Norani Abd Hamid

Buku: Air Mata Ibu oleh Norani Abd Hamid

NO. PEROLEHAN    :  EJAM 002402
NO. PANGGILAN    :  297.577
ISBN:  9789670210124
BAHASA:  MELAYU
KATEGORI:  AGAMA

ULASAN: Air Mata Ibu merupakan buku yang membentuk sah siah diri setiap anak.  Sesuai dengan perintah agar anak tidak menderhaka kepada kedua ibubapa terutama ibu yang melahirkan. 

Bahagian awal buku dimuatkan dengan kes-kes penderhakaan dan balasan yang setimpal kepada pelaku ketika masih di dunia ini.  Penceritaan yang mudah dengan saiz teks yang sesuai membolehkan semua peringkat pembaca boleh menghayati buku ini dengan cepat. 

Kesah-kesah ikhtibar dari sejarah juga dinyatakan bagi menambah peringatan sediada.  Penekanan berbuat baik kepada ibu melebihi bapa seperti apa yang dinyatakan olah Rasulullah s.a.w. 

Panduan untuk membentuk keluarga mawadah sakinah dangan melahirkan anak-anak yang berbakti kepada ibubapa dan menjauhi penderhakaan diberikan seawal merancang perkahwingan agar kejadian sudah terhantuk baru tegadah tidak terjadi kepada generasi sekarang. 

Dititipkan panduan kepada yang telah terlanjur melakukan penderhakaan agar kembali ke pangkal jalan semoga diberi pengampunan.  Tidak ketinggalan kesah mengenai fadhilat kepada anak soleh yang memuliakan ibubapa.  Betapa ganjaran syurga akan diberikan kepada anak soleh yang menghormati ibubapa dan menjalankan perintah serta suruhan Allah.   

Adalah diharapkan buku ini menjadi panduan kepada ibubapa dan anak-anak dalam mencari Keredhaan Allah dan berjaya dunia dan akhirat.  Mudah-mudahan kehidupan anak-anak akan diberkati Allah kerana keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua orangtua dan kemurkaan Allah juga bergantung kepada kemurkaan kedua orang tua.

Pengarang  :  Norani Abd Hamid
Penerbit :  Best Seller Publication
Tahun Terbit :  2011
Mukasurat :  135
Rating  :  7/10

Disediakan oleh
Juriah bt Mohamed
Pembantu Pustakawan
Desa Jambu Rias

Tuesday, December 20, 2016

BUKU 57 PERMAINAN KREATIF UNTUK MENCERDASKAN ANAK oleh HARTONO SANGKANPARAN

BUKU 57 PERMAINAN KREATIF UNTUK MENCERDASKAN ANAK oleh HARTONO SANGKANPARAN

TAJUK BUKU:   57 PERMAINAN KREATIF UNTUK MENCERDASKAN ANAK
PENGARANG:    HARTONO SANGKANPARAN
NO.PANGGILAN:    745.5942 SAN
ISBN:   978-967-371-846-7
PENERBIT:    SYNERGY MEDIA
TAHUN TERBIT:   2013
EDISI BAHASA:    BAHASA MELAYU
HARGA:    RM 17.90

ULASAN BUKU  ;
Ibu bapa pastinya menginginkan anak yang pintar dan kreatif. Namun, bagaimanakah cara mewujudkannya. Salah satunya boleh melalui permainan kreatif yang disusun dalam buku ini. 57 Permainan Kreatif untuk mencerdaskan anak memberikan alternatif pendidikan bagi anak yang berusia 2-5 tahun di rumah. Dengan hanya memanfaatkan barang sederhana yang ada di sekitar rumah, para ibu bapa dapat bermain bersama anak dengan mudah, murah dan seronok. Bukan itu sahaja, anda juga dapat meningkatkan kemampuan visual, bahasa, mengira dan komunikasi interpersonal anak anda.

ulasan oleh:
Puan Norizan Abdullah
Ketua Perpustakaan Daerah Jerantut

Monday, December 19, 2016

BUKU APA KATA ISLAM MENGENAI MANUSIA oleh MAHMOOD ZUHDI ABDUL MAJID

BUKU APA KATA ISLAM MENGENAI MANUSIA oleh MAHMOOD  ZUHDI ABDUL MAJID

TAJUK BUKU:APA KATA ISLAM MENGENAI MANUSIA
PENGARANG:MAHMOOD  ZUHDI ABDUL MAJID
NO.PANGGILAN:297.57 MAH
ISBN:978-967-5137-80-8
PENERBIT:PTS ISLAMIKA SDN. BHD
TAHUN TERBIT:2010
EDISI BAHASA:BAHASA MELAYU
HARGA:RM 16.00

ULASAN BUKU  ;
Buku ini menghuraikan pelbagai aspek berkaitan dengan hidup manusia sebagai khalifah di dunia. Buku ini menyentuh mengenai peranan manusia dalam melaksanakan tanggungjawab mentadbir alam ini seperti merupakan aset paling bernilai kepada manusia di seluruh alam dan menjadi panduan lengkap bagi menjalani kehidupan seharian adalah al-Quran. Umat Islam hilang kuasa kepimpinan di peringkat antarabangsa apabila meninggalkan hukum Allah. Modal insan yang berteraskan nilai-nilai Islam berjaya mempersiapkan individu yang mampu mendepani segala permasalahan sosial. Kekufuran tidak menghalang seseorang itu daripada mendapat keadilan Islam. Turut memuatkan petunjuk-petunjuk daripada Al-Quran dan hadis bagi memperkukuhkan hujah-hujah yang ada dalam setiap huraian tajuk-tajuk perbahasan dalam buku ini. Setiap topik perbincangan dijelaskan dengan gaya bahasa yang mudah, ringkas dan padat supaya ianya senang difahami oleh para pembaca.

ulasan oleh:
Puan Norizan Abdullah
Ketua Perpustakaan Daerah Jerantut

BUKU: JOM MELUKIS: MENGAPAKAH ANAK ANDA PERLU PANDAI MELUKIS oleh Ruzaimi Mat Rani

BUKU: JOM MELUKIS: MENGAPAKAH ANAK ANDA PERLU PANDAI MELUKIS oleh Ruzaimi Mat Rani

Melukis merupakan kemahiran penting yang wajib dipelajari oleh segenap lapisan umur bermula dari peringkat kanak-kanak sehinggalah dewasa seperti kata pepatah“ Meluntur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”.
Buku ini terbahagi kepada 4 bab iaitu
Bab 1: Jom Melukis, 
Bab 2: Kepentingan Melukis dalam Kehidupan
Bab 3: Asas Melukis dan
Bab 4: Melukis Cara Mudah.
Buku ini sangat sesuai untuk berkomunikasi secara visual dalam kalangan masyarakat dan buku ini dapat membantu mereka mahir dalam melukis supaya dapat berkomunikasi secara visual antara satu sama lain dengan lebih mudah dan berkesan.
Lakaranan lukisan biasanya lebih mudah difahami daripada penerangan kerana puluhan perkataan digunakan untuk menerangkan sesuatu pada benda yang sama tetapi melalui lukisan dengan hanya satu lukisan seseorang dapat memahaminya dengan lebih mudah.

Penulis: Ruzaimi Mat Rani
No Panggilan: DROM 04509
Harga: RM17.00

Ulasan oleh
Ketua Perpustakaan Daerah Rompin
Cik Norhidayah binti Salleh

Sunday, December 18, 2016

BUKU: JOM MAKAN UNTUK SIHAT terbitan Alaf 21

BUKU: JOM MAKAN UNTUK SIHAT terbitan Alaf 21

Buku ini memberi panduan kepada pembaca untuk menyediakan masakan yang berkhasiat kepada keluarga mereka.

Kandungan yang terdapat di dalam buku ini ialah Ramuan Alternatif Sihat, Sihat Seperti Si Vegetarian, Menu Seimbangkan Berat Badan, Menu Berkhasiat Ala Hospital dan Anti Oksidan Dalam Makanan. Maklumat yang penting turut diselitkan dalam setiap resepi sebagai panduan makanan kepada pembaca buku ini.

Penerbit: Alaf 21, 2011
No Panggilan: DROM 02498
Harga: RM 13.00


Ulasan oleh
Ketua Perpustakaan Daerah Rompin
Cik Norhidayah binti Salleh

Saturday, December 17, 2016

BUKU: FOOD LOVERS: CHICKEN. Delicious simple recipies for everyday cooking terbitan Trans atlantic Press.

BUKU: FOOD LOVERS: CHICKEN. Delicious simple recipies for everyday cooking terbitan Trans atlantic Press.

Bagi pencinta makanan terutama sekali makanan berasaskan ayam buku ini sangatlah sesuai bagi mereka.
Buku ini menyediakan pelbagai jenis resepi berasaskan ayam. Terdapat lebih 24 resepi di dalam buku ini yang menerangkan cara dan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak. Bahan yang segar dan langkah-langkah memasak perlulah diikuti dengan betul untuk memastikan masakan yang dimasak berkualiti dan sedap.

Penerbit: Trans atlantic Press, 2011
No panggilan: DROM 04582
Harga : RM9.90



Ulasan oleh
Ketua Perpustakaan Daerah Rompin
Cik Norhidayah binti Salleh

Friday, December 16, 2016

Buku EMPAYAR PERNIAGAAN INTERNET oleh AMMAR ZAHAR

Buku EMPAYAR PERNIAGAAN INTERNET  oleh AMMAR ZAHAR

TAJUK BUKU:   EMPAYAR PERNIAGAAN INTERNET
PENGARANG :    AMMAR ZAHAR
NO.PANGGILAN:    658.87 / AMM
ISBN:   978-967-11103-0-0
PENERBIT :    JOOTAWAN GROUP SDN. BHD
TAHUN TERBIT:   2014
EDISI BAHASA:    BAHASA MELAYU
HARGA :    RM 28.00

ULASAN BUKU  ;
Buku ini  akan mengajar kita bagaimana membina aset terbesar dalam perniagaan internet. Rahsia membina empayar perniagaan internet dengan betul. Strategi mudah dan pantas untuk mempromosi laman web anda secara percuma dan berbayar. Formula membina pendapatan pasif di internet.Rahsia menjual produk fizikal di internet.Cara pakar mendapatkan sahabat joint venture di internet. Ciri-ciri Jootawan internet yang tiada pada orang biasa.

ulasan oleh:
Puan Norizan Abdullah
Ketua Perpustakaan Daerah Jerantut


Thursday, December 15, 2016

BUKU: KOMPILASI MASAKAN ARAB oleh Chef Norzailina Nordin

BUKU: KOMPILASI MASAKAN ARAB oleh Chef Norzailina Nordin

Buku ini memaparkan 60 resepi yang dikenali dalam kalangan masyarakat Timur Tengah. Buku ini sangat sesuai dibaca oleh golongan yang ingin mencuba resepi-resepi baru.
Buku ini turut menerangkan cara membuat dan jenis bahan-bahan yang digunakan dalam masakan arab.
Bahan-bahan yang digunakan untuk setiap resepi di dalam buku ini telah disesuaikan mengikut selera masyarakat kita.

Penulis: Chef Norzailina Nordin , 2009
No Panggilan: DROM 02506
Harga  : RM7.00



Ulasan oleh
Ketua Perpustakaan Daerah Rompin
Cik Norhidayah binti Salleh

Wednesday, December 14, 2016

BUKU:Makin Cantik dengan tudung PENGARANG: Dr. Muhammad Fahd Ats-Tsuwaini

BUKU:Makin Cantik dengan tudung PENGARANG: Dr. Muhammad Fahd Ats-Tsuwaini

No Perolehan: DCAM 07840
ISBN: 9789673712038
Kategori: 297.05
Ringkasan/ Ulasan: Makin cantik dengan tudung
Kita seorang gadis dan kelak akan menjadi seorang ibu. Adakah kita akan memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk melihat susuk tubuh kita mencalarkan reputasi kita atau mencipta dan menyebarkan fitnah serta tuduhan tentang diri kita, disebabkan oleh pandangan, ucapan atau pertemuan yang disengajakan atau tidak disengajakan? Atau adakah kita akan membawa bukti dan tanda tentang kesucian dan keluhuran perilaku kita, bahawa kita tidak boleh sewenang-wenangnya dipandang rendah dan difitnah, dengan cara melaksanakan dan menepati kehendak Allah SWT, petunjuk Rasulullah SAW serta menyusuri cara kehidupan para Ummul Mukminin, dengan harapan agar Allah meredai dan membahagiakan kita semua.

Buku yang sedang kita baca ini bakal memberi kita semua kesempatan agar anda mengetahui hakikat siapa diri kita dan apakah yang anda boleh lakukan melalui suatu karya yang hebat untuk sama-sama kita memperoleh hasil yang mengkagumkan. Marilah bersama-sama kita mengharung lautan ilmu di dalam buku ini, demi meraih keredaan Allah SWT..

Judul: Makin cantik dengan tudung.
Pengarang: Dr. Muhammad Fahd Ats-Tsuwaini
Penerbit: Synergy Media
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM11.20
Muka surat: 118
Rating: 5

Buku: 10 Lagenda Puteri Nusantara oleh Firas Idlan

Buku: 10 Lagenda Puteri Nusantara oleh Firas Idlan

No Perolehan: DTEM 07702/14
ISBN: 978-967-364-157
Kategori: K 398 FIR

Ringkasan/ Ulasan:
10 Lagenda Puteri Nusantara

10 Lagenda Puteri Nusantara ini menghidangkan 10 buah cerita puteri alam melayu paling terkenal yang digubah khusus untuk santapan kanak-kanak.

Sebagai daya penariknya, kisah dan hikayat puteri-puteri ini dihiasi dengan ilustrasi-ilustrasi berwarna-warni yang cantik untuk menarik minat pembaca cilik.

Uniknya, ia juga digarap dengan sedikit perkataan klasik agar kanak-kanak dapat menambahkan lagi kosa kata mereka.

Tujuan utama penerbitan buku ini adalah untuk memperkenalkan, sekali gus menonjolkan semula keasyikan lagenda puteri melayu yang semakin tenggelam dan luput dek zaman.

Penerbit berharap inisiatif murni ini dapat menyumbang kepada pengkayaan bahan bacaan dan terus mengekalkan kekayaan warisan budaya kita dalam diri anak-anak.

Semoga terhibur membacanya!

Judul: 10 Lagenda Puteri Nusantara
Pengarang: Firas Idlan
Penerbit: Edukid Publication Sdn. Bhd
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM35.92
Muka surat: 164
Rating: 5

Ulasan oleh
Zulaiha Ahmad
Ketua Perpustakaan
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh

Tuesday, December 13, 2016

BUKU: BIG AND BUSY SPACE terbitan St.Martin Press

BUKU: BIG AND BUSY SPACE terbitan St.Martin Press

Bagi kanak-kanak yang ingin mengenali lebih lanjut tentang astronomi, angkasa lepas, planet-planet dan banyak lagi sangat buku ini sangatlah digalakkan untuk mereka baca.

Buku ini sangat interaktif dan  memudahkan pembelajaran kanak-kanak dengan adanya ilustrasi yang menarik dan berwarna.

Buku ini sesuai dibaca oleh golongan kanak-kanak linkungan umur 5 tahun dan keatas dengan bantuan ibu bapa.

Buku ini dapat membantu kanak-kanak untuk berimaginasi tentang angkasa lepas dan belajar tentang apa yang terdapat di dunia ini.

DROM 06783
St.Martin Press 2009

Ulasan oleh
Ketua Perpustakaan Daerah Rompin
Cik Norhidayah binti Salleh

Monday, December 12, 2016

BUKU: Wali Songo Rekonstruksi Sejarah Yang Disingkirkan oleh AGUS SUNYOTO

BUKU: Wali Songo Rekonstruksi Sejarah Yang Disingkirkan oleh AGUS SUNYOTO

JUDUL BUKU: Wali Songo
SIRI BUKU:Sejarah
ISBN:9-789-793-907-116
PENGARANG:AGUS SUNYOTO
TARIKH/TAHUN:2012  
EDISI BAHASA:BAHASA MALAYSIA
HARGA: RM 42.00

ULASAN:
Memaparkan Perjuangan Para Ulamak di kepulauan Indonesia “Wali Songo” yang menyebarkan dakwah islam diseluruh kepualauan Indonesia hingga ke pelusuk kepualauan Melayu.

Wali Songo juga turut berjuang mempertahankan tanah air dan agama islam dari belenggu penjajah Belanda dan berusaha mempertahankan akidah islam.

Wali Songo diketuai banyak golongan para ulamak dari pelbagai aliran dan menjalankan kegiatan dakwah dikalangan rakyat dari pelbagai daerah seperti di Jawa barat, kepualauan Sumatra.

Antara kumpulan didalam Wali Songo yang terkenal seperti 
Sunan Ampel yang menyebar islam ditanah Jawa,
Sunan Giri,
Sunan Bonang,
Sunan Kalijaga,
Sunan Gunung Jati dan
Sheikh Siti Jenar.

Kumpulan  Wali Songo juga banyak memainkan peranan dalam mencorak sistem politik diseluruh kepulauan Indonesia ke arah sistem pentadbiran yang berasakan undang-undang islam.
         
Sumbangan para Wali Songo dari perkembangan Islam diseluruh kepualauan Indonesia telah menyumbang kepada melahirkan tokoh agama yang berjuang mempertahankan agama,bangsa dan negara.

Sumbangan para Wali Songo juga bukan sahaja meliputi kepualauan Sumatra, malah Seluruh Malaysia.

DISEDIAKAN OLEH:
AZHARANI A. AZIZ

Link:
1. toko-bukubekas.blogspot.my
2. tokopedia.com
3. transinstitute.blogspot.my

Sunday, December 11, 2016

BUKU: SETENGAH ABAD HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESI OLEH Mohammad Redzuan Othman, Md Sidin Ahmad Ishak dl

BUKU: SETENGAH ABAD HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESI OLEH Mohammad Redzuan Othman, Md Sidin Ahmad Ishak dl

JUDUL BUKU:SETENGAH ABAD HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESIA
SIRI BUKU:
ISBN:978-967-323-139-3
PENGARANG:TIADA
TARIKH/TAHUN:2011
EDISI BAHASA:B. MALAYSIA
HARGA:       RM 55.00

ULASAN:
Merupakan koleksi kertas kerja yang ditulis oleh pengkaji-pengkaji  dari  Malaysia dan Indonesia mengenai hubungan 2 hala Malaysia dan Indonesia.
Hubungan Malaysia-Indonesia sudah lama terjalin berabad-abad lamanya sejak zaman tamadun awal lagi bermula dengan tamadun Kedah tua dimana ramai pedagang-pedagang dari kepualauan Sumatra dan kerajaan srivijaya berdagang disana.

Menjelang abad ke 15, Parameswara telah mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka dan menjadi Raja Melaka yang pertama dan banyak pedagang dari Palembang, majapahit berdagang di Melaka.

Ini diteruskan lagi dengan perkahwinan Sultan Masur Syah dengan Putri Raja Majapahit.

Ia juga memberi  peluang kepada sarjana  kedua-dua Negara menilai kembali hubungan kedua-dua Negara dalam pelbagai bidang dengan mengupas isu-isu dari pelbagai aspek, iatu bahasa, sastera , budaya, sejarah, politik, diplomatik  dan sebagainya.

Ia juga membantu rakyat kedua-dua negara mendalami perbezaan kebudayaan kedua dua negara yang berjiran agar segala permasalahan atau pertikaian dapat diselesaikan dengan suasana muhibah sesuai dengan negara yang berjiran.

DISEDIAKAN OLEH:
AZHARANI A. AZIZ

Links:
1. news.detik.com [malaysia-edarkan-3000-buku-setengah-abad-hubungan-malindo]
2. mybargainbooks.com [setengah-abad-hubungan-malaysia-indonesia]

Saturday, December 10, 2016

Buku: The Princess and the Lion oleh Miles Kelly

Buku: The Princess and the Lion oleh Miles Kelly

No Perolehan: 13-06892
ISBN: 978-1-78209-219-3
Kategori: FI PRI

Ringkasan/ Ulasan:
The Princess and the Lion

Get ready to be swept off your feet by this dazzling collection of princess stories.

Full of spectacular tales of magic, wonder and danger, this book provides an amazing choice of adventures to delve into.

Beautifully illustrated and featuring a range of renowned authors this truly is a gorgeous.

Judul: The Princess and the Lion
Pengarang: Kelly, Miles
Penerbit: Miley kelly Publishing Ltd
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM14.50
Muka surat: 40
Rating: 4

Friday, December 9, 2016

Buku: The Complete Juice Book oleh Suzannah Olivier

No Perolehan: 047700
ISBN: 978-1-84476-237-8
Kategori: 641.875 OLI

Ringkasan/ Ulasan:
The Complete Juice Book

With over 75 fruity, classic and exotic juice recipes, this work introduces juicing and blending techniques, information on ingredients, their properties, flavours and health benefits.

Judul: The Complete Juice Book
Pengarang: Olivier, Suzannah
Penerbit: Southwater
Tahun Terbit: 2008
Harga: RM64.90
Muka surat: 128
Rating: 4

Ulasan oleh
Zulaiha Ahmad
Ketua Perpustakaan
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh

Thursday, December 8, 2016

Buku: Know Your Cat oleh Francesca Riccomini

No Perolehan: 048811
ISBN: 978-0-600-61706-8
Kategori: 599.75 RIC

Ringkasan/ Ulasan:
Know Your Cat: understand how your cat thinks and behaves

Cats can seem mysterious to their owners. They sleep most of the day, are fiercely independent and yet can be playful and affectionate.

With Know Your Cat you can finally unlock the mysteries of your pet's behaviour and truly get to know your feline friend. Learn how to read his expressions, tail flicks, purrs, hisses and meows. Understand why your cat grooms himself, rubs your leg, sprays and adores catnip.

Solve his anti-social behaviour, such as clawing armchairs, running up curtains and drinking from the toilet. All of these secrets and more are revelaed, along with features on the latest feline research and behavioural science.

Judul: Know Your Cat: understand how your cat thinks and behaves
Pengarang: Riccomini, FrancescaPenerbit: Hamlyn
Tahun Terbit: 2008   
Harga: RM49.50
Muka surat: 160
Rating: 5

ulasan oleh
Zulaiha Ahmad
Ketua Perpustakaan
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh