Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, August 8, 2013

Buku 10: The Secret of Kematian; mengungkap semua fakta mengenai kematian berdasarkan Al-Quran & Hadis oleh Muhammad Fakhrurrozi

Buku 10: The Secret of Kematian; mengungkap semua fakta mengenai kematian berdasarkan Al-Quran & Hadis oleh Muhammad Fakhrurrozi

No.Perolehan : 13-03683
Call No : 297.23 MUH
ISBN: 9789670478050
Bahasa: Melayu
Kategori: Agama

Ulasan:    
Kematian adalah sebahagian dari kehidupan.  Bila ajal menjemput kita tiada siapa yang tahu akan tetapi kematian adalah suatu kepastian yang tidak dapat disangkal oleh semua orang.
       
“Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”
       
Suatu ketika Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Siapakah orang yang sebenarnya cerdik ya Rasulullah? Baginda menjawab; iaitu orang paling banyak mengingati mati dan paling baik persiapannya untuk kehidupan setelah mati.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
       
Buku ini mengungkap semua fakta tentang kematian. Bermula dari tanda-tanda datangnya ajal, memahami proses kematian berlaku iaitu sewaktu roh keluar dari jasad dan dahsyatnya sakaratul maut.  Ciri-ciri orang yang meninggal dalam keadaan husnul khatimah (pengakhiran baik) dan suul khatimah (pengakhiran buruk) serta gambaran tantang kehidupan selepas mati dan peristiwa di alam kubur turut diceritakan di dalam buku ini.
       

Judul: The Secret of Kematian; mengungkap semua fakta mengenai kematian berdasarkan Al-Quran & Hadis

Pengarang: Muhammad Fakhrurrozi
Penerbit: Synergy Media
TahunTerbit: 2012
Harga: RM20.00
Muka Surat: 229

Disediakan oleh :
Fazilarwati binti Abdul Hadi
KPC Jengka

No comments: