BUKU Bencana Akhir Zaman PENULIS Fahrur Muis PENERBIT PTS Publication 2011
TAJUK BUKU : ‘BENCANA AKHIR ZAMAN’
PENGARANG : FAHRUR MUIS.
NO. PEROLEHAN : EJAM 001710
NO. PANGGILAN : 297.23
ISBN : 9789673660704
BAHASA : MELAYU
KATEGORI : AGAMA
ULASAN :
‘Bencana Akhir Zaman’ memberi penerangan yang jelas dan terperinci mengenai tanda-tanda akhir Kiamat. Beriman kepada hari akhirat adalah satu daripada rukun iman yang mesti diyakini oleh orang Islam. Peringatan diberi agar tidak lalai dan selalu mengingati akhirat,yang demikian akan membentuk akhlak yang baik dan membuat pertimbangan saksama untuk kepentingan kehidupan selepas mati iaitu alam akhirat yang kekal. Antara perkara penting yang tidak boleh dipisahkan daripada keimanan setiap muslim adalah memahami dengan betul mengenai permulaan dan kesudahan kehidupan dunia ini.
Memahami segala bentuk fitnah dan bencana yang akan terjadi pada akhir zaman dan cara-cara menyelamatkan diri daripadanya. Salah faham dalam perkara ini boleh menyebabkan kekeliruan dalam membuat kesimpulan dan sikap yang diambil dalam menangani kehidupan di dunia. Contohnya ialah munculnya Dajjal dan fitnah yang dibawanya dan cara menghindari fitnah tersebut. Tanda-tanda kemunculan Dajjal ada tiga. Pertama pohon-pohon kurma di desa Nakhl Baisan tidak berbuah. Kedua air tasik Thabariyah di Palestin kering. Ketiga keringnya mata air Zughar di Syria yang biasa digunakan bagi mengairi kebun-kebun disekitarnya.
Keadaan dunia sebelum kemunculan Dajja penuh dengan kekacauan, manusia diselubungi pelbagai kesulitan hidup, kelaparan yang amat teruk. Abu Umamah melaporkan kata-kata Nabi Muhammad “ Sebelum kemunculan Dajjal akan terjadi tiga tahun masa susah. Pada masa itu manusia akan ditimpa kelaparan yang amat teruk. Pada tahun pertama, Allah memerintahkan langit supaya menahan sepertiga hujan daripada biasa dan menyuruh bumi menahan sepertiga daripada tanaman-tanamannya. Pada tahun kedua, Allah memerintahkan langit supaya menahan dua pertiga hujan daripada biasa dan memerintahkan bumi supaya menahan dua pertiga daripada tanaman-tanamannya. Dan tahun ketiga, Allah memerintahkan langit supaya tdak menurunkan hujan setitis pun dan menyuruh bumi supaya tidak menumbuhkan tanaman walau sepohon pun. Semua binatang mati kecuali yang dikehendaki Allah”.
Lalu Abu Ummamah bertanya, ‘Wahai Rasul Allah, bagaimanakah manusia boleh hidup dalam keadaan begitu?”
Nabi S.A.W menjawab, “Tasbih dan takbir. Kedua-duanya akan berfungsi sebagai makanan bagi mereka.” (Direkodkan oleh Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan al-Hakim)
Penulis menjelaskan peristiwa-peristiwa kehancuran alam semesta dengan memaparkan tanda-tanda kiamat. Akhir-akhir ini ramai orang yang membicarakan hal ini tanpa asas dan pemahaman yang betul. Akibatnya, ramai yang tersesat dan berasa takut. Penulis juga menjelaskan turutan peristiwa tanda-tanda kiamat berlaku. Disertakan potongan ayat-ayat suci AlQuran yang menyatakan dengan jelas mengenai kejadian Kiamat.
“Langit pun terpecah-pecah pada hari itu. Benarlah Janjinya pasti trlaksana”. Surah al-Muzammil, ayat 18.
“Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilauan minyak”. Surah ar-Rahman, ayat 37.
“Apabila langit terbelah”. Surah al_Infitar, ayat 1)
Pengarang juga menitipkan kata-kata agar pengetahuan tentang tanda-tanda kiamat ini dapat meningkatkan keimanan dan kekuatan jiwa kita sehingga kita dapat memperisapkan diri dengan sebaik mungkin. Insy ALLAH.
Pengarang : Fahrur Muis
Penerbit : PTS Publication
Tahun Terbit : 2011
Mukasurat : 162
Rating : 7/10
Disediakan oleh
Juriah bt Mohamed
Pembantu Pustakawan
Desa Jambu Rias
No comments:
Post a Comment