Tuesday, January 20, 2015

Buku: Detik Cemas Mavi Marmara: Palestin Kami Datang oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin dan Farhan Hadi Mohd Taib

Buku: Detik Cemas Mavi Marmara: Palestin Kami Datang oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin dan Farhan Hadi Mohd Taib

Ringkasan/ Ulasan:
Woshhh!!! Otak bersemburan keluar. Bertaburan di lantai. Seorang relawan Turki, Chevdet yang sedang merakam foto ditembak tepat di dahi di antara dua kening. Tembus ke belakang.

Banyak lagi episod-episod ngeri di atas kapal Mavi Marmara ketika serangan Zionis ke atas kapal itu. Novel ini merakamkan semula peristiwa berdarah 31 Mei 2010 untuk menjadi tatapan generasi kini dan akan datang. Menjadi sejarah. Peristiwa ini begitu penting kerana ia meniup kencang gelombang kebangkitan seluruh dunia, bangun membantu Palestin, menerobos tembok kematian!

Judul: Detik Cemas Mavi Marmara: Palestin Kami Datang
Pengarang: Fatimah Syarha Mohd Noordin, Farhan Hadi Mohd Taib
Penerbit: Telaga Biru
Tahun Terbit: 2010
Harga: RM17.00
Muka surat: 131
No Perolehan: DCAM04146
ISBN: 9789673880089
Kategori: Agama

ulasan oleh
Puan Zulaiha Ahmad
Ketua Perpustakaan
Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands

No comments: