Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, September 2, 2020

Buku Tanggam Rumah Melayu oleh Azmal b Sabil DBP 2017

 ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2020. Buku Tanggam Rumah Melayu oleh Azmal b Sabil DBP 2017

JUDUL BUKU TANGGAM RUMAH MELAYU

PENGARANG AZMAL BIN SABIL

NO. PANGGILAN 684.08 / AZM

ISBN 978-983-46-1577-2

PENERBIT DEWAN BAHASA PUSTAKA

TARIKH / TAHUN TERBIT 2017

EDISI BAHASA BAHASA MELAYU

HARGA RM25.00

ULASAN BUKU

Tanggam merupakan warisan seni bina Melayu yang menggambarkan pencapaian teknologi serta kepakaran masyarakat Melayu dahulu berkaitan bahan binaan, iaitu kayu. 

Tanggam ialah satu sistem yang merujuk suatu bentuk penyambungan struktur kayu dan merupakan elemen penting dalam pembinaan kayu tradisi. Buku ini mengetengahkan satu kajian mengenai tipologi tanggam yang mengaitkan reka bentuk, kekuatan serta penggunaannya dalam pembinaan rumah tradisional Melayu. 

Penerbitan buku ini diharap mampu membentuk kerangka pemikiran dalam kajian mengenai warisan tanggam pada masa akan datang.

Link [ pustaka.librarynet ]

No comments: