Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, May 19, 2021

ULASAN BUKU ABU BAKAR AS SIDDIQ / ABDUL LATIP TALIB / LATIP DAN KELUARGA ENTERPRISE / 2019

TAJUK BUKU :  ABU BAKAR AS SIDDIQ

PENGARANG :  ABDUL LATIP TALIB

NOMBOR PEROLEHAN :  EJAM002376

NOMBOR PANGGILAN :  297.648

ISBN :  9789672234111

BAHASA :  MALAYSIA

KATEGORI :  AGAMA

ULASAN

Pemilik nama sebenar Abdul Kaabah bin Usman ini lahir pada tahun 570 masihi dan meninggal pada 634 masihi.  Nama tersebut dipilih atas nazar ibunya yang bermaksud hamba kaabah. Oleh kerana beliau sentiasa membenarkan apa yang disampaikan olah Nabi Muhammad SAW, maka beliau digelar as-Siddiq. Malah beliau adalah lelaki pertama selepas Baginda Rasulullah yang memeluk Islam.  Oleh yang demikian beliau turut menerima penyiksaan daripada orang-orang quraisy.  Beliau 


Menjadi khalifah Islam yang pertama selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW pada 632H.   Beliau meninggal dunia pada 21 Jamadil Akhir 13H. dengan asbab demam.  Semasa pemerintahannya selama dua tahun tiga bulan sepuluh hari beliau sempat meninggalkan jasa yang besar iaitu pengumpulan semula ayat-ayat al-quran.  Beliau telah mengarahkan Umar al-Khattab dan sahabat-sahabatnya mengumpulkan semua ayat al-quran.  Disamping itu beliau berjaya menundukkan mereka yang murtad, enggan membayar zakat dan mengaku nabi.  


Selain menjadi sahabat baginda Rasulullah SAW, Abu Bakar RA juga merupakan bapa kepada Aisyah isteri Rasulullah SAW.  Abu Bakar RA seorang yang amanah dan hidup bersederhana dalam kehidupan.  Semasa pemerintahan selama dua tahun tiga bulan dan sepuluh hari tersebut beliau mengambil 8,000 dirham sahaja, walaupun Umar al Khattab mencadangkan elaun sebanyak 6,000 dirham setahun.  Namun sebelum beliau meninggal dunia beliau berwasiat supaya tanahnya dijual dan duitnya diserahkan kepada perbendaharaan bagi menggantikan semula wang yang sudah dikeluarkan itu.  

Nama Fail Cover Buku :  Ulasan Buku PD Jambu Rias Bil 1/2021

Pengarang : ABDUL LATIP TALIB

Penerbit :  LATIP DAN KELUARGA ENTERPRISE

Tahun Terbit :  2019

Mukasurat :  303

Rating : 8/10

Disediakan oleh :  Juriah bt Mohamed

No comments: