Wednesday, January 4, 2012

Pinjaman Kelompok - Lampiran 1 (Syarat)

LAMPIRAN 1

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT
MENJADI AHLI PERKHIDMATAN PINJAMAN KELOMPOK

1.    Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis.
2.    Pegawai dari PPAP akan melawat ke tempat jabatan/organisasi/ pertubuhan/kelab/persatuan yang memohon untuk berbincang dan meninjau kedudukan serta kemudahan-kemudahan yang sedia ada.
3.    Pihak jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan dikehendaki menyediakan satu tempat @ rak khas untuk menempatkan buku-buku pinjaman kelompok supaya tidak bercampur dengan koleksi sendiri bagi memudahkan dari segi kawalan.
4.   Seorang pegawai juga hendaklah ditugaskan supaya bertanggungjawab ke atas pinjaman.
51    Peraturan untuk membaca hendaklah disediakan oleh jabatan/organisasi/ pertubuhan/kelab/persatuan yang menerima perkhidmatan pinjaman kelompok.
6.    Sebanyak 100/300 naskhah buku boleh dipinjam dalam tempoh 1/3 bulan. Lanjutan pinjaman untuk jangka masa 2 minggu lagi boleh dibuat sekiranya tiada permintaan dari pengguna lain.
7.    Pihak jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan hendaklah menyediakan pengangkutan sendiri untuk mengambil dan memulangkan buku-buku yang dipinjam dan bagi Perpustakaan Awam Daerah yang mempunyai perkhidmatan bas bergerak, pihak kami akan datang untuk menghantar serta mengambil bahan/buku di lokasi jabatan/organisasi /pertubuhan/kelab/persatuan.
8)    Pihak jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan buku-buku yang dipinjam.
9.    Pihak jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan adalah bertanggungjawab untuk membayar gantirugi bagi buku-buku yang hilang atau rosak dalam pinjaman berdasarkan Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang 1973 (Enakmen Pahang No. 11 tahun 1973), Peraturan-Peraturan Perbadana Perpustakaan Awam Pahang 1977.
10.    Jabatan/organisasi/pertubuhan/kelab/persatuan yang meminjam buku secara berkelompok dikehendaki bersetuju secara bertulis akan mematuhi syarat-syarat pinjaman berkenaan dengan menandatangani Perjanjian Pinjaman Kelompok PPAP.
11.    Kelulusan diberi hanya setelah pihak pegawai perpustakaan berpuashati dengan segala syarat-syarat di atas.

Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

No comments: