Pada 30hb Mei 2013 Perbadanan Perpustakaan Pahang telah menganjurkan ceramah yang bertajuk 'HAK CIPTA DALAM PENULISAN'. Turut hadir adalah penulis-penulis dari GAPENA dan Dewan Persuratan Melayu Pahang. Ceramah ini disampaikan oleh Cik Hidayatul Marikha binti Mohd Zuki. dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Hadir sama adalah Puan Hajjah Faridzah Jaafar, Pengarah perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
MyIPO terlibat dalam urusan Cap Dagangan, Paten, Reka Bentuk Perindustrian, Hakcipta, Petunjuk Geografi dan Reke bentuk susun atur litar bersepadu.
Harta Intelek boleh kita nyatakan sebagai suatu hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.
Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut:
1. usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli;
2. karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan
Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hakcipta. Sesuatu karya adalah dilindungi secara automatik sebaik sahaja ia memenuhi syarat-syarat berikut:
1. usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli;
2. karya tersebut telah ditulis, direkod atau dijadikan dalam bentuk bahan
3. penciptanya adalah orang yang berkelayakan; dan
4. karya tersebut telah dibuat di Malaysia atau penerbitan pertama karya adalah di Malaysia.
Karya sastera yang boleh mendapat hakcipta terdiri daripada:-
1. novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lainnya;
Karya sastera yang boleh mendapat hakcipta terdiri daripada:-
1. novel, cerita, buku, risalah, manuskrip, karya syair dan penulisan lainnya;
2. lakonan, drama, arahan pentas, senario filem, skrip siaran, karya koreografi dan pantomin;
3. treatis, sejarah, biografi, karangan dan artikel;
4. ensiklopedia, kamus dan karya rujukan lain;
5. surat, laporan dan memorandum;
6. syarahan, ucapan, khutbah dan karya-karya lain yang sama sifatnya;
7. jadual atau penyusunan yang dinyatakan dalam perkataan-perkataan, angka-angka dan simbol-simbol sama ada dalam bentuk yang boleh dilihat atau tidak; dan
8. program-program komputer atau penyusunan program-program komputer tetapi tidak termasuk teks rasmi kerajaan atau badan-badan berkanun yang bersifat perundangan atau peraturan, ataupun keputusan-keputusan kehakiman.
01. Ceramah 'HAK CIPTA DALAM PENULISAN'. dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Radzi dari Perbadanan perpustakaan Awam Pahang.
02. Ceramah 'HAK CIPTA DALAM PENULISAN' ini telah disampaikan oleh Cik Hidayatul Marikha binti Mohd Zuki. Beliau adalah antara tenaga penggerak awal dalam menyediakan draf akta hakcipta.
03. Kini beliau ditugarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Beliau memulakan kerjaya sebagai Timbalan Pendakwaan Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di Putrajaya bermula pada 1hb Jun 2010.
04. Di MyIPO (Intellectual Property Corporation of Malaysia Cik Hidayatul Marikha binti Mohd Zuki. bertugas sebagai 'Senior Assistant Director' di 'Copyright Division. Peserta diterangkan tentang cara paling mudah untuk melindungi hakciptakarya masing-masing iaitu alah menghantar secara poskan karya kita ke alamat sendiri dan setelah sampai jangan dibuka. Bungkusan yang diterima tersebuh hanya dibuka jika perlu membukitkan bahawa kila telah menghasilkan karya tersebut berdasarkan tarikh yang di chop pada sampul surat tersebut.
Satu lagi cara yang dicadangkan oleh Saudara Marsli NO adalah emailkan ke email sendiri bagi merekodkan tarikh karya kita.
05. Pada 30hb Mei 2013 Cik Hidayatul Marikha telah berpeluang bertemu dengan penulis-penulis Pahang. Semasa sesi ini penulis Pahang telah mencadangkan supaya ahli tribunal dilantik dilkalangan 'penulis bawahan atau penulis lapangan' bukan dikalangan 'penulis atasan' yang menjadi pensyarah. Penulis bawahan adalah orang yang benar-benar dapat menyuarakan kesusahan dan nasib malang yang selalunya dihadapi oleh penulis.
Saudara Marsli NO akta tersebut diimbangkan antara kebajikan penerbit dan kebajikan penulis. Banyak kisah penerbit mendapat keuntungan yang amat besar sedangkan penulisnya hanyalah berputih mata sahaja. Saudara Marsli NO tidak mahu nasib malang penulis Ombak Rindu berulang kali terjadi kepada penulis-penulis.
Saudara Marsli NO juga mahu hakcipta penerbit atas satu-satu karya penulis jangan sampai 50 tahun. Berdasarkan tempoh 50 tahu ini penulis tidak ada hak untuk menerbit semula karya mereka dalam bentuk antologi. Ini kerana hak tersebut berada pada penerbit dan penulis perlu mendapatkan kebenaran penerbit untuk menerbitkan antologi karya mereka.
06. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Puan Hajjah Faridzah Jaafar menyampaikan cenderahati kepada Cik Hidayatul Marikha Mohd Zuki, Penolong Pengarah Kanan Perbadanan Harta Intelek Malaysia.
07. Banyak perkara telah dibongkarkan pada hari ini untuk membantu Perbadanan Harta Intelek Malaysia mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh penulis-penulis khususnya penulis di Pahang. Caramah ini telah memberikan banyak manafaat kepada tiga pihak iaitu Perbadanan perpustakaan Awam Pahang, Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan penulis-penulis Pahang.
Untuk menjadi penulis adalah amat perlu kita mengatahui apakah undang-undang yang berkaitan dengan penulisan. Mungkin pihak tertentu boleh menjadikan "Kursus Asas Hakcipta' adalah kursus wajib kepada bakal-bakal penulis. Setiap penulis muda perlu mendapatkan sijil ini sebelum karya mereka diterbitkan. Keadan ini telah lama di amalkan oleh Jabatan Agama Islam apabila semua bakal pengantin perlu memilik sijil Asas Perkahninan.
No comments:
Post a Comment