Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, May 31, 2013

Ceramah HakCipta Dalam Penulisan oleh Cik Hidayatul Marikha dari MyIPO

Pada 30hb Mei 2013 Perbadanan Perpustakaan Pahang telah menganjurkan ceramah yang bertajuk 'HAK CIPTA DALAM PENULISAN'. Turut hadir adalah penulis-penulis dari GAPENA dan Dewan Persuratan Melayu Pahang. Ceramah ini disampaikan oleh Cik Hidayatul Marikha binti Mohd Zuki. dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Hadir sama adalah Puan Hajjah Faridzah Jaafar, Pengarah perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

MyIPO terlibat dalam urusan Cap Dagangan, Paten, Reka Bentuk Perindustrian, Hakcipta, Petunjuk Geografi dan Reke bentuk susun atur litar bersepadu.

Harta Intelek boleh kita nyatakan sebagai suatu hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.

Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut:
1. usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli;
2. karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan
3. penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan
4. karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia.

Karya sastera yang boleh mendapat hakcipta terdiri daripada:-
1. novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lainnya;
2. lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, karya koreografi dan pantomin;
3. treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel;
4. ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain;
5. surat, laporan dan memorandum;
6. syarahan, ucapan, khutbah dan karya-karya lain yang sama sifatnya;
7. jadual atau penyusunan yang dinyatakan dalam perkataan-perkataan, angka-angka dan simbol-simbol sama ada dalam bentuk yang boleh dilihat atau tidak; dan
8. program-program komputer atau penyusunan program-program komputer tetapi tidak termasuk teks rasmi kerajaan atau badan-badan berkanun yang bersifat perundangan atau peraturan, ataupun keputusan-keputusan kehakiman.
01. Ceramah 'HAK CIPTA DALAM PENULISAN'. dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Radzi dari Perbadanan perpustakaan Awam Pahang.
02. Ceramah 'HAK CIPTA DALAM PENULISAN' ini telah disampaikan oleh Cik Hidayatul Marikha binti Mohd Zuki. Beliau adalah antara tenaga penggerak awal dalam menyediakan draf akta hakcipta.
 03. Kini beliau ditugarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Beliau memulakan kerjaya sebagai Timbalan Pendakwaan Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan  di Putrajaya bermula pada 1hb Jun 2010.
 04. Di MyIPO (Intellectual Property Corporation of Malaysia Cik Hidayatul Marikha binti Mohd Zuki. bertugas sebagai 'Senior Assistant Director' di 'Copyright Division. Peserta diterangkan tentang cara paling mudah untuk melindungi hakciptakarya masing-masing iaitu alah menghantar secara poskan karya kita ke alamat sendiri dan setelah sampai jangan dibuka. Bungkusan yang diterima tersebuh hanya dibuka jika perlu membukitkan bahawa kila telah menghasilkan karya tersebut berdasarkan tarikh yang di chop pada sampul surat tersebut.

Satu lagi cara yang dicadangkan oleh Saudara Marsli NO adalah emailkan ke email sendiri bagi merekodkan tarikh karya kita.
 05. Pada 30hb Mei 2013 Cik Hidayatul Marikha telah berpeluang bertemu dengan penulis-penulis Pahang. Semasa sesi ini penulis Pahang telah mencadangkan supaya ahli tribunal dilantik dilkalangan 'penulis bawahan atau penulis lapangan' bukan dikalangan 'penulis atasan' yang menjadi pensyarah. Penulis bawahan adalah orang yang benar-benar dapat menyuarakan kesusahan dan nasib malang yang selalunya dihadapi oleh penulis.

Saudara Marsli NO akta tersebut diimbangkan antara kebajikan penerbit dan kebajikan penulis. Banyak kisah penerbit mendapat keuntungan yang amat besar sedangkan penulisnya hanyalah berputih mata sahaja. Saudara Marsli NO tidak mahu nasib malang penulis Ombak Rindu berulang kali terjadi kepada penulis-penulis.

Saudara Marsli NO juga mahu hakcipta penerbit atas satu-satu karya penulis jangan sampai 50 tahun. Berdasarkan tempoh 50 tahu ini penulis tidak ada hak untuk menerbit semula karya mereka dalam bentuk antologi. Ini kerana hak tersebut berada pada penerbit dan penulis perlu mendapatkan kebenaran penerbit untuk menerbitkan antologi karya mereka.
 06. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Puan Hajjah Faridzah Jaafar menyampaikan cenderahati kepada Cik Hidayatul Marikha Mohd Zuki, Penolong Pengarah Kanan Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
 07. Banyak perkara telah dibongkarkan pada hari ini untuk membantu Perbadanan Harta Intelek Malaysia mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh penulis-penulis khususnya penulis di Pahang. Caramah ini telah memberikan banyak manafaat kepada tiga pihak iaitu Perbadanan perpustakaan Awam Pahang, Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan penulis-penulis Pahang.

Untuk menjadi penulis adalah amat perlu kita mengatahui apakah undang-undang yang berkaitan dengan penulisan. Mungkin pihak tertentu boleh menjadikan "Kursus Asas Hakcipta' adalah kursus wajib kepada bakal-bakal penulis. Setiap penulis muda perlu mendapatkan sijil ini sebelum karya mereka diterbitkan. Keadan ini telah lama di amalkan oleh Jabatan Agama Islam apabila semua bakal pengantin perlu memilik sijil Asas Perkahninan.

23. Kejadian kita dari air yang lazat

 23. Kejadian kita dari air yang lazat,
Cahayanya seperti kilat,
Tatkala asyik tiada ingat,
Baharulah ada junub dan janabat.

Friday, May 24, 2013

22. Tuntutlah ilmu walau di mana

 22. Tuntutlah ilmu walau di mana,
Amal dan ilmu tiada terhingga,
Amal tanpa ilmu diazab kita,
Di akhirat tiada berguna.

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Thursday, May 23, 2013

Header Baru Laman Perpustakaan


Header baru Blog Perbadanan perpustakaan Awam Pahang sempena perasmian Perpustakaan UTC oleh YAB Perdanan Menteri Malaysia.


Ini pula adalah header lama Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Wednesday, May 22, 2013

ANUGERAH PENYUSUN BUKU CEMERLANG (APBC) APRIL 2013

Nama: NATIPAH BINTI BAKAR

Jawatan: AM PEJABAT (KANAN)

NO RAK:16 – 20 (DAN TERBITAN KHAS)

Pageviews by Countries 22.5.2013

Malaysia 93,324
United States 4,165
Indonesia 1,240
Russia 1,022
Singapore 983
Brunei 853
Germany 835
Taiwan 248
France 188
Netherlands 133

Friday, May 17, 2013

21. Adapun sifat makni itu tiada bersekutu

21. Adapun sifat makni itu tiada bersekutu,
Sifat Allah namanya itu,
Tiada boleh bandingankan sesuatu,
Wujud Allah namanya itu.

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com


Wednesday, May 15, 2013

Buku 5: Rahsia Kerjaya Graduan oleh Cr. Muhabir Ibrahim

No Perolehan: 12-04548
Call No. : 398.8 MUH
ISBN: 97896754260944
Bahasa: Melayu
Kategori: 300

Kulit Buku Rahsia Kerjaya Graduan oleh Cr. Muhabir Ibrahim

Ulasan :
Buku ini sesuai dijadikan rujukan kepada para graduan yang masih mencari kerjaya dan bercita-cita untuk berkhidmat dalam sector awam. Buku Rahsia Kerjaya Graduan ini sesuai dibaca agar para graduan tidak lagi mengulangi kesilapan demi kesilapan yang sering dilakukan oleh graduan-graduan sebelum anda melangkah ke alam kerjaya. Di dalam buku ini juga mengandungi contoh-contoh soalan temu duga dalam pelbagai bentuk yang sesuai dijadikan panduan.

Karya Penulisan Cr. Muhabir Ibrahim ini mengenengahkan beberapa jawatan yang mempunyai bidang tugas dan kelaziman yang berbeza dari jawatan yang lain antaranya Pensyarah Universiti, Pegawai Pembangunan Masyarakat dan Penguasa bomba. Ini boleh dijadikan panduan kepada lepasan university untuk memilih bidang mana yang dirasakan sesuai dengan kelayakan. Oleh itu, para graduan yang masih tercari-cari kerja bolehlah membaca buku ini untuk menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran bagi menempuh dunia kerjaya.

Judul: Rahsia Kerjaya Graduan
Pengarang: Cr. Muhabir Ibrahim
Penerbit: Mustread Sdn. Bhd.
Tahun Terbit: 2010
Harga: 20.00
Muka surat: 144 Muka Surat
Rating : 4/5

Tuesday, May 14, 2013

Pembaca Terbanyak PAC Jengka 2012

Pada 25hb April 2013, PAC Jengka telah mengadakan acara ringkas penyampaian hadiah kepada pembaca terbanyak di PAC Jengka bagi tahun 2012. Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Rangkaian PPAP.

Majlis ringkas ini diadakan sempena Mesyuarat Pengurusan Bersama antara PAC Jengka dengan Bahagian Rangkaian PPAP.

Buku 4 : Fail Sulit Presiden Amerika oleh Muhd. Nur Iman Ramli

Kulit Buku Fail Sulit Presiden Amerika oleh Muhd. Nur Iman Ramli

Buku ini ditulis oleh Muhd Nur Iman Ramli yang merupakan Graduan UiAM  dalam bidang sejarah. Pada mulanya hanyalah tugasan daripada pensyarah beliau sehinggalah tercetus minat yang mendalam bagi topik ini.

Penulis banyak menulis buku ini berdasarkan pembacaan beliau dan kajian-kajian dari penulisan sebelum ini yang berkaitan dengan Presiden Amerika. Buku ini boleh dikatakan sebuah bacaan ringan tapi dalam masa yang sama mampu membuatkan pembaca untuk menambahkan ilmu. Percaya atau tidak itu terpulang kepada pembaca untuk menilainya.

Apa yang menarik di dalam buku ini, Penulis telah memuatkan biografi ringkas kesemua Presiden Amerika dari yang pertama sehingga yang terkini. Penulis juga ada mengaitkan teori-teori berkaitan gerakan-gerakan tertentu dibelakang Presiden Amerika Syarikat.

Dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami, buku ini adalah amat menarik untuk dibaca dan difahami.

ANUGERAH PENYUSUN BUKU CEMERLANG (APBC) MAC 2013



UNTUK MAKLUMAN TUAN/PUAN, EN KOH AH WAH TELAH DIPILIH SEBAGAI PEMENANG APBC UNTUK BULAN MARCH INI.

BELIAU ADALAH PENYUSUN BUKU DI RAK FIKSYEN BAHASA INGGERIS.

Tahniah kepada Encik Koh Ah Wah dan Penyelia beliau Encik Ahmad Aziddin b Hj Ahm,ad. Semoga usaha mereka berdua ini dapat dijadikan contoh oleh petugas dan penyelia yang lain.

Buku 3 : Memoir Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Kumpulan Tiga

TAJUK :  Memoir Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Kumpulan Tiga

Ringkasan / Umum :
Buku berjudul Memoir Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Kumpulan Tiga yang ditulis oleh Saudara Aminudin bin Haji Abdul Karim Ph.D mencoretkan memoir dan pengalaman semasa  beliau bertugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) mulai 1979 dimana beliau pernah bertugas diketiga-tiga peringkat pentadbiran iaitu daerah, negeri dan persekutuan.

Berdasarkan pengalaman beliau yang luas dan berkesempatan bertugas di tiga peringkat iaitu daerah, negeri dan persekutuan hampir ke seluruh pelosok negara beliau telah berjaya mencoretkan pelbagai perkara dan asal asul nama nama tempat khusunya di negeri Pahang. Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pandangan.      

Buku ini sesuai dibaca bagi menambah pengetahuan dan pengalaman mengenai sesuatu tempat yang terdapat di negara kita.  

Disediakan oleh:

Zulkepli Haron
PAD Maran

Buku 5 : Bahagianya Menjadi Pengnatin Sepanjang Masa oleh Mardiana Mat Ishak


No Perolehan : Drau 04967
Call No : 297.577 MAR
ISBN : 978-967-5564-92-5
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan :
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga menginginkan kebahagian. Kebahagian yang dikecapi pastinya daripada percikan curahan cinta dan kasih sayang antara suami isteri seterusnya kepada anak-anak. Dalam melayari umah tangga pasangan perlu memiliki sifat-sifat yang terpuji.

secara keseluruhannya, Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa terhasil daripada pemahaman yang baik mengenai punca terjadinya konflik ataupun masalah biasa dalam rumah tangga serta cara mengatasinya.

Buku ini memberi panduan dan tip yang praktikal daripada perspektif Islam supaya kehidupan pasangan suami isteri sentiasa dipayungi rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.

Judul : Bahagianya Menjadi Pengnatin Sepanjang Masa
Pengarang : Mardiana Mat Ishak   
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 19.50
Muka Surat: 272

Buku 4: Perangi Sihir oleh Ansaruddin Agus

No Perolehan : Drau 04996
Call No : 297.39 ANS
ISBN : 978-967-0142-46-3
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan :
Perangi Sihir adalah buku anti-sihir yang dapat memberi penerangan berkaitan gangguan sihir dan cara yang dapat diamalkan bagi mengelak gangguan ini.

Keistimewaan buku ini ialah perkongsian ilmu daripada dua pengamal perubatan , seorang pakar perubatan tradisional dengan pengalaman 40 tahun dan seorang lagi doctor perubatan di salah sebuah hospital terkemuka, Perangi Sihir mengemukakan fakta perihal sihir dan angkara jin, serta kek-kes sebenar daripada pengalaman pesakit.

Perangi Sihir bukan sahaja membuatkan kita lebih faham perihal serangan halus ini, bahkan kaedah bagi melindungi dan mempertahankan diri daripadanya.

Judul : Perangi Sihir
Pengarang : Ansaruddin Agus   
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 18.00
Muka Surat: 215

Buku 3: Biar Bidadari Mencemburui Dirimu oleh Salim A. Fillah

No Perolehan : Drau 04873
Call No : 297.57082 SAL
ISBN : 978-967-0142-34-0
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan :
Buku ini istimewa untuk wanita yang menginginkan syurga. Betapa wanita solehah tidak pernah alpa dalam menunaikan tanggungjawab. Kudusnya mereka sehingga membuatkan para bidadari mencemburui menyaksikan mekarnya cinta para suami. Antara kupasan menarik dalam buku ini ialah isu kepimpinan ,waris, agama.

Fesyen itu trend ataupun tuntutan agama? Kategori cinta manusia. Konsep berhijab. Pernikahan apa tujuannya? Kehebatan seorang ayah.

Kisah inspirasi rumahtangga yang mendidik jiwa dan keagungan seorang ibu.Biar Bidadari Mencemburui Dirimu ini sebagai panduan, bagi memahami teman seperjalanan . Syurga dan destinasi abadi.

Judul : Biar Bidadari Mencemburui Dirimu
Pengarang : Salim A. Fillah   
Penerbit : PTS Millennia Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM 18.50
Muka Surat: 257

Buku 2: Sebelum Anak Derhaka Nasihat Untuk Ibu Bapa oleh Sa’ad Karim

No Perolehan : Drau 05012
Call No : 297.577 SAA
ISBN : 978-967-5401-95-4
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan  :
Harta yang paling berharga yang dimiliki oleh ibu bapa di dunia dan di akhirat ialah anak-anak. Tiada harta yang boleh menandingi selain anak-anak yang boleh membalas jasa dan pengorbanan ibu bapa. Doa yang berpanjangan dan tidak putus-putus diberikan kepada anak-anak semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.

Anak yang membesar tidak menjadi derhaka kerana tabiat atau watak. Faktor-faktor yang mencorak peribadi mereka sama ada mereka menjadi anak yang taat atau derhaka adalah keadaan, pergaulan serta tempat di mana dia dibesarkan.

Jika faktor persekitaran positif maka besar kemungkinan anak-anak akan menjadi anak yang soleh dan begitulah sebaliknya.Buku ini memaparkan bagaimana ibu bapa mampu menjadi pengasuh yang terbaik bagi anak-anak di samping mempelajari bagaimana berinteraksi dengan bijak ketika berhadapan dengan bijak ketika berhadapan dengan sesuatu masalah yang melibatkan anak-anak.

Judul : Sebelum Anak Derhaka Nasihat Untuk Ibu Bapa
Pengarang : Sa’ad Karim
Penerbit : Blue-T Publication Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 20.00
Muka Surat: 162

Buku 6: Misteri Etnik Malaysia terbitan Berita Harian

No Perolehan: 03959
Call No.: R 305.8
ISBN: 978-983-3936-31-1
Bahasa: Melayu
Kategori: Sains Kemasyarakatan

Ulasan:
Misteri Etnik Malaysia menyingkap kehidupan etnik yang kaya dengan adat budaya, amalan dan dengan kepercayaan serta cara hidup yang unik dan menarik. Bagi menyelami kepelbagaian kehidupan masyarakat etnik ini, wartawan Berita Harian sanggup bersusah payah menjejaki dan hidup bersama-sama mereka demi meraih pengalaman yang amat berharga dan bernilai. Pengalaman wartawan dan jurugambar Berita Harian ini diadun menjadi kisah yang menarik dan disiarkan di dalam akhbar Berita Harian dan Berita Minggu pada tahun lepas dan awal tahun ini.

Terhimpun dalam buku ini ialah 12 etnik yang terdapat di Negara Malaysia, iaitu empat etnik dari Sarawak, tiga etnik dari Sabah dan lima etnik dari Semenanjung. Apa yang menarik ialah etnik-etnik ini khususnya dari Sawarawak dan Sabah adalah etnik minoriti yang jarang dikenali oleh masyarakat umum. Malah ada antara etnik tersebut hamper pupus, seperti etnik Tatau yang hanya tinggal lapan orang sahaja.

Selain daripada cara hidup yang penuh dengan warna-warni, buku ini turut menyelongkar sejarah masyarakat etnik tersebut, legenda dan mitos mereka, kaedah rawatan tradisional, kepercayaan mereka kepada warna, batu, tempayan, kegiatan sara hidup, pendidikan dan masalah yang mereka hadapi.
Buku ini adalah usaha awal Berita Harian mendekatkan masyarakat kepada kepelbagaian cara hidup sebenar etnik di Malaysia. Usaha ini diharap dapat diteruskan dengan kajian yang lebih khusus dan mendalam bagi manfaat generasi akan datang.

Judul: Misteri Etnik Malaysia
Pengarang: -
Penerbit: Berita Harian
Tahun Terbit: 2012   
Harga: RM180.00
Muka surat: 380
Rating: 5

Buku 5: Miko Dengan Anak Kucing terbitan Penerbitan Daya Sdn. Bhd

No Perolehan: 03873
Call No.: FM MIK
ISBN: 983-3481-13-2
Bahasa: Melayu
Kategori: Karya Am

Kulit Buku Miko Dengan Anak Kucing terbitan Penerbitan Daya Sdn. Bhd

Ulasan: Buku cerita kanak-kanak ini mengisahkan tentang kehidupan seorang kanak-kanak bernama Miko. Ada dua cerita dalam satu buku dan cerita Miko ini disampaikan dengan menarik dan berwarna-warni. Terdapat banyak mesej yang baik disampaikan kepada pembaca.

