Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, May 23, 2021

Buku PERANG BADAR PEMISAH ANTARA HAK DAN BATIL / ABDUL LATIP TALIB / LATIP DAN KELUARGA ENTERPRISE / 2019

Buku PERANG BADAR PEMISAH ANTARA HAK DAN BATIL / ABDUL LATIP TALIB / LATIP DAN KELUARGA ENTERPRISE / 2019


TAJUK BUKU :  PERANG BADAR  -  PEMISAH ANTARA HAK DAN BATIL

PENGARANG :  ABDUL LATIP TALIB

NOMBOR PEROLEHAN :  EJAM002372

NOMBOR PANGGILAN :  297.72

ISBN :  9789672234074

BAHASA ;  MALAYSIA

KATEGORI :  AGAMA

ULASAN :


Peperangan Badar telah membuktikan bahawa semangat juang yang membara begitu penting untuk membantu kemenangan selain dari strategi dan senjata yang canggih, mematuhi arahan panglima perang, tidak bersikap tamak kepada harta rampasan perang dan penntingkan diri.  Melebihi segalanya ialah doa kaum muslimin yang dianiaya oleh kaum Quraisy dimakbulkan oleh ALLAH SWT.


Oleh kerana ini merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam dapatlah kita menilaikan betapa penting memenangi peperangan ini dan menilainya dengan maruah agama Islam yang akan tercalar sekiranya tewas di tangan orang-orang kafir Quraisy.  Punca meletusnya peperangan disebabkan oleh gangguan dan rompakan yang dilakukan oleh orang-orang Quraisy.  


Perang tercetus pada 17 Ramadan tahun ke 2 hijrah.  Biarpun dalam keadaan berpuasa dan tentera Islam seramai 313 orang berbanding tentera Quraisy seramai 1300 orang dan dilengkapi  dengan tentera berkuda seramai 200 orang dan 600 orang lengkap perpakaian baju besi.


Pengarang secara terperinci menyertakan nama-nama tentera yang menyertai perang, yang tidak menyertai perang dengan izin dan sebab tertentu serta yang gugur  syahid.


Nama Fail Cover Buku :  Ulasan Buku PD Jambu Rias Bil 6/2021

Pengarang :  ABDUL LATIP TALIB

Penerbit :  LATIP DAN KELUARGA ENTERPRISE

Tahun Terbit :  2019

Mukasurat :  229

Rating :  8/10

Disediakan oleh :  Juriah bt Mohamed

No comments: