Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, April 11, 2017

Novel: Tombiruo oleh Ramlee Awang Murshid

Buku: Tombiruo oleh Ramlee Awang Murshid

Tajuk Buku : Tombiruo
Penulis : Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf21
No perolehan: 00-00189
Kategori/call no: sastera /899.2333
Mukasurat :  517

Sinopsis Belakang Buku:
Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.

Ulasan:
Bermulanya kewujudan Tombiruo atau nama lainnya Ejim memang dah memberi tandatanya kepada saya. Adakah dia adalah manusia atau bukan. Ejim yang telah dibesarkan seorang pelarian perang memang mendapat tunjuk ajar yang baik. Rupa Ejim yang berlainan menyebabkan dia tetap kekal di dalam hutan dan menjadi menjaga sebahagian hutan yang dimiliki oleh Datuk Karim. Malapetaka yang telah menimpa Datuk Karim dan anaknya telah mengundang satu misteri kepada Amiruddin, menantu Datuk Karim dan keluarga.

Kemunculan Wan Suraya yang cuba merungkaikan misteri dan rahsia pembunuhan di Kuala Lumpur mengundangnya terbang Keningau, Sabah. Apa yang disiasat oleh Wan Suraya memang ada kaitannya dengan apa yang berlaku kepada keluarga Datuk Karim. Amiruddin juga mempunyai hubungan yang kuat dengan Ejim yang membawa kepada terungkainya misteri dan rahsia yang terpendam sekian lama. Yang pastinya penukaran nama di dalam wasiatlah yang menjadi penyebab kepada semua yang berlaku.

ulasan oleh:
Armah Abas
Perpustakaan Awam Daerah Bentong

No comments: