Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, September 15, 2020

Buku Perang Khandaq Pengepungan Madinah / Abdul Latip Talib / Latip Dan Keluarga Enterprise / 2019

ULASAN BUKU MAC 2020. Buku Perang Khandaq Pengepungan Madinah / Abdul Latip Talib / Latip Dan Keluarga Enterprise / 2019

ISBN: 9789672 234098

Kategori: Novel Sejarah Islam

Ringkasan/ Ulasan:

Perang Khandaq atau Perang Ahzab berlaku pada tahun kelima hijrah iaitu pada 31 Mac 627 Masihi.Perang Khandaq ialah peristiwa pengepungan Madinah. Dinamakan khandaq (parit) kerana pasukah muslimin menggali parit yang panjangnya hampir mengelilingi Kota Madinah bagi menghadang serangan musuh. Dinamakan Ahzab (bersekutu) kerana musuh yang menyerang Madinah terdiri dari beberapa kabilah Arab,Yahudi dan Habsyi. Kekuatan pihak bersekutu dianggarkan seramai 10,000 orang dan 600 ekor kuda. Manakala pertahanan Madinah pula terdiri daripada 3,000 orang. Mereka diketuai oleh Nabi Muhammad SAW.

Allah memberikan kemenangan kepada pasukan muslimin bukan secara mudah dan percuma. Mereka berusaha keras dengan membina sistem pertahanan yang paling canggih pada masa itu. Kepakaran mengatur pasukan dan keberanian menghadapi musuh yang tiada tandingan,ketaatan dan kepatuhan kepada Rasulullah serta peranan pasukan perisik yang berjaya memecah belahkan pihak musuh sangat membantu.

Perang Khandaq juga memberi pangajaran yang Allah pasti memberi pertolongan kepada hambaNYA yang bertakwa. Semasa kekurangan makanan, maka berlaku mukjizat buah kurma yang sedikit dapat dimakan beramai-ramai. Dalam peristiwa Perang Khandaq juga Allah member harapan kepada Rasulullah dan pengikutnya bahawa mereka dapat mengalahkan kerajaan Rom dan Parsi.

Judul:  Perang Khandaq (Pengepungan Madinah)

Pengarang:  Abdul Latip Talib

Penerbit:  Latip Dan Keluarga Enterprise

Tahun Terbit:  2019. Harga:  RM 36.00. Muka surat: 309 

Disediakan Oleh :Nor Hailah binti Baharom. Pembantu Pustakawan. Perpustakaan Awm Daerah Maran

[shopee]

No comments: