Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, July 28, 2017

BUKU: MISI KEMANUSIAN SYRIA & SYAM TRAVELOG BERDARAH: PENGALAMAN DAN TELADAN PENULIS JOHAN ARIFF ISMAIL PENERBIT PSN Publication 2014

BUKU MISI KEMANUSIAN SYRIA SYAM TRAVELOG BERDARAH: PENGALAMAN DAN TELADAN PENULIS JOHAN ARIFF ISMAIL PENERBIT PSN Publication 2014

Buku MISI KEMANUSIAN SYRIA & SYAM TRAVELOG BERDARAH:  PENGALAMAN  DAN TELADAN mengisahkan catatan pengembaraan penulis di bumi Syria dan Syam tentang sejarah dan kehidupan dinegara Syria dan Syam yang penuh krisis dan tragedi yang menyedihkan.Bagi memahami krisis di Syria,kita  terlebih dahulu perlu mendekati sejarah Syam serta ratusan hadis Rasullah SAW yang memperkatakan tentang tanah Syam dan sejarah ketamadunan Islam yang terdapat dalam buku ini.

Penulis juga menceritakan sejarah Syria yang terkenal dengan sebutan Syam ialah tempat yang menjadi medan perjuangan para nabi dan rasul terdahulu malah Rasulullah SAW pernah datang berdagang ke Syria ketika Rasulullah SAW kecil dan remaja.

Buku ini juga mengisahkan latar belakang krisis di Syria dan kekejaman Regim Asaad yang banyak mengorbankan rakyat Syria.Penulis turut berkongsi pengalaman memberi bantuan kemanusia ke Syria yang amat menyedihkan .

Semoga perkongsian dalam buku ini menjadi pedoman dan iktibar bagi kita semua selagi masih berpeluang untuk bernafas di dunia yang fatamorgana ini juga menyedarkan kita  tentang bertapa mahalnya nikmat keselesaan yang dikurniakan Ilahi kepada kita di bumi Malaysia.

PENULIS: JOHAN ARIFF ISMAIL
PENERBIT: PSN Publication Sdn.Bhd
TAHUN TERBITAN: 2014
JUMLAH MUKA SURAT: 270
HARGA: RM 24.72
NO PEROLEHAN: 910.4 JOH   
NO ISBN: 978 967 0573 32 8

Disediakan Oleh:
Farah Naz Alia Rosli
Pembantu Perpustakaan

Disemak oleh:
Norhidayah Binti Salleh
Ketua Perpustakaan Daerah Rompin

No comments: