PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL8/2020. Buku Ulasan Buku PD Jambu Rias Bil 8/2020. APA KATA ISLAM MENGENAI HUBUNGAN SOSIAL / ZULKIFLY MUDA / PTISLAMIKA PTS PUBLICATION / 2009
NOMBOR PANGGILAN: 297.44. ISBN: 9789675137044. BAHASA: MALAYSIA. KATEGORI: AGAMA
Islam adalah agama syumul yang memberikan garis panduan yang lengkap untuk penganutnya melayari kehidupan. Ini termasuklah garis panduan dalam hubungan sosial. Hubungan sosial yang dimaksudkan di sini ialah hubungan antara manusia dan manusia lain dan kemanusiaan.
Hubungan sosial ini adalah bertujuan menlidungi diri, mengangkat martabat dan memuliakan, tidak mengundang aib, menjaga hubungan sesama insan,dan menjaga fikrah manusia itu sendiri. Penulis turut menitipkan dalil-dalil syarak yang berkaitan serta menghuraikan latar belakang dalil tersebut.
Sebermula dengan proses kelahiran manusia itu sendiri hinggalah mencapai usia dewasa dan memikul tanggungjawab dakwah terhadap diri, keluarga dan komuniti di sekitarnya. Setelah kelahiran seorang bayi ke dunia diriringi lafaz azan di telinga kanak-kanak tersebut yang mempunyai tujuan antara lain supaya perkataan ALLAH adalah menjadi perkataan yang pertama dan terakhir dilafazkan terhadapnya. Ini juga bertujuan agar syaitan menjauhi dan tidak mendekati kanak-kanak tersebut sentiasa dalam perlindungan ALLAH.
Islam turut menitik beratkan hak-hak umatnya tanpa mengira rakyat marhain atau pemimpin. Semuanya mempunyai hak yang dilinduingi dan telah dijelaskan sebagai panduan agar tiada pihak yang merasa dirinya teraniaya. Buku ini turut memberi solusi bagaimana bentuk perdamaian dengan orang bukan islam. Hak-hak orang bukan islam berdamai dengan orang islam. Hak dan kebebasan berpolitik, hak dan persamaan dalam undang-undang, hak dan kebebasan social, hak dan kebebasan ekonomi, hak dan kebebasan belajar, hak dan kebebasan berfikir, hak dan kebebasan tinggal dan bergerak, hak dan kebebasan peribadi, hak keselamatan.
Pengarang : ZULKIFLY MUDA
Penerbit : PTISLAMIKA /PTS PUBLICATION SDN BHD
Tahun Terbit : 2009. Mukasurat : 227
Disediakan oleh : Juriah bt Mohamed
No comments:
Post a Comment