Friday, May 20, 2011

Seminar Pemasaran Perkhidmatan Perpustakaan

Satu seminar yang bertajuk "Pemasaran Perkhidmatan Perpustakaan" telah dianjurkan oleh Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Pantai Timur (PPMT). Seminar ini telah diadakandi dewan Teater, Perbadanan perpustakaan Awam Terengganu. Tiada yuran penyertaan dikenakan tetapi pendaftaran adalah terhad.
08
Tersenyum lebar mungkin memikirkan idea-idea yang akan digunakan untuk memasarkan perpustakaan masing-masing. Atau memikirkan apakah hidangan istimewa tengahari ini.
07
Adalah amat merugikan jika kita mampu menyediakan kemudahan yang hebat untuk ditawarkan kepada pelanggan perpustakaan. Tetapi tidak mampu memasarkan apa yang kita ada menyebabkan ramai yang berminat tetapi tidak tahu.
06
Juruacara dan jurugambar
05
11.30 pg - 12.30 pt
Syarahan dari penceramah jemputan, Encik Ghazali Mat Jamil, Bekas Ketua Perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin. Beliau menyampaikan tajuk "Perpustakaan dan Maklumat - Sedikit Pandangan".
- Encik Ghazali menceritakan tentang bagai mana kita hendak mendapatkan maklumat dengan lebih cepat dan pantas menggunakan internet.
04
Deretan pererta wanita yang sedang serius memikirkan bagaimana mereka akan memasarkan perpustakaan masing-masing kepada pelanggan masing-masing. Kalau perpustakaan IPT dan perpustakaan sekolah, mereka telahpun ada pelanggan masing-masing. masalah mereka bagaimana untuk memberikan kepuasan yang paling maksimum kepada pelanggan mereka.

03
10.30 pg - 11.30 pg
Syarahan oleh penceramah jemputan, Prof. Madya Dr. Mahadzirah Mohamad. Beliau adalah Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Khidmat Komuniti (INComS) UMT.
-Prof. Madya Dr. Mahadzirah bercakap bercampur-campur antara BM dan BI. Beliau menerangkan tentang istilah-istilah yang perlu kita ketahui dalam usaha kita untuk memasarkan perkhidmatan perpustakaan.
- Kita perlu tahu apakah yang ingin kita tawarkan kepada pengguna. Adakah Produk perpustakaan atau perkhidmatan perpustakaan.
- Ada orang suka pergi ke perpustakaan kerana tandasnya yang bersih. Kalau setakat memeliki buku-buku yang terkini dan pantas dikesan, pelanggan yang sukakan tandas yang bersih tidak akan datang ke perpustakaan yang memiliki buku yang terkini tetapi memiliki tandas yang kurang bersih.
- Ramai antara kita tidak pernah membuat kajian tentang apakah yang benar-benar dikehendaki oleh pelanggan masing-masing. Kalua kita tidak tahu apakah kehendak sebenar mereka bagai mana kita hendak memasarkan perpustakaan kepada mereka.
02
9.00 pg - 9015 pg
Ucapan aluan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terenganu
Ucapan Aluan Pengerusi PPMT

9.15pg - 10.00 pg
Ucaptama dan perasmian oleh Prof. Madya Dr. Mohd Sharif Mohd Saad. Beliau adalah Yang Dipertua Persatuan Pustakawan Malaysia.
- Prof. Madya Dr. Mohd Sharif banyak menceritakan tentang fungsi Persatuan Pustakawan Malaysia.
01
Bagi perpustakaan awam, mereka tiada pelanggan yag telah tersedia seperti perpustakaan IPT dan pusat sumber sekolah. Perpustakaan awam perlu berusaha menarik perhatian pelanggan atau masyarakat setempat. Mereka perlu membetulkan pemahaman masyarakat. Mereka juga perlu menjelaskan mengenai kemudahan yang disediakan oleh sesebuah perpustakaan awam. Mungkin masih ramai tidak berani menggunakan kemudahan perpustakaan kerana mereka tidak tahu.

Kalau begitu, fungsi promosi dan pemasaran adalah memberi tahu. Mereka boleh menggunakan Push Marketing atau Pull Marketing untuk memberi tahu kepada masyarakat. Perkara ini tidak dibincangkan dalam Seminar Pemasaran Perkhidmatan Perpustakaan, tetapi akan diceritakan disini.

"Push Marketing" juga dikenali sebagai "Interruption Marketing" atau juga sebagai "Guerrilla Marketing". Keadah ini menghendaki kita keluar dari perpustakaan kita untuk mencari pelanggan. Bila kita dah jumpa pelanggan yang berpotensi, kita perlu 'menolak' memujuk atau mengheret pelanggan tersebut ke perpustakaan.

Contohnya kita ada menyediakan "koleksi khas daerah". Untuk menarik pelanggan supaya menggunakan bahan yang ada dalam koleksi ini kita perlu pergi kepada orang atau organisasi yang meminati maklumat yang berkaitan dengan daerah tersebut. Apabila kita berjumpa dengan mereka, kita akan bercerita tentang banyaknya koleksi yang disimpan di "koleksi khas daerah". Jika bahan yang kita ada menarik minat mereka, mereka akan datang ke perpustakaan.

Mudah kata "If you want them to discover you, discover them. If you want them to listen to you, listen to them".

Manakala Pull Marketing pula tidak memerlukan kita keluar mencari pelanggan. Pull Marketing menghendaki kita berada di perpustakaan masing-maing tetapi apa yang kita tawarkan berupaya menarik pelanggan datang ke perpustakaan.

Contohnya kita ada menyediakan "koleksi khas daerah". Kita menulis surat kepada semua jabatan kerajaan dan organisasi memaklumkan tentang koleksi tersebut. Jika surat kita sampai kepada orang yang tepat, orang tersebut akan datang ke perpustakaan untuk menggunakan koleksi khas kita.

"Selling benefits is an important part of any ad, but with pull advertising the goal is to make them curious enough"

Links:
1. masterful-marketing.com
2. tutor2u.net
3. imnewswatch.com
4. pr101.biz
5. technorati.com
6. beneaththecover.com

No comments: