Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, December 25, 2017

BUKU 366 Kisah Rasulku Muhammad PENGARANG Ustaz Mohd. Zanzuri Husain PENERBIT Darul Mughni Trading 2017

BUKU 366 Kisah Rasulku Muhammad PENGARANG Ustaz Mohd. Zanzuri Husain PENERBIT Darul Mughni Trading 2017

No Perolehan: DTEM 000378
ISBN: 978-967-0880-60-0
Kategori: 297.63 MOH
Ringkasan/ Ulasan
Melihat kepada kulit buku 366 Kisah Rasulku Muhammad penuh daya penarik dan membuatkan saya ingin membacanya. Bila ia kisah berkaitan Rasulku Muhammad yang sentiasa dirindui, walaupun buku ini kelihatan seperti untuk bacaan kanak-kanak sahaja, tetapi bagi saya ia sangat baik untuk semua golongan. Apa salahnya kita menambah ilmu dengan bacaan untuk anak kecil.
Anda tidak akan jemu membacanya kerana anda akan menelusuri dan mengenali Rasulullah S.A.W sepanjang kehidupan Baginda. Kisah-kisah yang diceritakan  ringkas dan padat. Penceritaan oleh penulis ini mempunyai sumber rujukan yang sahih.
Buku ini dinobatkan Pemenang Anugerah Buku Negara 2017 (Buku kanak-kanak terbaik). Dapatkan segera buku ini dan anda pasti menyukainya.

Judul: 366 Kisah Rasulku Muhammad
Pengarang: Ustaz Mohd. Zanzuri Husain
Penerbit: Darul Mughni Trading
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM49.90
Muka surat: 192
Rating: 5

Ulasan oleh:
Zulaiha Ahmad, PAD Temerloh

No comments: