Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, December 6, 2017

BUKU Dream and Pray PENGARANG Arif Rahman Lubis PENERBIT Green Dome Publication

BUKU Dream and Pray PENGARANG Arif Rahman Lubis PENERBIT Green Dome Publication

No Perolehan: ESAN 000386
ISBN: 978-967-0728-17-9
Kategori: 297.57
Ringkasan/ Ulasan
Buku Dream & Pray ini merupakan sebuah buku yang padat serta sarat dengan nasihat dan panduan yang sangat berguna untuk kita amalkan didalam kehidupan seharian kita.
Buku ini sesuai dijadikan panduan buat insan yang gelisah hatinya, buat mereka yang diuji dengan pelbagai penyakit, para muslimah yang mendambakan seorang imam yang berakhlak mulia, umat Islam yang berusaha menyempurnakan agamanya, buat suami istari yang belum dikurniakan cahaya mata penyeri kehidupan, para pekerja yang berkerja bagi mencari keberkatan dalam rezeki yang diperolehi, buat anak-anak yang ingin berbakti kepada kedua ibubapanya, bagi sesiapa yang  ingin berbuat perkara terbaik sesame manusia serta buat pelajar yang meniti pencarian ilmu agar semakin baik amalnya semakin cerah masa depannya.Bacalah buku ini dan amalkan.

Didalam buku ini juga disertakan doa-doa pilihan yang boleh kita amalkan didalam kehidupan seharian kita.

Kesimpulannya apa yang terkandung didalam buku ini mengajak kita supaya selalu ingat bahawa Allah adalah segala-galanya. Mohonlah KepadaNya keranahanya Allah sebaik-baik tempat kita memohon pertolongan.

Judul: Dream & Pray
Pengarang:Arif Rahman Lubis.
Penerbit: Green Dome Publication Sdn. Bhd.
Harga: RM 25.00
Mukasurat:193
Rating: 4

Ulasan oleh: Juwahi Md Amin,
Perpustakaan Desa Siber Sanggang

No comments: