Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, February 14, 2013

Buku 1: Rahsia Menjadi Seorang Bintang oleh Omar Baki b. Abd. Jalil


Dalam menjalani kehidupan seharian, realitinya kita telah diasuh sejak kecil lagi. Sikap positif atau sebaliknya secara tidak langsung lahir bertunjangkan akarnya iaitu keluarga.

Inti pati Rahsia Menjadi Seorang Bintang ini, digarap menadi satu medan motivasi dan ilmu yang sesuai untuk golongan remaja masa kini. Kestabilan, kesejajaran ilmu dunia dan akhirat merupakan formula untuk melahirkan insan yang cemerlang dan dapat memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga, negara serta agama khususnya.

Proses ini seharusnya terlaksana ataupun dilaksanakan ketika anak-anak masih kecil, sejajar dengan pepatah melayu,‘melentur buluh biar dari rebungnya’.

Buku ini sesuai dijadikan hadiah daripada ibu bapa buat anak-anak bagi menerapkan budaya membaca dalam kalangan anak-anak di samping menyuntik aura positif kepada anak-anak. InsyAllah.

Judul : Rahsia Menjadi Seorang Bintang
Pengarang : Omar Baki b. Abd. Jalil
Penerbit : Best Seller Publication
Tahun Terbit : 2011
Harga : RM 11.00
Muka surat : 80
Rating : 4/5





No Perolehan : DPEK 04143
Call No. : 158.1 OMA
ISBN : 978-967-0210-07-0
Bahasa : Melayu
Kategori : Falsafah

Disediakan Oleh :
Pn. Rohaida bt. Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

No comments: