Pada hari ini 22.2.2013 (Jumaat) Cik Laini bt Mohd Nordin telah menamatkan latihan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Kuantan. Cik Laini telah memulakan zaman persekolahannya di sekolah Tadika Kemas Kampung Selamat Tanjung Api.
01. Setelah tamat bertadika di Tanjung Api, seterusnya Cik Laini telah melanjutkan pelajaran ke SK Terentum dan SK Sungai Soi. Kemudian meneruskan pelajaran menengah di SMK Soi dan SM Teknik Jengka.
02. Pada hari ini Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah menjamu Cik Laini dan kakitangan dengan laksam 'ori'.
Seterusnya Cik Laini menyambung pelajaran ke KPMIM Kuantan. Syarat kemasukannya adalah lulus SPM / SPMV / setaraf dengannya dengan 3 KEPUJIAN Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris (minima Gred B/4B) dan 1 subjek lain lulus peringkat manakala PIP KPM dengan mendapat Gred B dalam subjek English dan Gred C (lulus) dalam semua subjek lain (Mathematics, Information Technology & Pengajian Islam).
03. Kini beliau menyambung pelajaran di Kolej Profesional Mara Indra Mahkota (KPMIM) Kuantan. Bidang yang dipilih adalah Diploma English Communication. Kurikulum bagi program Diploma in English Communication (DEC) telah dibangunkan bersama pihak University of South Australia (UniSA). Program ini milik MARA sepenuhnya pada Julai 2005.
04.
Program Diploma in English Communication (DEC) bertujuan melatih dan mengeluarkan tenaga kerja yang mahir dalam penggunaan Bahasa Inggeris dalam bidang pengurusan perniagaan dan Information Technology (IT).
05. Sepanjang tempoh pengajian, para pelajar Diploma in English Communication (DEC) didedahkan kepada pelbagai kemahiran komunikasi Bahasa Inggeris seperti kemahiran menulis, mendengar, membaca dan kemahiran lisan melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang teratur dan sistematik. Selain itu pelajar juga mempelajari. Business Information System, Digital and Mobile Communication, Principles of Marketing dan Organizational Behaviour.
06. Tiga jejaka yang turut menghadiri majlis tamat latihan untuk Cik Laini.
Wahai segala saudara-saudaraku,
Mengenal Kaabah biarlah tentu,
Jikalau tak kenal Kaabah itu,
Akhirnya kamu menyembah batu.
Mengenal Kaabah biarlah tentu,
Jikalau tak kenal Kaabah itu,
Akhirnya kamu menyembah batu.
07.Turut serta dalam majlis tamat latihan Cik Laini adalah tiga jelita.
Wahai saudara tua dan muda,
Fikirkanlah kamu sentiasa,
Janganlah seperti orang yang buta,
Tinggal ilmu mencari harta.
Fikirkanlah kamu sentiasa,
Janganlah seperti orang yang buta,
Tinggal ilmu mencari harta.
08. Kursus-kursus teras Diploma in English Communication (DEC) adalah:
Introduction to Reading
Introduction to Writing
Academic Reading and Writing (1,2)
Project and Presentation
Introduction to Business Communication
Language Proficiency Development (Introductory, Intermediate, Advanced,Academic)
Introduction to Computer Application
Interpersonal Communication
English in Media
Introduction to Tertiary Learning
Persuasive Communication in Business
Group Dynamics
Understanding Short Stories
Public Communication Skills
Business Correspondence
Critical Literacy
Research and Project
Workplace Communication
Computing Fundamentals
Intercultural Communication: Society, State and the Individual
Fundamentals of Entrepreneurship
Introduction to Reading
Introduction to Writing
Academic Reading and Writing (1,2)
Project and Presentation
Introduction to Business Communication
Language Proficiency Development (Introductory, Intermediate, Advanced,Academic)
Introduction to Computer Application
Interpersonal Communication
English in Media
Introduction to Tertiary Learning
Persuasive Communication in Business
Group Dynamics
Understanding Short Stories
Public Communication Skills
Business Correspondence
Critical Literacy
Research and Project
Workplace Communication
Computing Fundamentals
Intercultural Communication: Society, State and the Individual
Fundamentals of Entrepreneurship
09. Hidangan semasa majlis tamat latihan Pelatih KPMIM Kuantan adalah laksam 'ori' kuah pekat dengan lada dan belacan yang 'kaw'.. Puan Nurul dan Puan Eja sedang menceritakan kenikmatan yang diperolehi semasa memakan laksam istimewa ini.
10. Prospek kerjaya pelajar Diploma in English Communication (DEC) adalah Pegawai Tadbir, Wartawan, Pegawai Pemasaran/Jualan, Pegawai Perhubungan Awam dan Pegawai Sumber Manusia. Mungkinkan Cik Laini bt Mohd Nordin akan menjawat salah satu jawatan tersebut. Sama-samalah kita doakan 'keceriaan' masa depan Cik Laini sebagaimana cerianya wajah Cik Laini.
No comments:
Post a Comment