Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, December 4, 2018

Buku Abu Ubaidah Penakluk Parsi Pengarang Abdul Latip Talib Penerbit PTS Millennia

Ulasan Buku PD Felda Lurah Bilut 2018
Buku Abu Ubaidah Penakluk Parsi Pengarang Abdul Latip Talib Penerbit PTS Millennia

Abu Ubaidah Penakluk Parsi
No.Perolehan : ELUR 09-000224
Call No : 297 ABD
ISBN : 978-967-5136-21-4
Bahasa : Melayu
Kategori : Novel Sejarah Islam
Ulasan :
Buku ini mengisahkan tentang perjalanan seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W yg iaitu AbuUbaidah Al-Jarrah. Beliau juga merupakan salah satu daripada sembilan panglima perang yang hebat dalamsejarah Islam. Abu Ubaidah dilahirkan di Mekah pada tahun 582 Masihi. Selain itu, Abu Ubaidah juga antara 10orang sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang dijamin masuk syurga. Semasa Rasulullah S.A.W masih hidup,Abu Ubaidah pernah dilantik sebagai utusan ke Najran. Selain itu, Rasulullah S.A.W juga pernah melantik AbuUbaidah untuk memimpin sepasukan tentera di persisiran pantai Laut Merah. Beliau juga pernah menyertai peperangan bersama Rasulullah, antaranya Perang Badar dan Perang Uhud.

Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Abu Ubaidah pernah dicalonkan untuk menjadi khalifah. Namun beliau menolak dan menyokong pelantikan Abu Bakar as-Siddiq. Semasa pemerintahan Abu Bakar, Abu Ubaidah pernah dilantik untuk menjaga baitulmal. Selain itu, pada tahun 12 Hijrah beliau pernah dilantik untuk memimpin tentera Islam menuju ke Hims. Abu Ubaidah juga pernah menyertai peperangan di Yarmuk dan menggantikan Khalid Al-Walid sebagai pemimpin tentera Islam.

Semasa pemerintahan Umar Al-Khattab, Abu Ubaidah telah banyak membebaskan kawasan pemerintahan Rom. Antaranya Kota Hims, Syam, Antakiah dan lain-lain. Selain itu, Abu Ubaidah juga pernah memimpin tentera Islam untuk menakluk Baitulmaqdis. Selepas menakluki Syam, Umar al-Khattab telah melantik Abu Ubaidah sebagai Gabenor di Syam. Akhir sekali Abu Ubaidah meninggal dunia pada tahun 18 Hijrah akibat wabak taun. Beliau dikebumikan di Baisan, Syam.

Judul : Abu Ubaidah Penakluk Parsi
Pengarang : Abdul Latip Talib
Penerbit : PTS Millennia
Tahun Terbit : 2009
Harga : RM 27.90
Muka Surat : 346
RATING :

Disediakan Oleh : Sahidah Binti Abdul Gani
Pembantu Pustakawan PD Felda Lurah Bilut

No comments: