Tuesday, August 28, 2012

Persatuan Pencegah Kebakaran Johor

27.8.2012. Bilik Serbaguna Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Encik Saiful yang mewakili Puan Pengarah PPAP sedang menyampaikan cenderamata kepada Penceramah dari Persatuan Pencegah Kebakaran Johor, Puan Jesse.

Pada hari ini kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang berpeluang mendengar ceramah tentang pencegahan kebakaran. Ceramah ini ditumpukan kebada kebakaran yang berlaku dirumah dan didalam kenderaan. Kebiasaannya masyarakat kita tidak menyediakan alat pemadam api untuk kenderaan peribadi dan rumah.


Banyak kes-kes kebakaran kenderaan dan rumah tidak dapai diselamatkan kerana tiada alat pemadam api didalam kereta atau dalam rumah.

Mungkin ramai berpendapat mereka boleh menggunakan alat-alat sedia ada sekeliling mereka bagi memadamkan kebakaran di peringkat awal. Tindakan menggunakan air, kain basah, berguling atau menggunakan pasir biasanya boleh mendatangkan kemudaratan yang kekal.

Tindakan yang paling selamat adalah menggunakan alat pemadam api jenis ABC,

Perkara paling penting semasa menggunakan alat pemadam api adalah melihat meter tekanan pada alat pemadam api tersebut. Jika tekanannya adalah kosong, tiada guna kita bersusah payah membawa alat pemadam api yang berat tersebut. Kerana alat pemadam api tersebut tidak berfungsi kerana tiada tekanan dalam tabungnya.

Jika tekanan alat pemadam api tersebut adalah terlalu tinggi, keadaan ini amat bahaya kepada pengguna alat pemadam api tersebut. Tetapi alat tersebut masih boleh digunakan. Sebelum guna pancutkan perlahan-perlahan beberapa kali supaya penunjuk tekanannya kembali kepada kedudukan tengah-tengah dan selamat untuk digunakan.

Encik Saiful sedang bercerita tentang alat pencegah kebakaran untuk kereta dan alat pengesan asap untuk rumah. Alat pengesan asap tersebut mengeluarkan bunyi yang nyaring sehingga boleh menyebabkan orang tertidur terjaga.

Ingatan penting dari ceramah ini adalah 'Tiada guna ada alat pemadam api jika tidak diselanggara dengan betul'.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Puan Jasse dari Persatuan Pencegah Kebakaran Johor. Beliau banyak menceritakan berdasarkan cerita-cerita sebenar yang terjadi kepada mangsa kebakaran.

Bagi kenderaan kita perlu sediakan APAR (Alat Pemadam Api Ringan / Fire Extinguisher) yang berkualiti dan selamat. Semua APAR ini ada jangka hayatnya. Jangan simpan yang telah luput.

Bagi rumah pula kita pastikan supaya rumah tidak menjadi kubur kepada ahli kerluarga masing-masing. Alat keselamatan yang dipasang pada rumah menyebabkan pencuri tidak lepas masuk dan penghuninya tidak lepas keluar ketika kebakaran.

Diakhir ceramah peserta diminta memberikan markah kepada persembahan Puan Jesse. Turut disertakan borang tempahan untuk membeli alat pemadam api. Harga yang ditawarkan adalah antara RM199 hingga RM300. Pihak syarikat penaja Persatuan Pencegah Kebakaran Johor akan hubungi mereka yang berminat.

LINKS
1. rumah-terbakar-02-kereta-dan-pokok
2. rumah-terbakar-03-bomba
3. rumah-terbakar-04-bantuan
4. rumah-terbakar-01-keadaan-rumah

No comments: