BUKU Sedapnya Donat PENULIS Ruzita Idias Ismail PENERBIT Group Buku Karangkraf 2017 RM26
No Perolehan: 17 - 000663
ISBN: 978-967-86-0807-7
Kategori: 641.8653 RUZ
Ringkasan/ Ulasan
Buku ini menceritakan mengenai kepelbagaian resepi dan variasi donat. Donat tidak semestinya bulat! Ia juga tidak semestinya berlubang di tengah-tengah seperti bentuk cincin mahupun gelang! Malah ia lebih dari itu.
Manisan ini terkenal dan popular di seluruh dunia. Namun bentuk dan namanya saja yang berbeza. Juga sedikit bahan lain yang membezakan donat ini. Hakikatnya ia tetap makanan yang disukai setiap lapisan umur dan berlainan bangsa!
Kini terdapat pelbagai variasi donat dengan deko yang catchy dan menarik. Malah rasanya juga sudah pelbagai. Jika dahulu donat dinikmati sebagai sarapan atau minum petang, namun kini ia turut dihidang di majlis-majlis istimewa seperti ulang tahun, perkahwinan, cukur jambul dan sebagainya.
Apa yang perlu hanya kreativiti anda menghias donat. Justeru itu, buku ini sebagai amat sesuai sebagai kitab rujukan donat terbaik untuk anda!
Judul: Sedapnya Donat
Pengarang: Ruzita Idias Ismail
Penerbit: Group Buku Karangkraf
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM26.00
Muka surat: 160
Rating: 4
Ulasan oleh:
Norjuliana Abdullah,
PD Jenderak Loop.
No comments:
Post a Comment