Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, August 27, 2012

Sejarah Kampung Bukit Betong, Lipis


Menurut kisah yang diceritakan oleh orang-orang terdahulu, pada tahun 1505 Orang Asli dalam perjalanan dari Kuala Selinsing yang menyusuri Sungai Jelai telah terdengar siulan burung terkukur yang amat merdu. Mereka terpegun melihat burung tersebut yang sedang bersiul di sepohon rumpun buluh yang terletak di atas bukit. Tiba-tiba kedengaran tangisan seorang bayi di kawasan tersebut. Setelah diamati tangisan itu datangnya dari rumpun buluh yang sama. Rupa-rupanya tangisan tersebut ialah tangisan seorang bayi perempuan yang tidak tahu dari mana asal usulnya.

Menurut kisah yang diceritakan oleh orang-orang terdahulu, bayi perempuan tersebut merupakan seorang puteri yang bernama Puteri Buluh Betong. Bersempena dengan peristiwa tersebut kampung ini telah mendapat nama Bukit Betong dan bermulalah penempatan awal di kampung ini. Pada awal kurun ke-19, pentadbiran kampung ini telah ditadbir oleh Orang Besar Berempat. Orang Besar Berempat merupakan kerabat Di Raja dalam Negeri Pahang yang dikenali dengan gelaran Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai. Kawasan pentadbirannya bermula dari Ulu Jelai sehingga Kuala Tembeling iaitu bermula dari ulu sehingga ke muara sungai di sempadan daerah Jerantut.

Sumber:
Faridah Mustafa
Penyelia Zon 5, Kuala Lipis

4 comments:

Warisan Perba said...

Salam. Menulis SEJARAH KAMPUNG seperti yang dipaparkan dalam blog ini adalah satu inisiatif yang terpuji. Teruskan dengan melakarkan penulisan terhadap Sejarah Kampung berhampiran.

Dalam konteks SEJARAH BUKIT BETONG ini, mungkin ia boleh diperluaskan lagi dengan membuat rujukan silang dengan mewancara orang lama seperti YM Tengku Othman, En Ali (Bekas To'4 Bukit Betong) atau To'4 Bukit Betong sekarang, dan lain-lain yang banyak mengetahui asal usul pembukaan kampung ini.

Tetapi, apa yang pasti KG BUKIT BETONG dibuka kemudian daripada pembukaan KG BUKIT KOTA. Wallahualam.

Warisan Perba said...

Salam. Sejarah Kg Bukit Kota dan Bukit Betong amat berkaitan dengan Dato' Maharaja Perba Jelai (Orang Besar Berempat Pahang). Oleh itu, pembicaraan sejarah kampung tersebut tidak harus mengabaikan elit tradisional ini kerana kedua-dua kampung ini menjadi tempat kediaman dan pusat pemerintahan dan pentadbiran praBritih.

Setelah tokoh-tokoh yang disebut sebelum ini dapat diwawancara, elok juga jika dapat penulis blog membuat rujukan silang dengan En. Wan Amiruddin Dato' Wan Ibrahim (Yang Dipertua Pertubuhan Waris Perba Jelai - Bukit Betong)di samping sejarah bertlis. Wassalam

Warisan Perba said...

Salam 1 Malaysia. BUKIT KOTA - KUALA LIPIS (PAHANG DM) ialah perkampungan lama yang penuh bersejarah kerana ia pernah menjadi Pusat Pemerintahan ORANG BESAR BEREMPAT PAHANG - ULU PAHANG sejak institusi ini wujud kira-kira di akhir abad ke-16M yang lalu. BUKIT KOTA amat berpotensi menjadi salah satu DESTINASI PELANCONGAN SEJARAH. Terima Kasih.

Informasi Lanjut : www.warisansrikota.blogspot.com

Unknown said...

Salam 1 Malaysia. Usaha PERPUSTAKAAN DESA sebagai PUSAT INFORMASI PELANCONGAN sempena TAHUN MELAWAT MALAYSIA merupakan satu langkah yang sangat tepat. Ini bermakna banyak informasi yang perlu ada di PERPUSTAKAAN DESA.

BUKIT KOTA misalnya merupakan KAWASAN WARISAN SEJARAH yang patut menjadi DESTINASI PILIHAN PELANCONGAN SEJARAH pada masa akan datang.

Meskipun, di BUKIT KOTA segala bentuk warisan sejarah masih belum dikaji dan dimajukan, tetapi PARA PENGKAJI SEJARAH DAN TAMADUN tentu teruja dengan khazanah WARISAN ZAMAN SILAM yang masih terbiar.

Terima Kasih.