Judul: Miko Dengan Anak Kucing
Pengarang: -
Penerbit: Penerbitan Daya Sdn. Bhd
Tahun Terbit: 2012   
Harga: RM29.80
Muka surat: 47
Rating: 5

Monday, May 13, 2013

Pameran bersama SKMM dengan PPAP 4.2.2012

Pada 4hb Februari 2012, SKMM bersama PPAP telah menyertai pameran bersama di Dewan Jubli Kuantan. Perasmiannya telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

 01. Gersedia untuk bergambar.
 02. Gambar kenangan sebelum ketibaan YAb Perdana Menteri Malaysia.
 03. Perasmian oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
 04. Prof Indah sedang memberikan penerangan kepada Dato' Sri Ismail Saberi
 05. Dato' Sri Ismail Saberi sedang menurunkan tandatangan pada buku pelawat di gerai bersama SKMM dan PPAP.
 06. Prof Indah, Puan Hajjah Faridzah dan Dato' Sri Ismail Saberi
07. Puan Hajjah Faridzah dan Prof. Indah bergambar kenangan bersama pegawai dan kakitangan selepas selesai program.

Sunday, May 12, 2013

09 Selesai Majlis Perasmian PD Simpang Pelangai

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Majlsi Perasmian Perpustakaan Desa Simpang Pelangai.
 01. Bergambar kenangan dengan mak angkat Simpang Pelangai.
 02. Semuanyan berjalan dangan lancar.
 03. Tahniah semua.
 04. Perpustakaan Desa Simpang Pelangai ini dibina dengan sumbangan sebanyak RM300,00 oleh TNB.
05. Puan Liza Omar, Pembantu Perpustakaan di PD Simpang Pelangai sedang berihat melepaskan lelah setelah semuanya selesai.

Saturday, May 11, 2013

08 YAB Menteri Besar Pahang merasmikan PD Simpang Pelangai

Inilah saat yang dinantikan oleh kita, akhirnya YAb Menteri Besar Pahang yang juga Pengerusi Perbadanan perpustakaan Awam Pahang akan menurunkan tandatangan pada beliau sebagai tanda merasmikan Perpustakaan desa Simpang Pelangai Bentong Pahang.

 01. Tersedia
 02. Membaca dangan disaksikan oleh Pengurus Besar TNB dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
 03. menurunkan tandatangan
 04. Siap
 05. Berdoa
 06. Bercerita
 07. Menerangkan
 08. Merakamkan
 09. Menjawab
 10. Bertanya
11. Terima kasih YAB Menteri Besar Pahang kerana merasmikan Perpustakaan Desa Simpang Pelangai Bentong Pahang.

Friday, May 10, 2013

07 YAB Menteri Besar Pahang menyampaikan hadiah

Tarikh: 30hb April 2013
Tempat: Perpustakaan Desa Simpang Pelangai, Bentong. Pahang. Malaysia
Aktiviti: Penyampaian hadiah oleh YAB Menteri Besar Pahang sempena perasmian bangunan Baharu PD Simpang Pelangai.
 01
 02
 03
 04
 05
 06 Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang menyampaikan cenderamata kepada YAb Menteri Besar Pahang.
07 YAB Menteri Besar Pahang sedang meneliti buku-buku yang dihadiahkan oleh Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang kepada beliau.

20. Jalan hakikat sangat terpilih

20. Jalan hakikat sangat terpilih,
Hendaklah tahu asalnya benih,
Napi di dalam hati yang putih,
Makrifat kita baharulah jernih.

SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Thursday, May 9, 2013

06 YAB Menteri Besar Pahang

Akhirnya masa-masa yang ditunggu telah sampai. YAB Menteri Besar Pahang telah sampai ke Perpustakaan Desa Simpang Pelangai dengan berjalan kaki sahaja.
 01 Tetamu jemputan
 02 YAB Menteri Besar Pahang berjalan kaki ke Perpustakaan Desa Simpang Pelangai.
 03 Menyambut kedatangan YAB Menteri Besar Pahang
 04  Penghulu Mukim Pelangai, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, YAB Menteri Besar Pahang dan Pengurus Besar TNB.
 05 Tetamu jemputan
 06 Penghulu Mukim Pelangai
07 YAB Menteri Besar Pahang.