Ulasan Novel: Selagi Ada Dia oleh Aisya Sofea
Tajuk buku: Selagi Ada Dia
Penulis : Aisya Sofea
Penerbit : Alaf21
Kategori/call no: sastera/ 899.2333
M/S : 503
SINOPSIS BELAKANG BUKU:
Pertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.
Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.
Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?
ULASAN:
Selepas dikecewakan oleh lelaki yang tiada pendirian dan dituduh menjadi perampas kekasih kakaknya sendiri, Arianni membawa diri ke luar negara. Lebih-lebih lagi kerana melanjutkan pelajarannya keperingkat yang lebih tinggi. Setelah 3 tahun diperantauan, Arianni pulang semula ke Malaysia kerana ingin menjaga kedua ibu bapanya. Perjalanan pulang menitipkan perkenalan baru dengan seorang duda yang telah kematian isteri dan umurnya agak jauh lebih tua daripada Arianni.
Kepulangan Arianni ke Malaysia memberi tamparan hebat kepadanya kerana kekasih yang ditinggalkan dulu kembali merayu kepadanya. Hubungan Arianni dengan kakaknya semakin 'parah' sehingga kakaknya sanggup melakukan apa saja untuk memenangi kekasihnya semula walaupun dia sendiri pernah membatalkan pertunangan.
Namun Arianni sayang dan kasih Arianni kepadanya telah pudar dengan kehadiran Idris yang dikenalinya selama beberapa jam sahaja. Idrislah yang menjadi pendengar setia masalah-masalah yang dihadapinya. Namun permintaan mak tidak dapat ditolak. Arianni 'terpaksa rela' berkahwin dengan pilihan maknya sendiri.
Arianni pasrah kerana baginya tidak ada yang lebih membahagiakan seorang anak selain daripada membuat Ibu Bapa gembira. Tetapi, takdir telah ditentukan dan Arianni bahagia disamping suami yang tercinta walaupun banyak dugaan yang telah menimpa.
ulasan oleh:
Armah Abas
Perpustakaan Desa Kemasul
Perpustakaan Awam Daerah Bentong
No comments:
Post a Comment