[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Monday, December 26, 2016

Buku : Nama-Nama Indah Buat Sang Bayi oleh Syaikh Bakar ‘Abdullah Abu Zaid

Buku : Nama-Nama Indah Buat Sang Bayi oleh Syaikh Bakar ‘Abdullah Abu Zaid

No Perolehan : DPEK 08471
Call No. : 297.04 BAK
ISBN : 979-3942-58-4
Bahasa : Melayu
Kategori : Agama

Ulasan :
    Buku “Nama-Nama Indah Buat Sang Bayi” ini sangat bermanfaat kepada kita semua khususnya kepada ibu bapa yang tercari-cari nama yang membawa maksud yang baik. Tidak dapat dinafikan banyak sekali dijumpai zaman ini, ibu bapa muslim memberi nama anak-anaknya dengan nama orang-orang Barat, ataupun nama-nama yang sama sekali tidak membawa maksud kebaikan di dalamnya.
    Besarlah harapan saya, dengan berkongsi membaca buku ini, dapatlah kita sebagai ibu bapa muslim memberi nama anak dengan nama-nama yang indah dan Islami dan merupakan kaedah terindah orang tua bagi buah hatinya di awal-awal kehidupannya di dunia ini. Untuk itulah, Islam sebagai Agama yang sempurna telah memberikan beberapa kaedah dan prinsip-prinsip penting dalam pemberian nama anak. Doa dan harapan bersama semoga nama-nama yang baik ini akan menjadikan anak-anak kita anak-anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah.
    Semoga dengan keindahan nama dan didikan , anak ini mampu pula merealisasikan keindahan akhlak dalam perilakunya seiring dengan nama-nama yang disematkan oleh ibu bapanya kepadanya.
    Diharapkan perkongsian buku ini dapat memberi manfaat kepada semua para pembaca. Selamat membaca.

Judul : Nama-Nama Indah Buat Sang Bayi
Pengarang : Syaikh Bakar ‘Abdullah Abu Zaid
Penerbit : Al-Qowam
Tahun Terbit : 2015
Harga : RM 18.00
Muka surat : 147
Rating : 3/5

Disediakan Oleh :
Ahmad Firdaus Bin Omar @ Ramli
Pembantu Operasi
Perpustakaan Awam Daerah Pekan

Disemak Oleh :
Rohaida Bt. Zainudin
Ketua Perpustakaan Daerah Pekan

No comments: