Buku HULAGU KHAN penulis ABDUL LATIP TALIB penerbit PTS LITERA UTAMA 2009
NO. PEROLEHAN :DBER 09-00761
CALL NO. : F ABD
ISBN : 978-983-3892-41-9
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : NOVEL SEJARAH ISLAM
ULASAN:
Orang Monggol berasal dari daerah pergunungan di Monggolia.Mereka mendiami kawasan pergunungan dari Asia Tengah sampai ke Siberia Utara. Kehidupan mereka di kawasan pergunungan yang sering berpindah randah menjadikan orang Monggol mempunyai watak yang kasar, suka berperang dan berani.
Pada 1215M, Genghis Khan menakluki Negara China selepas berjaya merobohkan tembok besarnya.Selepas itu Genghis Khan memberi tumpuan meluaskan penaklukan di Timur Tengah.Kemudian Genghis Khan meluaskan jajahan takluknya hingga ke Arzerbaijan.Setiap negeri, wilayah dan daerah yang dilaluinya mereka melakukan pembunuhan, rampasan harta benda dan perkosaan. Banguan dan tempat kediaman dibakar.
Hulagu Khan adalah cucu kepada Genghis Khan.Pada tahun 1255 , Hulagu Khan dihantar oleh Mongke Khan bagi menakluk wilayah yang pernah dikuasai oleh orang Monggol di Timur Tengah.Selepas berjaya menakluk wilayah Lurs, di Iran dan Hashasim, Hulagu Khan menumpukan usaha menakluk Kota Baghdad.
Selepas berjaya menumbangkan Khalifah Al-Musta’sim Billah dan menakluk kota Baghdad, Hulagu Khan menakluk Damsyik.Kemudian beliau cuba menakluk Mesir tetapi tentera Monggol dikalahkan oleh tentera Mamalik Mesir di bawah pimpinan Saifuddin Qutuz di Ain Jalut.
Saifuddin Qutuz memilih Ain Jalut bagi menghadapi tentera Monggol kerana kawasan itu lapang, dikelilingi bukit-bukit yang dipenuhi pokok-pokok. Ini memudahkan tentera Islam bersembunyi dan melakukan serangan.
NAMA FAIL COVER BUKU : HULAGU KHAN
JUDUL : HULAGU KHAN:KHABAR HITAM DARI TIMUR
PENGARANG : ABDUL LATIP TALIB
PENERBIT : PTS LITERA UTAMA SDN. BHD.
TAHUN TERBIT :2009
HARGA :RM24.00
MUKA SURAT :241
RATING :4/5
No comments:
Post a Comment