ULASAN BUKU PAD RAUB – ABD JAMAL BIN ABD HAMID
Buku Pembahagian Harta Pusaka dan Kepentingan Wasiat / Ghazali Ibrahim / Must Read / 2015
Nombor Panggilan: 297.14 GHA / ISBN: 978-967-0716-44-2 / Bahasa: Melayu
Kategori: Agama
Ulasan:
Ilmu Faraid sangat penting untuk dipelajari dan diamalkan oleh umat Islam. Jika kita mengambil tahu atau mahir dalam ilmu faraid secara tidak langsung kita akan tahu sedikit sebanyak tentang ilmu berkaitan hukum agama, khususnya ilmu dan hokum dalam bab fiqah.
Hal ini demikian kerana, kita perlu terlebih dahulu mengetahui beberapa ilmu antaranya ilmu hisab (matematik), ilmu syarak, ilmu nasab dan persoalan zakat, wakaf, hibah dan seumpanya. Masih ada segelintir pihak yang masih memandang remeh untuk mempelajari ilmu ini.
Acap kali kita melihat di dada akhbar dan media, bahkan di sekeliling kita juga, berlaku kes perebutan harta pusaka antara adik-beradik selepas kematian ibubapa.
Mereka merasakan ilmu faraid ini hanya berguna apabila seseorang telah meninggal dunia sahaja.
Oleh hal yang demikian, umat Islam digalakkan mempelajari ilmu ini sedikit sebanyak agar kita tahu hak dan bahagian sebenar setiap waris agar boleh diguna pakai ilmu tersebut di kemudian hari.
Judul:Pembahagian Harta Pusaka dan Kepentingan Wasiat
Pengarang:Ustaz Ghazali Ibrahim
Penerbit:Must Read SdnBhd
TahunTerbit:2015
Harga:RM30.00
Muka Surat:348
No comments:
Post a Comment