Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, May 18, 2021

Buku TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK / HAMKA / PUSTAKA DINI SDN BHD / 2019

 Buku TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK / HAMKA / PUSTAKA DINI SDN BHD / 2019

ULASAN BUKU PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 1/2021


TAJUK BUKU : TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK

PENGARANG :  HAMKA

NOMBOR PEROLEHAN :  EJAM 002965

NOMBOR PANGGILAN :  F

ISBN :  978-9839422436

BAHASA ;  MALAYSIA

KATEGORI :  FIKSYEN


ULASAN

Jemu dan muak disajikan dengan novel stereotype.  Hikayat anak-anak orang bergelar, hartawan serta orang kenamaan, maka pilihan yang baik ialah novel ini.  Jika orang-orang barat berbangga dengan kisah percintaan Romeo dan Juliet, kisah cinta duka lara, nah…novel ini juga tidak kurang hebatnya. Hasil karya seni Buya Hamka ini pasti menyelit di sanubari anda kelak seusai membacanya.  Kisah pencintaan Hayati dan Zainudin bersalut duka.  Tidak kesampaian.  Penuh rona duka dan air mata.  Ibarat penataan kisah cita filem Titanic kisah tenggelamnya kapal Van Der Wijck ini lebih tragis.  


Penghayatan novel ini akan dirasai sepenuhnya apabila membaca warkah cinta Zainudin dan Hayati. Cinta yang hebat adalah cinta tidak semestinya bersatu di pelaminan. Zainudin boleh diibaratkan bagai LIMITED EDITION atau Edisi Terhad.  Cinta luar biasa.

Bukan semua orang sanggup berdiri utuh menggenggam cinta suci walau diperlakukan dan ditinggalkan.  Orang yang menyimpan cinta suci yang tak kesampaian kepada Hayati sehingga ke akhir hayatnya.  Betapa Zainudin menanggung lara jiwa sehingga jasadnya di semadikan bersebelahan pusara Hayati. 

Pengarang :  HAMKA

Penerbit :  PUSTAKA DINI SDN BHD

Tahun Terbit :  2019

Mukasurat :  286

Rating :  8/10

Disediakan oleh :  Juriah bt Mohamed

No comments: