Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, February 28, 2018

BUKU Asas Pengurusan Inap Desa DBP 2017

BUKU Asas Pengurusan Inap Desa DBP 2017

No Perolehan: 17 - 000891
ISBN: 978-983-46-1982-4
Kategori: 330.9595 ASA

Ulasan
Buku Asas Pengurusan Inap Desa Di Malaysia ini sesuai dijadikan bahan rujukan oleh mereka yang ingin menceburi industri atau program inap desa. Buku ini member pendedahan awal kepada para pembaca tentang cara pengendalian dan operasi harian inap desa.
Contohnya seperti cara menerima dan menyambut tetamu, agihan bilik dan rumah, pengemasan, reka bentuk dan susun atur. Selain itu juga, pengendalian dan operasi perancangan menu serta aktiviti yang boleh dijalankan kepada tetamu. Buku ini juga mengangkat nilai pengurusan dan ekonomi industri inap desa terutama sektor pelancongan negara.

Judul: Asas Pengurusan Inap Desa Di Malaysia
Pengarang: -
Penerbit: DBP
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM40.00
Muka surat: 195
Rating: 4

Ulasan oleh:
Norjuliana Abdullah,
PD Jenderak Loop

Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.

No comments: