Buku: Pesonanya SABAR
Pengarang: Adil Akhyar
No. perolehan:
No. panggilan: 297.5699 ADI
ISBN: 983-046-407-5
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama Islam
ULASAN
Buku ini menerangkan tentang kebasaran ,ia adalah satu akhlak yang mulia dan juga merupakan pegangan bagi setiap individu mukmin.Orang yang memiliki sifat sabar akan sentiasa tenang,tenteram,mampu menahan diri dari bencana dan ujian serta mempunyai daya juang dan ketabahan yang utuh dalam semua keadaan ia mengandungi pelbagai informasi dan segala maklumat tentang SABAR.
Menurut kamus Dewan,perkataan sabar mempunyai dua erti,Pertama sanggup menahan penderitaan dan kedua tidak terburu-buru.
Kesabaran akan lahir dalam diri seseorang rasa ikhlas,keikhlasan akan menimbulkan rasa minat yang mendalam dan sikap tekun melakukan sesuatu sehingga Berjaya.
Ketakwaan kepada Allah swt menuntut kita bersifat sabar dan mengamalkannya sepanjang masa kerana manusia tidak akan menjadi seseorang yang bertakwa.
Sabar sebagai penahan nafsu dalam konteks amalan hati yang dipengaruhi oleh gelora,gempar hati,ransangan yang menimbulkan rasa marah atau putus asa.
Justeru itu,jika kita tidak redha dan SABAR,sebenarnya itu satu kepelikan kerana orang lain yang melakukan kesalahan ,kita yang merasa susah hati.Sepatutnya itulah perkara yang membolehkan kita masuk dalam syurga dan menjadikan kita sabar dan redha.
No comments:
Post a Comment