ULASAN BUKU MEI 2020. Buku Berbisnes dengan Tuhan / Putera / Rimbunan Islamik Media / 2019
ISBN:978-967-16994-6-1
Kategori: Bahasa Melayu
Ringkasan/ Ulasan:
“Tuhan berjanji akan memberikan keuntungan yang besar asalkan kita selalu beramal dengan-Nya. Sekecil-kecil yang kita keluarkan akan dibalas dengan keuntungan yang berlipat ganda. Tidak ada satu pun daripada impian kita yang tidak menjadi realiti jika kita selalu mengingati tuhan. Sekalipun kita ingin berada di bulan, itu bukan hal yang mustahil bagi-Nya.”
Rezeki ialah salah satu anugerah Tuhan. Manusia diciptakan oleh Tuhan lengkap dengan rezeki masing-masing. Rezeki kita tidak akan bertukar dengan rezeki orang lain. Tanggungjawab manusia ialah menjemput rezeki dengan usaha dan doa. Kejar berkat rezeki, bukan bilangan semata-mata. Kejar rezeki dengan cara yang halal.
Usah dipandang kuantiti rezeki, namun pandanglah kualiti keberkatan rezeki itu. Usah mencari kesempurnaan, namun sempurnakanlah perkara yang sudah ada dalam tangan. Hakikatnya tidak ada kesempurnaan yang sejati, yang ada hanya keikhlasan menerima segala kekurangan. Semoga kita dimasukkan dalam golongan orang yang bertakwa.
Semua cerita dalam buku ini ditulis menggunakan perkataan dan ayat yang mudah kita fahami. Penulis berusaha untuk memberi pemahaman kepada pembaca supaya berfikir bagaimana datangnya rezeki. Allah sentiasa memberi rezeki kepada kita. Kiata sebagai hamba-Nya hendaklah sentiasa berdoa dan berusaha untuk mendapat ganjaran Allah. Buku ini boleh memberi manfaat dan menjadi sumber inspirasi kepada semua golongan.
Judul: Berbisnes dengan Tuhan
Pengarangn: Putera
Penerbit: Rimbunan Islamik media Sdn. Bhd
Tahun Terbit:2019. Harga: RM 24.90. Mukasurat: 224
Disediakan Oleh :Nurulain Binti Mahidin @ Mahasan. Pembantu Pustakawan. Perpustakaan Awam Daerah Maran
[shopee]
No comments:
Post a Comment