Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, March 24, 2017

Ceramah Bersama PUMIZI di PPAP (Fiqah Wanita Dalam Iddah.)

Pada hari warga ibupejabat PPAP berpeluang bertemu dengan #PUMIZI untuk mendengar ceramah #PUMIZI disamping berpeluang bertanya pelbagai soalan yang tersimpa di minda. Tajuk yang dipilih pada hari ini adalah Fiqah Wanita Dalam Iddah.

 01.
Ini adalah tajuk yang kelihatan senang dan mungkin tidak berkaitan secara langsung kerana ramai yang tidak menempuh perkara ini. Tetapi ini tidak bermakna kita tidak perlu mempelajarinya. Mungkin pada suatu hari akan ada sesiapa kenalan atau sesiapa yang kita kenal terpaksa menempun perkara ini. Maka kita boleh menerangkan bahawa dalam Islam telah ada hukum yang jelas tentang perkara ini. Bolehlah mereka yang berkenaan bertanya dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini.
02
Ceramah ni menjadi menarik perhatian peserta kerana #PUMIZI telah memberi laluan kepada peserta untuk bertanya soalan ketika di awal ceramah. Maka banyaklah persoalan yang terbuku terkeluar dan dilontarkan kepada #PUMIZI.
03
Antara perkara yang dijawab oleh #PUMIZI adalah makruh bagi isteri untuk turut serta ke kubur untuk mengiring jenazah arwah suaminya. Perkara ini berdasarkan alasan ada wanita yang tidak kuat semangat kerana terlalu sedih sehinggakan ada yang menunjukkan kesedihannya dengan menjerit-jerit dan meraung-raung malah sampai berguling-guling di kawasan perkuburan.Kelakuan ini dilarang oleh Islam.
04
Tetapi setiap kejadian mempunyai keadaan yang tidak sama dan tidak boleh diputuskan dengan satu hukum asalnya. #PUMIZI menerangkan pula keadaan yang berlainan apabila semua orang meninggalkan rumah untuk mengiring jenazah ke tanah perkuburan. Tiba-tiba tinggal si isteri yang tua, sakit dan uzur seorang diri dirumah. Maka sudah tentu si isteri tersebut perlu dibawa bersama ke tanah perkuburan kerana tidak sesuai ditinggalkan seorang diri dirumah.
05
Pada sesi ini juga diterangkan adanya pendapat yang berbeza mengenai tempoh masa iaitu 3 kali datang haid atau 3 kali suci dari haid. Dua-duanya boleh diambil kira. Tetapi lebih elok jika kita memanjangkan sikit tempoh tersebut dengan memilih 3 kali suci dari haid.
06
Terdapat juga keadaan yang mana suami menyebut lafaz cerai talak 3 tetapi jatuhnya satu atau jika dilafazkan dengan talak 1 juta pun akan jatuh satu juga. Bila disebut lafaz ini bermaksud ianya tidak boleh dilafaz secara bertulis atau bahasa isyarat bagi orang yang sihat dan waras, ianya berbeza dengan orang bisu atau pekak.
07
Tetapi #PUMIZI juga menerangkan ada keadaannya lafaz cerai talak tiga dan jatuhnya juga tiga. Keadaan ini pernah terjadi di zaman sahabat. Keadaan ini disebabkan sika suami yang selalu menzalimi isterinya. Jika dibiarkan jatuhnya satu maka isteri akan kembali kepada perlakuan zalim oleh suami.
08
Keadaan ini berbeza dengan sikap suami yang sebelum ini saling sayang dan menyanyangi tetapi pada suatu ketika dan suatu saat yang jarang-jarang terjadi maka suami tiba-tiba terus menjatuhkan talak tiga. Disini akan dikira jatunya satu sahaja.
09
Walaubagaimana pun keputusan eloklah diserahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskan. Mahkamah akan memeriksaan semua keadaan bagi memastikan keduanya tidak menerima keputusan yang menyusahkan pasangan.
10
Diterangkan juga oleh #PUMIZI bahawa kita boleh memilih untuk melafazkan cerai atau rujuk tanpa saksi selain dari si suami dengan si isteri sahaja. Apa yang terjadi tetap juga sah dari segi hukum. Tetapi kita bimbang bila keadaan semakin tua atau kita belum tua tetapi semakin pelupa.

Pernah kita mendengar cerita si suami mencari topi keledar. Habis diselongkarnya dalam dan luar rumah kerana mencari topi keledar sedangkan topi keledar telah ada di kepalanya. Pernah juga kita mendengar cerita si isteri mencari cermin mata. Habi diselongkarnya semua bilik dan meja kerana mencari cermin mata yang rupanya telah lama tersangkut atas dahi.

Kalau kita tidak lapurkan kes percerian dan rujuk kepada orang lain atau kepada pihak berkuasa, kita bimbang kita telah terlupa bahawa lafaz cerai sudah lebih tiga kali. Apa akan terjadi kepada zuriat dan nafkah selepas terus bersama setelah bercerai tiga kali. Sebab itu lebih baik ada saksi.

Seterusnya #PUMIZI juga menerangkan tentang pasangan bukan Islam yang telah memeluk agama Islam. Ada ketikanya suaminya telah mendapat hidayah lebih awal dari isteri. Ketika suami memeluk agama Islam, si isteri masih menimbang-nimbangkan keputusan untuk menurut jejak suami. Jika si isteri mengikut jejak langkan suami dalam tempoh edah maka mereka terus menjadi pasangan suami isteri dan tidak perlu akad nikan semula.

Moga perkongsian ini memberi manafaat kepada kita semua.

No comments: