Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, December 8, 2017

BUKU Dislokasi Jiwa Pengarang Syikin Zauzi Penerbit Buku Pojok PLT

BUKU Dislokasi Jiwa Pengarang Syikin Zauzi Penerbit Buku Pojok PLT

No Perolehan: DTEM 001286/17
ISBN: 978-967-2018-08-7
Kategori: F SYI
Ringkasan/ Ulasan
Buku ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang mempunyai kisah silam yang tragis. Dia telah didera oleh ibunya dan telah menjadi mangsa liwat bapanya sendiri. Buku ini mengupas tentang isu pedofilia iaitu keinginan mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak.
Penyampaian buku ini secara santai dan ringan dengan memaparkan jalan cerita yang mudah difahami oleh pembaca. Namun begitu, terdapat banyak persoalan yang akan bermain di dalam minda pembaca sepanjang membaca naskah ini sehinggalah penulis merungkai dan menjelaskan kisah sebenar di akhir cerita. Selain itu, penulis juga banyak memaparkan tentang permasalahan mengenai kes penderaan kanak-kanak, dan masalah pedofilia yang sangat membimbangkan.
Antara aspek menarik di dalam buku ini ialah penulis menerangkan tentang Akta Kanak-Kanak 2001 dan menerangkan tentang cara-cara untuk melaporkan kes pedofilia, kes penderaan kanak-kanak dan kes pembuangan bayi.

Judul: Dislokasi Jiwa
Pengarang: Syikin Zauzi
Penerbit: Buku Pojok PLT
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 20.00
Muka surat: 159
Rating: 4

Ulasan Oleh :
Nur Shakinah binti Md Padil,
Pelajar Praktikal UiTM
PAD Temerloh

No comments: