Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, September 27, 2015

Sekitar Ekspo buku Islam Pahang ke 14 tahun 2015 di Kuantan Pahang.

01. 
EKSPO BUKU ISLAM 14, PAHANG
26 SEPT - 4 OKT 2015
KUANTAN PARADE,KUANTAN
10.00 PAGI - 9.00 MALAM
02.
Berikut adalah 13 Panduan Bagaimana menjadi Penulis Yang Baik. Idea asalnya adalah oleh Michael Angier.

1. Jangan Membosankan - Pembaca akan menerima apa sahaja, kecuali jika anda membosankan. Mereka tidak perlu bersetuju dengan pendapat anda, tetapi sekurang-kurangnya mereka hendaklah tertarik dengan apa yang anda tuliskan. Jangan takut menulis sesuatu yang “membosankan”. Baca setiap ayat dan tanya diri sendiri, “Mengapa mereka mesti berminat mengenai perkara ini?”
03
2. Tulis Ayat Pendek - Pembaca tidak perlu berusaha keras untuk memahami apa yang anda tulis. Jika mereka terpaksa membaca semula ayat tersebut kerana strukturnya tidak betul, itu bukanlah salah mereka, sebaliknya salah anda sendiri. Baca dengan kuat apa yang telah anda tuliskan atau mintalah orang lain membacanya dengan kuat untuk mengenalpasti ayat-ayat yang terlalu panjang atau berbelit-belit.
04
3. Tujukan Kepada Pembaca - Guna perkataan “anda” dengan kerap. Cari jalan untuk menghapuskan atau mengurangkan perkataan “saya”. Guna gaya bahasa orang kedua untuk menyampaikan maksud dengan lebih berkesan. Pembaca akan lebih terdorong apabila merasakan bahawa anda sedang bercakap dengan mereka.
05
4. Aktif -Gunakan ayat aktif sebanyak mungkin. Ini lebih berkesan untuk menarik pembaca. Ayat seperti ini dapat membawa pembaca bersama dan hanya memerlukan beberapa perkataan sahaja untuk menyampaikan maksud anda. Contohnya, “Abu sukakan buku ...” adalah lebih berkesan daripada, “Buku yang disukai oleh Abu ...”
06
5.Mudah -Muka depan The Wall Street Journal dan keseluruhan USA Today ditulis bagi tahap pembacaan yang rendah. Mengapa kita perlu berbeza? Orang ramai tidak akan tertarik untuk membaca apa yang mereka tidak fahami. Sampaikan maksud anda dengan cepat dan tepat. Gunakan perkataan dengan sebaik-baiknya dan seminima yang mungkin. Gunakan perkataan yang bertepatan dengan maksudnya, tetapi pastikan yang anda menggunakannya kerana ia adalah perkataan yang betul dan bukannya hanya untuk menunjuk-nunjuk kekayaan perbendaharaan kata anda.
07
6. Bercerita - Penulis dan penceramah terbaik di dunia adalah pencerita yang baik. Cerita anda adalah yang terbaik. Apa yang anda kongsi dengan orang lain adalah pengalaman dan kebijaksanaan dari sudut pandangan anda dan dengan bercerita anda dapat mengambarkannya dengan lebih baik.
08
7. Kenali Subjek Anda - Tulis mengenai sesuatu yang berhak untuk anda tulis. Dalami subjek tersebut, tetapi jangan tulis kesemua yang anda tahu mengenainya. Lebih banyak anda tahu mengenai subjek anda, anda akan lebih yakin dan lebih berkredibiliti untuk menulisnya.
09
8. AYSD - Stesen radio yang harus didengar adalah yang menjuruskan kepada konsep "Apa Yang Saya Dapat". Pembaca atau pendengar mahu tahu apa yang mereka perolehi daripada apa yang anda tulis. Berikan apa yang mereka mahu.
10
9.Tulis Sepertimana Anda Bercakap - Atau sekurang-kurangnya sepertimana anda MAHU bercakap. Kerapkali saya lihat mereka yang mempunyai kemahiran bercakap cuba mengubah gaya bahasa mereka di dalam penulisan dan ia tidak berjaya. Adalah lebih baik jika anda “bercakap” dalam penulisan anda.
11
 10.Lukiskan Gambar - Kita berfikir dalam bentuk gambar dan seharusnya menulis dengan cara yang boleh melukiskan gambar-gambar ini dalam fikiran pembaca. Gambarkan fikiran anda. Berikan contoh. Terangkan sesuatu yang asing dengan cara yang lazim. “Hari pertama Aminah di tempat kerja barunya mengingatkannya kepada pengalaman hari pertama dia bersekolah.”
12
 11. Lupakan Sebentar - Tidak ramai orang yang boleh duduk dan menulis sesuatu dengan sempurna pada kali pertama. Sesebuah penulisan yang penting haruslah ditulis dan disemak kemudian, sekurang-kurangnya sehari kemudian. Beberapa perkara harus disunting beberapa kali.
13
12. Banyakkan Menulis dan Membaca - Nasihat ini datang daripada Stephen King – seorang penulis yang prolifik. Jika anda mahu menjadi seorang penulis yang baik, anda hendaklah melakukan dua perkara – banyak membaca dan banyak menulis. Itu sahaja.
14
13. Fakta Sahaja - Gunakan "fakta sahaja" di mana yang berkenaan. Gunakannya untuk membuat ringkasan atau merangka isi kandungan tulisan anda. Fikirkan mengenai seseorang yang mungkin hanya mula membaca secara ringkas isi tulisan anda. "Fakta sahaja" dapat menarik pembaca terus membaca.
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
 27
 28
 29
 30
 31
 32
 33
 34
35

No comments: