Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, October 8, 2018

Tugas Bagi Fungsi Perpustakaan Cawangan

--------------------------------------------- -
[F] Tugas Bagi Fungsi Bahagian/Unit
Perpustakaan Cawangan dan Daerah Cameron
--------------------------------------------- -
1. Merekodkan data statistik berpusat termasuk:
- Memastikan semua data dimasukkan sebelum 5hb
- Memberi ingatan kepada kakitangan yang belum memasukkan data.
- Memastikan ketepatan data
- Memastikan semua data-data baru dan lama disimpan

2. Memastikan kakitangan hadir dan balik ikut waktu operasi termasuk:
- Memastikan perpustakaan dibuka dan ditutup ikut waktu
- Memastikan kedatangan direkodkan
- Memastikan rekod pergerakan kakitangan
- Menyokong cuti rehat kakitangan
- Membincangkan pengganti bagi cuti bersalin

3. Memastikan kerja kewangan mengikut prosedur yang betul.

4. Memastikan kerja asset mengikut prosedur yang betul.

5. Memastikan kerja stok mengikut prosedur yang betul.

6. Memastikan aktiviti perpustakaan berjalan ikut jadual iaitu:
- Aktiviti peringkat negeri
- Aktiviti peringkat daerah
- Aktiviti peringkat desa

7. Menjalankan promosi perpustakaan termasuk:
- Menyediakan jadual promosi
- Menyediakan risalah promosi
- Menyediakan profile perpustakaan
- Menyediakan profile pelanggan perpustakaan
-- Jabatan kerajaan dan swasta
-- NGO, persatuan dan JKKK
-- Sekolah menengah dan IPT
-- Sekolah rendah dan tadika.

8. Menjalankan kerja proses buku ikut jadual termasuk:
- Buku baru/lama yang belum siap proses
- Buku rosak untuk dibaiki
- Buku rosak/lama untuk lupus

9. Membuat permohonan bekalan pejabat (KEW.PS11):
- Menyerahkan kepada BRP sebelum bulan April dan September termasuk
- Mendapatkan maklumbalas pada bulan Mei dan Oktober.

10. Menyediakan borang aduan kerosakan (KEW.PA9) termasuk
- Mendapatkan sebutharga atau anggaran kos
- Menyerahkan kepada BRP
- Mendapatkan kelulusan pembaikan (14 hari)
- Memantau kerja semasa pembaikan
- Membantu dalam pemeriksaan siap kerja

11. Menyiapkan borang pemeriksaan asset (KEW.PA17) termasuk:
- Merekodkan bahan sebelum bulan April dan September.
- Menyerahkan kepada BRP sebelum bulan April dan September.
- Mendapatkan maklumbalas pada bulan Mei dan Oktober.

12. Membincangkan masalah semasa melalui mesyuarat termasuk:
- Mesyuarat Bersama KBR 1 kali setahun
- Mesyuarat Pengurusan Cawangan 3 kali setahun
- Mesyuarat JK Penasihat PAD 2 kali setahun

13. Membuat Lawatan Pemantauan Berjadual terhadap perpustakaan kelompok.

14. Menjalankan kerja pemeriksaan kebersihan, keceriaan, keselamatan dan kerosakan (4K) dilakukan berjadual termasuk:
- Menyediakan jadual kerja
- Menyediakan rekod kerja
- Memperakui kerja

15. Menjalankan urusan perkhidmatan kaunter daerah termasuk:
- Mempunyai jadual giliran bertugas
- Urusan pinjaman dan pemulangan
- Urusan pendaftaran ahli

16. Membuat penetapan bagi perancangan kerja tahunan.
- Jadual Kerja Tahunan (A1)
- Pengukuran Jadual Kerja Tahunan (A2)
- Pengukuran Jadual Aktiviti Tahunan (A3)

17. Merekodkan dan melaporkan pencapaian kerja bulanan yang melibatkan:
- Laporan Bulanan Kakitangan (B1)
- Laporan Bulanan Kakitangan (B2)
- Laporan Tahunan Kakitangan (B3)

No comments: