Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, August 27, 2013

Cahayamata: FAZIELIANA BINTI ABDUL HALIM (Bukit Kening)

TAHNIAH

 TAHNIAH KEPADA PUAN FAZIELIANA BINTI ABDUL HALIM
PETUGAS PD PNM BUKIT KENING
KERANA TELAH MELAHIRKAN
ANAK LELAKI
CAHAYA MATA YANG KE 3
PADA
26 OGOS 2013
DI HOSPITAL TEMERLOH.

Info dari
azma Tuesday 09:43:20 am 27 August 2013


BUKU 6: KOMUNIKASI ASAS UNTUK PELAJAR oleh Ahmad Marzuki Ismail

No Perolehan:07/00195PJ
Call No.           :D 302.2 AHM
ISBN: 978-983-195-309-9
Bahasa: Melayu

Ulasan:-
Hasil nukilan Ahmad Marzuki Ismail ini amat sesuai untuk guru-guru, pelajar dan juga ibu bapa.

Bagi guru-guru dan ibu bapa, buku ini boleh dijadikan panduan asas kepada pembentukan pelajar dan anak masing-masing.

Buku ini memberi penekanan kepada dua aspek iaitu aspek bertutur dan mendengar dalam kalangan pelajar sekolah.

Penulis mengutarakan beberapa perkara asas di dalam konsep bertutur dan mendengar agar dapat membantu setiap pelajar dalam mengembangkan sahsiah diri.

Bagi guru-guru pula, pengisian dalam penghuraian penulis ini diharapkan dapat membantu mereka mengenal pasti kelemahan dan kekurangan yang ada dalam kalangan pelajar.

Dalam buku ini, penulis memberi penekanan tentang faktor yang mempengaruhi diri seseorang dalam berkomunikasi serta hubungan antara komunikasi dengan interaksi.

Penekanan ini untuk membuka pemikiran pelajar bahawa komunikasi di dalam dan luar sekolah mempunyai pelbagai kelebihan dan kekuatan.

Pelbagai elemen dalam komunikasi dijelaskan kepada pelajar supaya mereka prihatin dan peka terhadap sumbangan komunikasi di dalam kehidupan seharian.

Tajuk: Komunikasi Asas Untuk Pelajar
Penulis: Ahmad Marzuki Ismail
Penerbit: Karisma Publications Sdn.Bhd
Harga  : RM -
Mukasurat        : 175 ms

BUKU 5: NIAGA ONLINE oleh Saliyati Suhaimi

No Perolehan:10/00005
Call No.: D 658.72
ISBN: 978-983-124-485-2
Bahasa: Melayu

Ulasan:-
Ledakan teknologi maklumat telah membawa satu fenomena baru yang melanda masyarakat dunia iaitu berniaga di internet.

Melihat kepada kejayaan sesetengah individu yang berniaga secara online mendorong pelbagai pihak memasang angan-angan untuk berjaya menjadi jutawan internet.

Namun begitu impian hanya tinggal impian apabila tersalah percaturan dan kekurangan ilmu dalam berniaga secara online.

Buku Niaga Online ini cuba membantu merealisasikan impian sesiapa sahaja yang ingin berjaya di dalam perniagaan sebegini.

Apa yang menarik mengenai buku ini, pembaca di ajar langkah demi langkah untuk membuat perniagaan di internet.

Tajuk: Niaga Online
Penulis: Saliyati Suhaimi
Penerbit: Alaf 21
Harga: RM 10.00
Mukasurat: 214 ms

Sunday, August 25, 2013

Buku :my Samsung galazy tab oleh Eric Butow and Lonzell Watson

No Perolehan: 04961
Call No.  005.1 BUT
ISBN: 978-0-7897-4797-6
Bahasa: Inggeris
Kategori: Karya Am

Ulasan:
Buku ini menerangkan bagaimana menggunakan Samsung Galazy Tab.
Buku ini mengandungi pelbagai bab yang menerangkan mengenai setiap aplikasi yang terdapat dalam Galazy Tab.

Bagi peminat teknologi ini bolehlah mendapatkan buku ini bagi memudahkan dan memahirkan diri dalam menggunakan Galazy Tab ini.

Judul: My Samsung Galaxy Tab
Pengarang: Eric Butow and Lonzell Watson
Penerbit:Pearson Education,Inc
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 87.45
Muka surat: 495
Rating : 4/5

Buku :effective sports coaching oleh Alan Lynn

No Perolehan: 04956
Call No.  796.677 LYN
ISBN: 947-1-84797-194-4
Bahasa: Inggeris
Kategori:  Kesenian

Ulasan:
Buku ini menerangkan mengenai bagaimana melatih dalam bidang sukan, meliputi semua elemen dalam bidaang kejurulatihan dan menerangkan mengenai teknik melatih yang berkesan yang boleh digunakan dalam bidang sukan.

Buku ini banyak mengandungi maklumat bagaimana hendak menjadi jurulatih sukan yang berkesan serta terdapat banyak soalan, latihan dan teknik-teknik untuk memperbaiki sistem kejurulatihan.
 
Judul: Effective Sports Coaching:A Practical Guide
Pengarang: Alan Lynn
Penerbit:The Crowood Press Ltd
Tahun Terbit: 2010
Harga: RM 80.10
Muka surat: 208
Rating : 4/5

Friday, August 23, 2013

35. Syariat itu martabatnya tinggi

35. Syariat itu martabatnya tinggi,
Yang dipakai oleh Saidina Ali,
Barang siapa dapat asalnya jadi,
Yang bergantung tiada bertali.


SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Digital Lifestyle Malaysia 2013 (DLM2013) at KLCC from 23-25 August 2013

Digital Lifestyle Malaysia (DLM2013), an initiative
by The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC)
to promote and accelerate the development and adoption of applications and services.
 
It includes the adoption of intelligent Internet of Things infrastructures in Internet-based communications transactions to promote growth and better quality of life.

Digital Lifestyle Malaysia (DLM2013) is at Hall 5, KL Convention Centre.

Dijemput ke SKMM Bengkel Gaya Hidup Digital - yang akan diadakan semasa Ekspo Gaya Hidup Digital 2013 pada 23-25 ​​Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur 2013.

Objektif bengkel ini adalah untuk mempromosi, dan memberi kesedaran serta mempamerkan Gaya Hidup Internet dan mendengar pendapat pakar-pakar industri mengenai manfaat Gaya Hidup Internet.


Mewujudkan kesedaran dan perkongsian pengetahuan dalam rantaian yang berasaskan nilai akademik, pengeluar / pembekal, penjual, penyepadu sistem, pengguna dan industri yang berkaitan dengan gaya hidup digital di Internet serta penggunaan Internet dalam menghadapi cabaran dalam pasaran global.

Di samping itu, diadakan sesi jaringan untuk berkongsi idea dan pandangan tentang trend baru di Internet  model perniagaan, jangkaan pengguna, cabaran dan faedah kos memberi tumpuan kepada pelbagai pemboleh teknologi seperti RFID, NFC, WSN dalam Penjagaan Kesihatan, PengangkutanKomuniti dan Kesan dan ekosistem.

PENDAFTARAN

Tuesday, August 20, 2013

Kursus: MOTIVASI PEMBINAAN SIKAP POSITIF DAN PERSONALITI PEKERJA CEMERLANG

MOTIVASI PEMBINAAN SIKAP POSITIF DAN PERSONALITI PEKERJA CEMERLANG

Date: 26 & 27 Aug, 2013                  
Settings: Seri Pacific, KL

Pengenalan

Setiap organisasi mempunyai misi dan visi yang menjadi panduan utama halatuju organisasi. Pada umumnya, misi dan visi organisasi merupakan perancangan masa depan organisasi dan banyak menfokuskan aspek produktiviti, keuntungan dan pembangunan insan. Bagi perancangan jangka pendek, selalunya organisasi menentukan aktiviti-aktiviti kritikal tahunan dalam bentuk Key Resul t Areas (KRA's) maka komitmen daripada seluruh warga organisasi adalah amat diperlukan.

Objektif

- Menilai kekuatan dan kelemahan individu dan seterusnye membentuk personaliti pekerja yang cemerlang.

- Membincangkan dan mengetahui mengenai matlamat kehidupan insan dan bagaimana untuk menterjemahkannya dalam kehidupan kerjaya di dalam sesebuah organisasi

- Membincangkan serta menganalisis isu-isu berkaitan dengan pembinaan keyakinan diri, membentuk wawasan dan pemikiran positif

- Memahami dan menghargai mengenai konsep kejayaan daripada perspektif Barat

- Mengetahui mengenai strategi-strategi untuk mencapai kejayaan daripada pendekatan Barat

- Memahami konsep kejayaan daripada perspektif Jepun

- Memahami konsep kejayaan daripada kacamata Islam


Siapa yang Patut Hadir?

Pegawai, Pembantu Pegawai, Supervisor, Kerani


Kandungan Kursus

Modul 1 Membentuk Keyakinan Diri

1.1 Secara: Muhasabah Diri (Self - Analysis and Balancing Your Life in the 7 Areas of Life) dan Mencungkil Potensi Diri

1.2 Imej Peribadi (Self-Concept, Self-Image, Self-Esteem)

1.3 The Wheel of Fortune

1.4 Analisis Peribadi

1.5 Potensi Diri

1.6 Konsept Otak Kanan dan Otak Kiri

1.7 Latihan Otak Kanan dan Otak Kiri

Modul 2 Menetapan Kenyataan Misi Peribadi (Developing A Mission Statement), Mengenalpasti kekuatan-kekuatan dan menentukan Sumbangan Positif Kepada Dunia

2.1 Konsep Kejayaan

2.2 The Immigration Attitude (Bob Proctor)

2.3 Promotable Posturing: A Foundation For Advancement

2.4 Konsep Kejayaan

2.5 Pandangan-pandangan:

- Napolean Hill
- Earl Nigtingale
- Denis Waitley
- Schwarts
- Dr. Joseph Murphy
- Norman Vincent Peale
- Zig Ziglar

Modul 3 Mempunyai Wawasan, Hidup Seimbang, Idola Hidup dan Projeksi Hidup

3.1 Imej Peribadi yang dihasratkan (Desired Self-Image)
3.2 Konsep Visualisasi (Mental Picture) (Gambaran)
3.3 Idola Hidup (Role Models)
3.4 Projeksi Imej (Image Projection)
3.5 Rangkaian (Networking)

Modul 4 Mengetahu Keutamaan - keitamaan (Knowing Your Priorities)

4.1 Menentukan Keutamaan bagi 7 Bidang Dalam Hidup berdasarkan Nilai-Nilai Teras dan Misi Peribadi

Modul 5 Perancangan (Planning)

5.1 Konsep G0al Setting (SMART G0al)
5.2 Konsep Perancangan
5.3 Strategi - strategi untuk mencapai kejayaan
- Napoleon Hill
- Clement Stone
- Norman Vincent Peale

Modul 6 Mempunyai Pemikiran Positif

6.1 Mengatasi Masalah sebagai peluang dalam hidup
6.2 Kesilapan sebagai pengajaran (Failure/Mistake as a Lesson in Life)
6.3 Konsep Pemikiran Positif
6.4 Gantikan Input Negatif Kepada Positif
6.5 "Self-Talk" yang Positif dan "Positive Words"

Modul 7 Kesabaran (Persistence)

7.1 Mengatasi kesukaran (To encounter difficulities)
7.2 Kesabaran dan Natjahnya (Persistence and its consequences)
7.3 Konsep Kejayaan dari Perspektif Jepun
7.4 Konsep Kejayaan dari Perspektif Islam
7.5 Penilaian Kursus

Fees per pax: RM 1290

Group Pax: Please contact our office

Inhouse: Please contact our office

For Full Brochure please e-mail at info@versatile-learning.com or call us at 03-77344781/0178897579

About Us

Versatile Learning provides leadership development, technical and softskill development and performance improvement solutions to both Government Sector through our well qualified training professionals with diversified skills and experience.

Our Location

4-1, 1st Floor, Jalan Elektron U16/N Denai Alam, Seksyen U16, 40160 Shah Alam, Selangor D.E.


Founder and Executive Chairman
Versatile Learning Sdn Bhd
Datin Setia Shahariah Hashim

BUKU 4: RAHSIA BISNES MAMAK oleh Muhammad Faisal Sharbudin

No Perolehan: 09/00120PJ
Call No. : D 650.109595
ISBN: 978-983-3586-75-2
Bahasa: Melayu

Ulasan:
Buku ini mendedahkan beberapa formula berjaya yang digunakan oleh peniaga India Muslim yang sinonim dengan panggilan “mamak”.

Kewujudan mereka dalam dunia bisnes tidak sekadar melibatkan bisnes makanan semata-mata.Bukan sekadar formula kejayaan, buku ini cuba mendedahkan cabaran-cabaran yang bukan kecil yang dihadapi oleh para peniaga India Muslim.

Ia membantu para pembaca melihat dan membuat persediaan sebelum memasuki alam bisnes sebenar.

Kejayaan besar bisnes India Muslim hari ini bermula daripada formula-formula asas dalam bisnes kecil.

Semakin kompleks bisnes itu, formula asas diperkuatkan dengan formula-formula baru yang sesuai dengan keperluan bisnes baru.

Naskah ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan pembaca yang
bercadang melakukan perkara-perkara seperti:

•Mempelajari selok belok dan amalan bisnes India Muslim
•Meningkatkan kualiti bisnes yang ada
•Mengurus kemahiran interpersonal dalam bisnes
•Membuka bisnes baru khususnya restoran, runcit dan perkhidmatan

Tajuk: Rahsia Bisnes Mamak
Penulis: Muhammad Faisal Sharbudin
Penerbit: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd
Harga               : RM 23.00
Mukasurat        : 239 ms

Sunday, August 18, 2013

Buku: Cupcakes & Cookies: Decorations for all Occasions oleh Frances McNaughton

No Perolehan: 05017
Call No.  641.8653 MCN
ISBN: 978-1-84448-663-2
Bahasa: Inggeris
Kategori: Teknologi

Ulasan:
Buku ini membincangkan tentang 40 rekaan menarik bagi menghias cupcakes untuk majlis yang istimewa. Setiap rekaan bersesuaian dengan tema majlis.

Buku ini mengandungi resepi yang mudah dan senang samada kita membuat sendiri atau membeli cupcakes yang sudah siap.

Melalui buku ini pembaca mendapat penjelasan yang mudah untuk menghias yang sesuai untuk majlis hari jadi, pertunangan, perkahwinan, menyambut kelahiran anak, parti dan sebagainya.
Buku ini sesuai dibaca oleh penggemar kek dan biskut.
Nama Fail Cover Buku : Cupcakes & Cookies

Pengarang: Frances McNaughton
Penerbit: Search Press Limited
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 44.90
Muka surat: 96
Rating : 4/5

Friday, August 16, 2013

34. Hati yang mukmin suci dan ikhlas

34. Hati yang mukmin suci dan ikhlas,
Laksana air di dalam gelas,
Cuci hatimu seperti kapas,
Makrifah kita baharulah jelas.

 SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

Wednesday, August 14, 2013

Buku: My First Farm oleh Dorling Kindersley

My First Farm
Dorling Kindersley
2010

Buku ini adalah sesuai untuk kanak-kanak dari umur 1 tahun sehingga
prasekolah. Buku ini mengandungi gambar bewarna yang sudah pastinya
menarik minat kepada si pembacanya.

Buku ini mempunyai maklumat berkaitan
kehidupan haiwan ternakan di ladang dan juga jentera-jentera yang digunakan
di dalam bidang ternakan. Setiap muka surat diasingkan mengikut jenis-jenis
haiwan itu sendiri.

Dengan ejaan tulisan yang besar dan jugak maklumat
ringkas tapi membolehkan si pembaca cilik dapat memahami dengan mudah.
Sebagai contoh, pada mukasurat biri-biri, semua maklumat biri-biri diberikan
seperti, bunyi biri-biri, hasil dari biri-biri dan juga panggilan untuk biri-biri
itu sendiri.

Dengan susunan gambar-gambar yang bersesuaian ianya
menambahkan lagi kecerian kepada buku ini

Tuesday, August 13, 2013

BUKU 3: CARI KERJA ADA CARANYA oleh Mohammad Noorizzuddin Dato’ Haji Nooh

No Perolehan:08/00006
Call No.            : D 650.144
ISBN: 978-983-3991-57-0
Bahasa: Melayu

Ulasan:-
Naskah oleh Mohammad Noorizzuddin Dato’ Haji Nooh ini memberi panduan bagaimana untuk mencari kerja kerana pada masa sekarang isu graduan IPT gagal mendapat pekerjaan telah menjadi sungguh hangat sehingga dibincangkan dan dibahaskan di peringkat Dasar Negara.

Buku yang digarapkan ini ditulis dengan begitu menarik dan “mesra graduan” serta boleh dijadikan panduan dan teman yang akrab.Banyak tips yang dikongsi bersama dan ianya amat berguna untuk membimbing graduan.

Jika ditelaah dengan mendalam, buku ini akan memberi manfaat besar kepada semua pembaca khususnya graduan IPT hari ini kerana buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis sendiri sebagai graduan yang dicampakkan ke dalam kancah pekerjaan yang mencabar.

Melalui pembacaan terhadap buku ini kita akan mengetahui cara untuk merangsang diri, cepat merebut peluang dan betapa pentingnya “fleksibel”, tiada sifat malu dan mempunyai matlamat kerjaya untuk mencari kerja.Bermula era mencari kerja dengan kekemasan diri, penyiapan dokumen dan juga persediaan minda.

Tajuk: Cari Kerja Ada Caranya
Penulis: Mohammad Noorizzuddin Dato’ Haji Nooh
Penerbit: Ameen
Harga: RM 29.00
Mukasurat: 256 ms

Monday, August 12, 2013

Buku : Tokoh-Tokoh Pemikir Islam oleh Mohamad Kamil Hj.Ab.Majid

Judul Buku : Tokoh-Tokoh Pemikir Islam
No Perolehan: D 11/00021
No Panggilan: 922.97 MKA
ISBN: 978 967584 103 3
Bahasa: Melayu

Ulasan Ringkas:
   
Buku ini merupakan cetakan terbaru,
Bermula dengan Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin umat ,para sahabat dan diikiuti oleh golongan Tabi’in hinggalah seterusnya.
Diantara tokoh-tokoh awal seperti Muhammad al-Baqir, Ja’far al-Sadiq,Abu Hanifah dan lain-lain lagi.

Buku ini memuatkan kajian penulis terhadap tokoh-tokoh pemikir Islam yang tidak asing dalam dunia Islam untuk dikaji dan diselidiki oleh generasi muda.

Walaupun buku ini mengandungi pelbagai tajuk,tetapi mempunyai intergrasi makna dan tujuan yang sama iaitu menyerlahkan sifat dinamisme Islam dan tokoh-tokoh pemikirnya.
   
Tajuk Buku: Tokoh-Tokoh Pemikir Islam
Penulis: Mohamad Kamil Hj.Ab.Majid
Penerbit: Pekan Ilmu Punlications
Tahun Terbitan: 2011
Halaman: 296
Harga: RM 21.90

Disediakan Oleh :
Zulkifli Bin Mohd Ali

Friday, August 9, 2013

33. Wahai sekalian saudara-saudaraku

 33. Wahai sekalian saudara-saudaraku,
Jalan hakikat demikianlah itu,
Jikalau boleh pintalah selalu,
Jangan binasa sifatmu itu.

Thursday, August 8, 2013

Buku 10: The Secret of Kematian; mengungkap semua fakta mengenai kematian berdasarkan Al-Quran & Hadis oleh Muhammad Fakhrurrozi

Buku 10: The Secret of Kematian; mengungkap semua fakta mengenai kematian berdasarkan Al-Quran & Hadis oleh Muhammad Fakhrurrozi

No.Perolehan : 13-03683
Call No : 297.23 MUH
ISBN: 9789670478050
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama

Ulasan:    
Kematian adalah sebahagian dari kehidupan.  Bila ajal menjemput kita tiada siapa yang tahu akan tetapi kematian adalah suatu kepastian yang tidak dapat disangkal oleh semua orang.
       
“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”
       
Suatu ketika Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Siapakah orang yang sebenarnya cerdik ya Rasulullah? Baginda menjawab; iaitu orang paling banyak mengingati mati dan paling baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
       
Buku ini mengungkap semua fakta tentang kematian. Bermula dari tanda-tanda datangnya ajal, memahami proses kematian berlaku iaitu sewaktu roh keluar dari jasad dan dahsyatnya sakaratul maut.  Ciri-ciri orang yang meninggal dalam keadaan husnul khatimah (pengakhiran baik) dan suul khatimah (pengakhiran buruk) serta gambaran tantang kehidupan selepas mati dan peristiwa di alam kubur turut diceritakan di dalam buku ini.
       

Judul: The Secret of Kematian; mengungkap semua fakta mengenai kematian berdasarkan Al-Quran & Hadis

Pengarang: Muhammad Fakhrurrozi
Penerbit: Synergy Media
TahunTerbit: 2012
Harga: RM20.00
Muka Surat: 229

Disediakan oleh :
Fazilarwati binti Abdul Hadi
KPC Jengka

Tuesday, August 6, 2013

Pejabat Kedutaan Malaysia di Luar Negara


Merancang Untuk Bercuti Atau Belajar Mahupun Berpindah Ke Luar Negara
Pastikan Anda Terus Dapat Berhubung Dengan Wakil Negara Walau Di Mana Sahaja Anda Berada.
u-Pustaka Mempunyai Pautan Kepada Butiran Alamat, No. Telefon, Emel, No. Faks.
dan Waktu Operasi Untuk Semua Kedutaan Kita Di Seluruh Dunia.

PEJABAT KEDUTAAN MALAYSIA DILUAR NEGARA

u-Pustaka menyediakan pautan kepada 104 Pejabat Kedutaan Malaysia dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di seluruh dunia.
Bagi membantu anda dalam waktu kecemasan atau urusan rasmi dan sebagainya anda boleh terus berhubung dengan
pihak Kedutaan Malaysia di luar negara


Dapatkannya menerusi capaian di http://www.u-pustaka.gov.my dan pilih Pautan (Links) seterusnya
lihat kawasan kategori ‘Tadbir Urus di Malaysia’ (Governance in Malaysia)
dan pilih ‘Pejabat Kedutaan Malaysia di Luar Negara’ (Embassies of Malaysia).

Selamat melancong dan mencapai impian anda !

“Pengembaraan membawa semula kuasa dan kasih sayang ke dalam hidup anda.”
(Travel brings power and love back into your life.)
Rumi (Mawlānā Jalāl-ad-Dīn Muhammad Rūmī)
sumber gambar [http://en.wikipedia.org/wiki/Rumi]

BUKU 2: 10 GOLONGAN TIDAK MENDAPAT SYAFAAT NABI S.A.W oleh Abu Ahmad Fatanah

No Perolehan:06/00006
Call No. : D 297.2 ABU
ISBN: 983-099-313-2
Bahasa: Melayu

Ulasan:
Karya penulis Abu Ahmad Fatanah ini menerangkan selain daripada amal soleh yang dibawa ketika bertemu Allah s.w.t ketika di yaumil akhirat ialah mengharapkan syafaat Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam erti kata lain, setiap orang mukmin mengharapkan pertolongan Nabi Muhammad s.a.w di dalam menghadapi hari-hari perhitungan di atas segala amalan baik dan amalan jahat.

Buku ini memberi panduan di antara perbuatan atau amalan yang menyebabkan terhijabnya syafaat Nabi Muhammad s.a.w ketika manusia sedang dihisab di yaumil akhirat.

Mudah-mudahan buku ini akan memberi manfaat yang bermakna di dalam perjalanan hidup ini untuk mencari keredhaan Allah s.w.t.

Tajuk: 10 Golongan Tidak Mendapat Syafaat Nabi S.A.W
Penulis: Abu Ahmad Fatanah
Penerbit: Al Hidayah
Harga: RM 10.00
Mukasurat        : 150 ms

Monday, August 5, 2013

Buku: Raja & Rakyat,Berpisah Tiada oleh Dato’ Halim Ibrahim

Judul Buku : Raja & Rakyat,Berpisah Tiada
No Perolehan: R 11/00031
No Panggilan: 923.1595123 HAL
ISBN: 978 967 5980 00 8
Bahasa: Melayu

Ulasan Ringkas:
   
Ilham menulis buku ini timbul apabila  timbul suara-suara berani mempertikaikan kewibawaann dan kekebalan raja-raja yang merupakan tunjang kekuatan masyarakat melayu.
Kepada orang Melayu dan generasi baru yang sedang mengalami arus globalisasi,anda sewajarnya bersyukur kerana institusi beraja telah banyak menyelamatkan maruah bangsa dari tergadai di bumi sendiri.

Buku ini mengupas sejarah dan bidang tugas tanggungjawab seorang raja demi untuk membawa kesejahteraan dan kegemilangan Negara.

Buku ini adalah  cetusan idea dan titah daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia sultan Pahang,sultan Haji Ahmad Shah Al-Must’in Billah Ibni al Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuuddin Al-Mu’adzam Shah.
   
Tajuk Buku: Raja & Rakyat,Berpisah Tiada
Penulis: Dato’Setia Amar Segara Pahang,YH Dato’ Halim Ibrahim
Penerbit: Kurnia Setia
Tahun Terbitan: 2011
Halaman: 271
Harga: RM

Disediakan Oleh :
Zulkifli Bin Mohd Ali

Sunday, August 4, 2013

COOK FOR YOUR DISHES ON EID MUBARAK

THINKING ABOUT WHAT TO COOK FOR YOUR DISHES ON EID MUBARAK?
WHO SAYS YOU CAN’T COOK?
[ http://en.wikipedia.org/wiki/Julia_Child ]

GET THOUSAND OF DELICIOUS RECIPES NOW FROM u-PUSTAKA !

u-Pustaka provides the links through ‘Malaysian Cooking’ via 7 main websites that are highlighting thousands
of Malaysian cooking recipes. Follow ‘Resepi Mesra’ that gives you recipes on 401 delicacies, 177 raya biscuits,
629 chicken dishes, 467 meat dishes or ‘Buku Resepi’ which has more than 347,000 likes in Facebook.
For those who are planning to visit New York, USA; select Malaysian Kitchen for the World to know the location
of Malaysian restaurants in New York. Try Masak gives you hundreds of delicious cooking videos that are easy for you to follow and watch!

Get it via u-pustaka.gov.my and select ‘Links’ (Pautan) and look for ‘Gateways to Continuous Learning for All’
(Gerbang Pembelajaran Berterusan Untuk Semua) and lastly select ‘Malaysian Cooking’ (Masakan Malaysia) and make your choice of link.

Have a wonderful cooking moments and enjoy your own dishes!
“...no one is born a great cook, one learns by doing.”
― Julia Child, My Life in France

Friday, August 2, 2013

32. Jalan hakikat bukannya kepalang

32. Jalan hakikat bukannya kepalang,
Jalan disuluh semuanya terang,
Jikalau hati syak dan waham,
Cahaya yang terang menjadi kelam.


SUMBER:
lamanpahang.blogspot.com

TEROKAI WORLD e-BOOK LIBRARY SEMENTARA MASIH ADA EXPLORE THE WORLD e-BOOK LIBRARY WHILE IT IS THERE

TEROKAI DUNIA BUKU WORLD e-BOOK LIBRARY SEKARANG SECARA PERCUMA SEMENTARA IA MASIH ADA!

u-Pustaka menerusi sumbangan Perpustakaan Negara Malaysia menawarkan pangkalan data ‘World e-Book Library’ kepada anda secara percuma yang kini dapat diakses sebelum tamat tarikh pada 31 Disember 2013.

Pelbagai judul menarik menanti anda meliputi bahan buku elektronik, buku komik, bahan rujukan akademik, buku audio dan majalah/jurnal elektronik.

Dapatkannya menerusi capaian di http://www.u-pustaka.gov.my dan pilih Carian (Book Finder) seterusnya klik pada Sumber Elektronik (E-Resources) dan pilih ‘World e-Book Library’.

Klik pada imej buku yang terpapar dan mula membaca buku pilihan anda!

Selamat melayari World e-Book Library!

“Buku adalah rakan yang paling pendiam dan setia; ianya adalah kaunselor yang paling bijak dan paling banyak dirujuk dan guru yang paling penyabar.”

― Charles William Eliot

EXPLORE THE WORLD e-BOOK LIBRARY NOW FOR FREE WHILE IT IS STILL AVAILABLE!
u-Pustaka brings unto you windows of knowledge through World e-Book Library database, through the subscription by the National Library of Malaysia until the expiration date on 31 December 2013.
Various titles are waiting for you include e-book, comic books, academic reference, audiobooks and e-journals/e-magazines. Get it via http://www.u-pustaka.gov.my and select ‘Book Finder’,
followed by ‘E-Resources’ and finally select ‘World e-Book Library’. Click at the book’s and start your reading journey.
Enjoy your knowledge exploration with World e-Book Library!

“Books are the quietest and most constant of friends; they are the most accessible and wisest of counselors, and the most patient of teachers.”
― Charles William Eliot

Thursday, August 1, 2013

Kahwin: Mashitah bt Mohd Akil (Batu Papan)


Selamat Penganti Baru

kepada

Masihtah bt Mohd Akil (PD Batu Papan - Bera)
(Kampung Batu Papan, Bera, Pahang)
dan
Raja Mohamad Harif b Raja Zulkifli
(Batu Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan)

pada

Sabtu 17hb Ogos 2013
bersamaan
10 Syawal 1434 Hijrah

Resepi Hari Raya 2013

MEMIKIRKAN JUADAH ANDA UNTUK AIDILFITRI? SIAPA KATA ANDA TIDAK TAHU MEMASAK? DAPATKANNYA DI SINI!

SEDANG MEMIKIRKAN JUADAH ANDA UNTUK HARI RAYA AIDILFITRI?
SIAPA KATA ANDA TIDAK TAHU MEMASAK?
DAPATKAN RIBUAN RESEPI YANG MENARIK SEKARANG DARI u-PUSTAKA !

u-Pustaka menyediakan pautan ‘Masakan Malaysia’ mengandungi 7 laman web yang memaparkan ribuan
resepi masakan Malaysia yang amat menarik. Ikuti resepi laman Resepi Mesra yang mengandungi 401 kuih muih, 177 kuih raya, 629 masakan ayam, 467 masakan daging atau laman Buku Resepi yang mempunyai lebih 347,000 orang yang menyukainya (likes) dalam Facebook.

Bagi yang ingin mengunjungi New York, Amerika Syarikat; pilih Malaysian Kitchen for the World untuk mengetahui lokasi restoran Malaysia di New York. Try Masak pula menyediakan ratusan video masakan yang menarik dan mudah untuk anda ikuti dan tontoni!

Dapatkannya menerusi capaian di http://www.u-pustaka.gov.my dan pilih Pautan (Links)
seterusnya lihat kawasan
Kategori ‘Gerbang Pembelajaran Berterusan Untuk Semua’ (Gateways to Continuous Learning for All)
dan pilih
‘Masakan Malaysia’ (Malaysian Cooking).

Selamat mencuba dan menikmati hidangan anda!

“...tiada siapa yang dilahirkan untuk menjadi seorang tukang masak yang hebat, semuanya bermula dengan
belajar untuk memasak”
― Julia Child, My Life in France

Julia Carolyn Child was an American chef, author, and television personality. She is recognized for bringing French cuisine to the American public with her debut cookbook, Mastering the Art of French

Cahayamata Khairee Abu Kassim (Daerah Rompin)


Tahniah di ucapkan kepada Khairee Abu Kassim dari Perpustakaan Awam Daerah Rompin Pekan Awah kerana telah mendapat cahaya mata pada 28 Julai

Makluman oleh
 tkazhar Wednesday 01:11:00 pm 31 July 2013