Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, October 8, 2018

Tugas Bagi Fungsi Perpustakaan Daerah

--------------------------------------------- -
[E] Tugas Bagi Fungsi Bahagian/Unit
Perpustakaan Daerah
--------------------------------------------- -
1. Menyemak data statistik berpusat termasuk:
- Memastikan semua lokasi seliaan telah memasukkan data sebelum 5hb
- Memberi ingatan kepada lokasi seliaan yang belum memasukkan data.
- Memeriksa ketepatan data
- Memastikan semua data-data baru dan lama disimpan

2. Memastikan kakitangan hadir dan balik ikut waktu operasi termasuk:
- Memastikan perpustakaan dibuka dan ditutup ikut waktu
- Memeriksa dan mengesahkan rekod kedatangan
- Memeriksa dan mengesahkan rekod pergerakan kakitangan
- Memeriksa dan mengesahkan cuti rehat kakitangan
- Merancang pengganti bagi cuti bersalin

3. Memastikan kerja kewangan mengikut prosedur yang betul.

4. Memastikan kerja asset mengikut prosedur yang betul.

5. Memastikan kerja stok mengikut prosedur yang betul.

6. Menyelaraskan aktiviti perpustakaan supaya berjalan ikut jadual iaitu:
- Aktiviti peringkat negeri
- Aktiviti peringkat daerah
- Aktiviti peringkat desa

7. Memantau promosi perpustakaan termasuk:
- Menyediakan jadual promosi
- Menyediakan risalah promosi
- Menyediakan profile perpustakaan
- Menyediakan profile pelanggan perpustakaan
-- Jabatan kerajaan dan swasta
-- NGO, persatuan dan JKKK
-- Sekolah menengah dan IPT
-- Sekolah rendah dan tadika.

8. Memastikan kerja proses buku ikut jadual termasuk:
- Buku baru/lama yang belum siap proses
- Buku rosak untuk dibaiki
- Buku rosak/lama untuk lupus

9. Menyelaraskan permohonan bekalan pejabat (KEW.PS11) termasuk:
- Menyerahkan kepada BRP sebelum bulan April dan September
- Mendapatkan maklumbalas pada bulan Mei dan Oktober.

10. Menyediakan borang aduan kerosakan (KEW.PA9) termasuk
- Mendapatkan sebutharga atau anggaran kos
- Menyerahkan kepada BRP
- Mendapatkan kelulusan pembaikan (14 hari)
- Memantau kerja semasa pembaikan
- Membantu dalam pemeriksaan siap kerja

11. Menyelaraskan borang pemeriksaan asset (KEW.PA17) termasuk:
- Merekodkan bahan sebelum bulan April dan September.
- Menyerahkan kepada BRP sebelum bulan April dan September.
- Mendapatkan maklumbalas pada bulan Mei dan Oktober.

12. Membincangkan masalah semasa melalui mesyuarat termasuk:
- Mesyuarat Bersama KBR 1 kali setahun
- Mesyuarat Pengurusan Daerah 3 kali setahun
- Mesyuarat JK Penasihat PAD 2 kali setahun
- Mesyuarat JK Penasihat PD 2 kali setahun bagi setiap lokasi
(Perlu disediakan jadual mesyuarat tersebut)

13. Membuat Lawatan Pemantauan Berjadual terhadap PDN :
- Merekodkan Tindakan Pembetulan
- Menghadiri Mesyuarat JK Penasihat
- Menyemak Purata Sasaran Kerja - C2
(Perlu disediakan jadual lawatan tersebut)

14. Menetapkan kerja pemeriksaan kebersihan, keceriaan, keselamatan dan kerosakan (4K) dilakukan berjadual termasuk:
- Menyemak jadual kerja
- Memeriksa rekod kerja
- Memperakui kerja

15. Menjalankan urusan perkhidmatan kaunter daerah termasuk:
- Mempunyai jadual giliran bertugas
- Urusan pinjaman dan pemulangan
- Urusan pendaftaran ahli

16. Membuat penetapan bagi perancangan kerja tahunan.
- Jadual Kerja Tahunan (A1)
- Pengukuran Jadual Kerja Tahunan (A2)
- Pengukuran Jadual Aktiviti Tahunan (A3)

17. Merekodkan dan melaporkan pencapaian kerja bulanan yang melibatkan:
- Laporan Bulanan Kakitangan (B1)
- Laporan Bulanan Kakitangan (B2)
- Laporan Tahunan Kakitangan (B3)

No comments: