Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, May 20, 2021

Buku BERUCAP SEPERTI PEMIMPIN TERBILANG / JENIRI AMIR / PUSTAKA DINI / 2008

 Buku BERUCAP SEPERTI PEMIMPIN TERBILANG / JENIRI AMIR / PUSTAKA DINI / 2008


TAJUK BUKU :  BERUCAP SEPERTI PEMIMPIN TERBILANG

PENGARANG :  JENIRI AMIR

NOMBOR PEROLEHAN :  08-001483

NOMBOR PANGGILAN :  808.882

ISBN :  9789834337513

BAHASA ;  MALAYSIA

KATEGORI :  BAHASA


ULASAN


Apabila mendengar pelantun ucapan yang berwibawa kita akan lebih memberi perhatian dan mengingati apa yang diucapkan  Terkenang-kenang gaya bersahaja yang diselitkan dengan usikan atau gurauan mencuit hati.  Ramai orang yang boleh menulis tetapi tidak ramai yang berjaya menyampaikan hasil tulisan tersebut apabila berhadapan dengan audien.  Rasa gemuruh yang berdebar ditambah pula seluruh pandangan tertancap terhadap diri penutur di atas pentas.


Biar dimana anda tegak berdiri samada di atas pentas, di dalam dewan menyampaikan ucaptama, berceramah di masjid atau mengadakan sidang akhbar yang dikelilingi segerombolan wartawan, kemahiran mengeluarkan perkataan untuk merungkai cerita amat penting.  Disamping ketrampilan yang menawan, keyakinan, kemahiran menyusun perkataan agar mudah difahami dan indah didengari.


Seharusnya apabila mendapat tugasan untuk menyampaikan ceramah, ucapan atau sesuatu penyampaian dikhalayak jika mendapat informasi berkaitan tajuk, kategori khalayak maka perlulah membuat  homework atau persediaan  untuk menyampaikan tugas tersebut.  Latihan pengucapan dan bahan yang hendak dipersembahkan perlu diteliti agar berada pada kadar bersesuaian tidak lebih dan tidak kurang.  Semoga pengucapan yang dihidangkan tidak mengguris perasaan pendengar.  


Buku ini turut menitikberatkan cara penyampaian iaitu body language agar bersesuaian dengan apa yang dilontarkan.  Struktur ucapan dan dalil yang menyokong hujahan.   Sorotan atau kiasan yang sesuai turut diselitkan untuk menarik perhatian pendengar.  Bahasa yang digunakan oleh majoriti pendengar juga penting.  Jika berucap atau berceramah di kalangan  penduduk kampung janganlah berlagak tak kena tempat dengan menyampaikan ceramah dalam Bahasa Inggeris pula.  Dibimbangi semua audian tertidur atau membawang jika tidak pun asyik memandang pintu dan jam.


Nama Fail Cover Buku :  Ulasan Buku PD Jambu Rias Bil 3/2021

Pengarang :  JENIRI AMIR

Penerbit :  PUSTAKA DINI SDN BHD

Tahun Terbit :  2008

Mukasurat :  244

Rating :  8/10

Disediakan oleh :  Juriah bt Mohamed

No comments: