BUKU Buat Duit Dengan Restoran PENULIS Junaidah Hamdan PENERBIT PTS Professional 2009
No Perolehan : 09-00310
No Panggilan : 647.95 JUN
ISBN:9789675226274
Kategori: Dewasa
Ulasan:
Siri buat duit ini menerangkan cara menambah pendapatan tambahan dengan melakukan aktiviti bisnes yang mudah dan cepat.Sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mencari kerja sampingan bagi menambah pendapatan.
Mengandungi panduan lengkap sebelum dan selepas memulakan bisnes.Diterangkan dengan format yang mudah difahami.Buat duit dengan restoran, antara pilihan restoran ialah restoran seafood,steakhouse,cafeteria,restoran etnik ataupun restoran 24jam.
Sekiranya kita tahu apa jenis restoran yang mahu dibuka,mulakan langkah dengan menyediakan maklumat asas yang lengkap kerana diperlukan bagi memulakan penyediaan makanan khasnya memulakan bisnes restoran.Juga Dimuatkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi melancarkan aktiviti membangunkan restoran,pengendalian operasi restoran,susun atur yang sesuai dan pengurusan pentadbiran.
Turut dikongsikan maklumat berkenaan sumber pinjaman bagi mengembangkan bisnes.Guna kreativiti dan cantumkan idea bagi menjadikannya bisnes restoran yang unik ciptaan sendiri.Apa yang penting,ikut kehendak pelanggan dan kita akan hasilkan duit daripadanya.
Judul: Buat Duit Dengan Restoran
Pengarang: Junaidah Hamdan
Penerbit:PTS Professional
Tahun Terbit: 2009
Harga:
Muka surat:
Rating: -
Disediakan Oleh : Disemak oleh :
Mohd Jefri Amri bin Awang Ngah Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Chenor PAD Maran
Ulasan buku ini adalah Program Galakan Membaca Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Buku yang diulas bukan semua dari koleksi perpustakaan, ada juga koleksi peribadi.
No comments:
Post a Comment