[] S e l a m a t D a t a n g [] Daftar Ahli U-Pustaka []Cara Daftar Ahli U-Pustaka[] Aktiviti Mewarna Rama-rama [] Borang Pinjaman Kelompok [] Aktiviti Perpustakaan 2017

(Ulasan Buku yang diterbitkan disini adalah Program Galakan Membaca untuk kakitangan kami. Mereka bebas memilih buku kegemaran masing-masing dan akan diterbitkan disini supaya isinya dapat dikongsi. Moga ianya jadi Ilmu Yang Bermanafaat) Untuk medapatkan buku tersebut, boleh cuba bertanya kepada perpustakaan yang berhampiran. Jika mahu membeli boleh cuba dapatkan dikedai buku berhampiran.

Sunday, December 11, 2016

BUKU: SETENGAH ABAD HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESI OLEH Mohammad Redzuan Othman, Md Sidin Ahmad Ishak dl

BUKU: SETENGAH ABAD HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESI OLEH Mohammad Redzuan Othman, Md Sidin Ahmad Ishak dl

JUDUL BUKU:SETENGAH ABAD HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESIA
SIRI BUKU:
ISBN:978-967-323-139-3
PENGARANG:TIADA
TARIKH/TAHUN:2011
EDISI BAHASA:B. MALAYSIA
HARGA:       RM 55.00

ULASAN:
Merupakan koleksi kertas kerja yang ditulis oleh pengkaji-pengkaji  dari  Malaysia dan Indonesia mengenai hubungan 2 hala Malaysia dan Indonesia.
Hubungan Malaysia-Indonesia sudah lama terjalin berabad-abad lamanya sejak zaman tamadun awal lagi bermula dengan tamadun Kedah tua dimana ramai pedagang-pedagang dari kepualauan Sumatra dan kerajaan srivijaya berdagang disana.

Menjelang abad ke 15, Parameswara telah mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka dan menjadi Raja Melaka yang pertama dan banyak pedagang dari Palembang, majapahit berdagang di Melaka.

Ini diteruskan lagi dengan perkahwinan Sultan Masur Syah dengan Putri Raja Majapahit.

Ia juga memberi  peluang kepada sarjana  kedua-dua Negara menilai kembali hubungan kedua-dua Negara dalam pelbagai bidang dengan mengupas isu-isu dari pelbagai aspek, iatu bahasa, sastera , budaya, sejarah, politik, diplomatik  dan sebagainya.

Ia juga membantu rakyat kedua-dua negara mendalami perbezaan kebudayaan kedua dua negara yang berjiran agar segala permasalahan atau pertikaian dapat diselesaikan dengan suasana muhibah sesuai dengan negara yang berjiran.

DISEDIAKAN OLEH:
AZHARANI A. AZIZ

Links:
1. news.detik.com [malaysia-edarkan-3000-buku-setengah-abad-hubungan-malindo]
2. mybargainbooks.com [setengah-abad-hubungan-malaysia-indonesia]

No comments: