Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, April 24, 2018

Jom Baca 2018 Negeri Pahang

Alhamdulillah, telah selesai sambutan JOM Baca 2018 Pahang.

Jom Baca 2018 Daerah Maran telah diadakan di SK Luit telah dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Haji Anua b Haji Salleh, Ketua Unit Akademik yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Maran. Serama 170 peserta telah memeriahkan Jom Baca 2018 Daerah Maran.

Perpustakaan Desa Kuala Sentol turut mengadakan acara sambutan Jom Baca 2018 Kuala Sentul. Majlis dimerahkan oleh kehadiran YH Dato Sri Shahaniza binti Haji Shamsuddin yang mendeklamasikan sebuah sajak.

Di Daerah Lipis pula sambutan telah diadakan  di SMK Orang Kaya Haji Kuala Lipis dengan kehadiran 500 orang peserta. Jom Baca 2018 Daerah Lipis telah dirasmikan oleh YH Dato Mustapa bin Long, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan Awam Daerah Lipis.

Daerah Temerloh telah mengadakan sambutan Jom Baca 2018 di OUM Temerloh. Jom Baca kali ini telah mendapat kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh. Jom Baca 2018 Daerah Temerloh telah melibatkan 80 orang peserta yang terdiri dari guru KAFA dan Al-Quraan Asrama Daerah Temerloh.

Turut memeriahkan sambutan Jom Baca 2018 Daerah Temerloh adalah sambutan di Tabika Kemas Songsang Utara bersama Perpustakaan Desa Sanggang. Bagi Perpustakaan Desa Jenderak Loop pula acara diadakan di Tabika Kemas Kampung Dato Shariff Ahmad. Mini RTC Kerdau juga mengadakan acara Jom Baca 2018 Kerdau melalui Perpustakaan Desa Kerdau.

Jom Baca 2018 Daerah Pekan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Rujhan b Zakaria (Ketua Unit Akademik Pejabat Pendidikan Daerah Pekan) yang mewakili YH Dato Sri Sh. Mohamed Puzi b Sh Ali, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Perpustakaan Awam Daerah Pekan. Majlis sambutan Jom Baca ini telah diadakan di SK Ahmad yang berjaya melibatkan penyertaan seramai 611 orang peserta. Selain itu Pejabat Imigresen daerah Pekan juga turut mengadakan sambutan Jom baca 2018 Pekan.

Bagi Perpustakaan Awam Cawangan Lanchang pula sambutan Jom Baca 2018 Lanchang telah diadakan di SK kuala Kaung. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Kuala Kaung dihadapan 140 orang pelajar dan guru.

Perpustakaan Awam Rompin telah mengadakan sambutan di SMK Sungai Puteri dengen penyertaan 171 orang peserta. Manakala sambutan diPerpustakan Hospital Kuala Rompin turut diadakan dengan kerjasama Puspanita Daerah rompin dan Biro Gerwanis Belia 4B(M) Kawasan Rompin.

Bagi Perpustakaan Awam Daerah Jerantut pula sambutan telah diadakan di SK Pulau Mansok. Disini Jom Baca 2018 Daerah Jerantut telah diadakan dengan kerjasama SK Pulau Mansok dan PIBD SK Pulau Mansok. Sambutan bersama ini berjaya diusahakan setelah SK Pulau Mansok berjaya mendapatkan ahli yang paling ramai berbanding sekolah lain di Jerantut.

Perpustakaan Awam Daerah Raub turut mengadakan Jom Baca 2018 Daerah Raub di sekolah menengah yang baru dibuka iaitu SMK Sega Raub. Sambutan di SMK Sega ini melibatkan 120 guru dan pelajar. Turut menyerti acara Jom Baca 2018 Raub adalah Tabika Kemas Jeram Besu.

Perpustakaan Awam Daerah Bentong telah berjaya melibatkan Komuniti Orang Asli Kampung Sungai Dua Bentong dalam acara Jom Baca 2018 Daerah Bentong. Acara ini mendapat kerjasama Pejabat Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Bentong.Turut hadir adalah Tok Batin Sungai Dua, Pengerusi JKKK dan wakil JAKOA Bentong.

No comments: