Penggunaan KPI untuk Peningkatan Produktiviti & Pengurusan Modal Insan Secara Berkesan- CPD 16Jam
Tarikh : 13 & 14 Mac 2013 – Park Royal Hotel, Kuala Lumpur
Yuran Latihan – RM1,780.00
- Yuran latihan termasuk minum petang dan pagi, makan tengahari, peralatan dan nota latihan serta Sijil Kehadiran.
Setiap Pendaftaran 3 peserta akan mendapat percuma 1 pendaftaran seterusnya.
Pakej termasuk :
Sampel KRA/KPI
5 Buah Buku – Pengurusan Prestasi, KRA/KPI & Intervensi Prestasi
Sesi Follow-up Percuma – Dalam Tempoh 30 Hari
Pengenalan
Ramai pihak pengurusan sedar bahawa konsep NKRA dan KPI semakin popular digunakan oleh pihak swasta dan kerajaan sejak kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, ianya sudahpun mula digunakan sejak awal tahun 2000. Pihak pengurusan yang telah menggunakan system ini telah mengecapi pelbagai faedah dan pulangan kepada ROI organisasi masing-masing, terutamanya peningkatan produktiviti serta hasil kerja.
Adakah anda tahu bahawa KRA/KPI dapat digunakan dalam 9 cara untuk mempertingkatkan keberkesanan organisasi :
Pengambilan Pekerja secara lebih baik
Pembaikan dalam Fokus Kerja
Perancangan Latihan secara lebih berkesan
Peningkatan keberkesanan pengurusan dan pekerja
Peningkatan dalam Hasil Kerja & ROI organisasi
Memudahkan Intervensi Prestasi
Memudahkan Pengendalian Masalah Disiplin & Prestasi Kerja
Meningkatkan Kualiti Kaedah Penilai Prestasi Keseluruhan
Menambah baik Sistem Pengurusan Prestasi yang Menyeluruh
Kursus 2 Hari ini akan memberikan ilmu dan kemahiran kepada pihak pengurusan mengenai kepentingan sistem ini, serta membolehkan para peserta menulis dan melaksanakan sistem KPI bagi jabatan masing masing.
Objektif Latihan
Memberikan pengetahuan mengenai Sistem KRA/KPI dan kaitannya dengan Sistem Pengurusan Organisasi
Memberikan kesedaran mengenai kepentingan bagi setiap organisasi untuk menerapkan Sistem KRA/KPI sebagai sebahagian dari Sistem Pengurusan Prestasi organisasi
Membolehkan para peserta memperolehi kemahiran dalam menulis dan membangunkan KPI bagi organisasi, jabatan dan kakitangan masing-masing
Membolehkan para peserta menggunakan Sistem KRA/KPI dalam pelbagai aktiviti pengurusan ; pengrekrutan, intervensi prestasi, disiplin pekerja, penilaian prestasi dan lain-lain.
Mendedahkan Sistem Penilaian Prestasi yang berkesan yang sepatutnya digunakan dalam organisasi yang ingin meningkatkan keberkesanan dan membangun.
Kursus ini Sesuai untuk :
Pemilik Organisasi Perniagaan dan Bukan Perniagaan, Pengarah Urusan, Ketua Eksekutif, Pengurus Besar, Para Pengurus dan Eksekutif
Metodologi Latihan – Kaedah Penyampian
Syarahan, Sesi Bengkel, Perbincangan, Analisa Kes dan Pembentangan
Isi Kandungan Kursus
1. Pengenalan Kepada Sistem KRA/KPI
Pengenalan Kepada Pengurusan Prestasi
Mengenali Sistem KRA/KPI
Imbasan Kepada Sistem Kompetensi
Sistem KRA/KPI lawan Sistem Kompetensi
Amalan Terbaik Yang Terkini
2. Penggunaan Sistem KRA/KPI dalam Organisasi
Tahap 1 – Penstafan
Tahap 2 – Keperluan Pembangunan Kompetensi
Tahap 3 – Intervensi Prestasi
Tahap 4 – Hubungan Pekerja (Masalah Prestasi & Disiplin)
Tahap 5 – Penilaian Prestasi
Tahap 6 – Pembangunan Pekerja
3. Kaedah Membangunkan KRA/KPI
Memahami terma asas dalam Sistem KRA/KPI
Memahami Pengkelan Data Bagi KRA/KPI
Mengenali format KRA/KPI
Kaedah Menulis KRA/KPI Organisasi
Kaedah Menulis KRA/KPI Jabatan
Kaedah Menulis KRA/KPI Individu
4. Penggunaan KPI dalam Peningkatan Prestasi
Pemantuan Prestasi lawan KPI
Kaedah dan Teknik Pemantuan
Pengurusan Visual
Format Laporan
Perisian Pemantuan Prestasi
5. Penggunaan KPI dalam Peningkatan Prestasi
Konsep Pengurusan Prestasi Berterusan
Pemantauan Prestasi
Memahami Jurang Prestasi
Intervensi Prestasi – Pekerja Baru
Intervensi Prestasi – Pekerja Bermasalah
Intervensi Prestasi – Pekerja Cemerlang
Intervensi Prestasi – Pemecatan Pekerja
6. Penilaian Prestasi Menggunakan KRA/KPI
Mengenali Sistem Penilaian Prestasi Pekerja
Penilaian Kompetensi lawan Penilaian Hasil Kerja
Format Borang Penilaian Prestasi KRA/KPI
Kaedah Pengiraan
Laporan Hasil Penilaian
7. Kaedah Pelaksanaan Sistem KRA/KPI Secara Berkesan
Langkah-Langkah Pelaksanaan
Pelaksanaan untuk Pekerja Sedia Ada lawan Baru
Faktor Menentukan Kejayaan Sistem KRA/KPI
Pelan Tindakan 30 Hari Selepas Latihan
Biodata Ketua Kursus
Encik Rajkumar
-Ketua Eksekutif Bersama SEGi, Cleverbridge, Gemilang & X Power Event
-B.Econs (Hons), MSc. HRD, Adventure Learning, EQ Certified
-Pengarang 3 Buah Buku – Pengajian Perniagaan & Keusahawanan
En. RajKumar mempunyai pengalaman lebih dari 17 tahun dalam bidang korporat dan pembangunan potensi individu. Pendedahan beliau dalam alam pengeluaran bermula pada tahu 1991, apabila dijawat sebagai penyelia di Yeo’s Tebrau. Pengalaman beliau dalam bidang korporat bermula pada tahun 1995 sebagai Pengurus Penyelidikan di sebuah Syarikat Pembangunan Hartanah anatarabangsa, dan seterusnya bertugas sebagai Jururunding di sebuah firma kedua terbesar di Malaysia yang menganjurkan persidangan, program-program pembangunan diri dan khidmat jururunding. Pada usia 32, beliau bertugas sebagai Ketua Eksekutif di sebuah Pusat Pengajian Tinggi Swasta yang disenaraikan di BSKL. Kini, beliau merupakan Pengarah sebuah Pusat Jururunding & Latihan Korporat, dan terlibat secara aktif dalam program Teambuilding .
Dalam bidang Latihan & Pembangunan, En. RajKumar berkepakaran dalam Pengurusan Prestasi, bidang Pembangunan Jualan, Motivasi, Bina Pasukan Berprestasi tinggi & Pasukan, Kepimpinan, Pengurusan Organisasi, Perubahan & Pembangunan Organisasi.
Selain itu, beliau turut dilantik sebagai Jururunding Prestasi bagi syarikat-syarikat yang terlibat dalam perindustrian, pendidikan dan perkhidmatan. Kesemua perkhidmatan jururunding ini melibatkan beliau menyediakan Sistem Pengurusan Prestasi yang Menyeluruh, Membangunkan KRA/KPI, Pelan Tindakan, Pemantuan Prestasi dan Intervensi Prestasi. Melalui kepakaran beliau, kesemua syarikat berjaya meningkatkan produktiviti dan ROI organisasi masing-masing.
Beliau telah banyak menjalankan pelbagai kursus bagi banyak syarikat-syarikat di Singapura, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak. Di antara organisasi yang telah beliau terlibat dalam bidang latihan & pembangunan adalah Bank Negara, Maybank, Procter Gamble, Top Glove, Petronas, SOGO Steel, Malaysia Institute of Accountant, MAS Cargo, Sime, Titan PP Polymer, Shum Yip Leong Rubber, Maybricks, GN Technology, HKT, Eastern Press, Sam Long Chemical, WCT Engineering, Plastik V, Rubelli, PEPS_JV, Erapoly, Barwil, Lumut Resort, Digi, MARDEC, CIBA Vision, Escatech, BASF Petronas dan banyak lagi.
RajKumar memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi dan Ijazah Sarjana Sains, khusus dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia. Beliau adalah pengarang 3 buah buku dalam Bahasa Melayu dalam bidang perniagaan yang merangkumi aspek-aspek seperti Keusahawanan, Pengurusan, Pemasaran & Kewangan.
Untuk keterangan lanjut sila lawati : www.gmdcinspirasi.com
Hubungi :
GMDC INSPIRASI
Azrol, Ravi atau Seri untuk mendaftar atau kursus inhouse:
Tel: 03-3343 2180 / 013-394 2180
Email : gemilang2020@gmail.com
No comments:
Post a Comment