Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Saturday, May 22, 2021

Buku UMAR AL KHATTAB-PEMISAH KEBENARAN DAN KEBATILAN / ABDUL LATIP TALIB / PUSTAKA DINI / 2019

Buku UMAR AL KHATTAB-PEMISAH KEBENARAN DAN KEBATILAN / ABDUL LATIP TALIB / PUSTAKA DINI / 2019


TAJUK BUKU :  UMAR AL KHATTAB-PEMISAH KEBENARAN DAN KEBATILAN

PENGARANG :  ABDUL LATIP TALIB

NOMBOR PEROLEHAN :  EJAM002389

NOMBOR PANGGILAN :  297.648

ISBN :  9789672234128

BAHASA ;  MALAYSIA

KATEGORI :  AGAMA

ULASAN :


Khalifah Umar al-Khattab merupakan keperibadian yang tegas, garang, berani dan bijak dalam menyusun pemerintahan  menuju kepada pembangunan dan kemajuan.  Beliau dilahirkan 42 tahun sebelum hijrah dan 12 tahun lebih muda dari Rasulullah SAW.  Menerima hidayah ketika berusia 35 tahun.


Sebelum menerima Islam beliau merupakan seorang yang memusuhi Rasulullah SAW dan pernah berniat  hendak membunuh Rasulullah SAW.  Namun setelah memeluk Islam beliaulah pembela utama Baginda SAW.  Tempoh pemerintahan selama 10 tahun 6 bulan dan 4 hari dimanfaatkan dengan membuat pembaharuan kepada pemerintahan Islam.


Selain Berjaya meluaskan penaklukan jajahan baru beliau merupakan pengasas system politik Islam dan melaksanakan undang-undang syariah dalam Negara.  Beliau juga merupakan  khalifah yang banyak membuat pembangunan dengan mendirikan pelabuhan dan menguatkan armada tenteranya.  Khalifah Umaar al Khattab berperanan mengembangkan budaya Islam dan membina Bandar-bandar baru.  Kemajuan dalam bidang pertanian dan menyusun ekonomi Islam merupakan jasa beliau semasa menjadi Khalifah.


Empayar pemerintahan beliau yang paling gah ialah Jerusalem.  Jerusalem  adalah kota suci bagi tiga agama iaitu Islam, Yahudi dan Kristian. Jerusalem yang menempatkan Masjid al_aqsa yang merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Baitullah di Mekah.  Jerusalem Berjaya direbut secara damai oleh tentera Islam di bawah ppimpinan Abu Ubaidah al-Jarrah.  Adalah diharapkan umat Islam kembali berkuasa untuk membebaskan bukan sahaja Jerusalem malah keseluruah bumi anbia ini.   


Nama Fail Cover Buku :  Ulasan Buku PD Jambu Rias Bil 5/2021

Pengarang :  ABDUL LATIP TALIB

Penerbit :  PUSTAKA DINI SDN BHD

Tahun Terbit :  2019

Mukasurat :  305

Rating :  8/10

Disediakan oleh :  Juriah bt Mohamed

No comments: