Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, December 30, 2010

Doa Hari Kesihatan pada 30.12.2010


Inilah teks bacaan doa yang telah dibaca oleh Ustaz Isham pada Hari Ceramah Kesihatan dan Pemeriksaan Kesihatan. Ustaz Isham adalah ustaz rasmi untuk Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

الرَّحِيْمِ بِسْمِ اللهِ

(seterusnya baca puji-pujian dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.)

1. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Kami menadah tangan menzahirkan kesyukuran kami kerana dengan limpah kurnia-Mu dapat kami berkumpul pada hari ini. Sempena Hari Kesihatan, Hari Program Ceramah Kesihatan dan Pemeriksaan Kesihatan untuk kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang yang diadakan pada hari ini 24hb. Muharam 1431H bersamaan 30hb. Disember, 2010M.

2. Wahai tuhan kami, permudahkanlah setiap pekerjaan kami dan teguhkanlah pendirian kami dalam pelbagai situasi yang kami tempuhi. Ya Allah! Lindungilah negara kami yang tercinta ini, dari segala mara bahaya, agar kami dapat hidup dalam aman merdeka. Sesungguhnya Engkau lemah lembut kepada hamba-hambaMu, Engkau mengurniakan kepada siapa yang Engkau kehendaki. Padahal, Engkaulah Yang Kuat, Yang Gagah.

3. Wahai Tuhan kami, berikan kepada kami dari pihak-Mu keturunan yang baik dan yang sihat, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.

4. Ya Allah, panjangkanlah umur kami, terangilah hati kami, teguhkan iman kami, baikkan amal perbuatan kami, berkatilah rezki kami, sihatkanlah tubuh badan kami, waraskanlah akal fikiran kami. Ya Allah dekatkanlah kami dengan kebaikan, jauhkanlah mereka dari keburukan.

5. Ya Allah, kabulkanlah doa kami ini, agar kami menjadi kakitangan yang soleh dan soleha, yang senantiasa taat kepadaMu, berbakti kepada kedua orang tuanya dan menghormati ketua-ketua kami. Jadikanlah kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang kakitangan yang sihat, waras dan bertaqwa, yang menjadi harapan Pengarah Perbadanan Perpustakaan untuk bekerja dengan sihat dan cemerlang.

6. Ya Allah! Ya Tuhan Kami, Jadikanlah kami kakitangan yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.

{رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ}

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

Amin ya rabbal ‘Alamin

Koleksi Gambar Program 30.12.2010

Inilah koleksi gambar Program Ceramah Pemakanan Sihat dan Pemeriksaan Kesihatan yang diadakan pada hari ini 31.12.2010 (Khamis). Sebanyak 64 keping gambar telah sempat dirakamkan pada hari ini. Sebanyak 19 keping adalah gambar terbaik yang sesuai deletak dalam Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
19
Jururawat yang membuat pemeriksaan tekanan darah
18
Puan Liza dan Puan Hawa sedeng mendengar penerangan tentang kelebihan kolestrol.
17
Puan Suzi (suzila-anggun) sedang melakukan pemeriksaan tahap gula dalam darah.
16
jururawat yang membuat pemeriksaan tekanan darah.
15
Puan Liza sedang mendengar penerangan tentang tahap kesihatan Encik Amin Cini.
14
Puan Ros dan Cik Hawa sedang menunggu giliran untuk diperiksa tekanan darah. Encik Izam berdebar-debar ketika hendak diperiksa oleh jururawat yang comel.
13
Encik Saiful, Encik Amin dan Puan Ros sedang memikirkan cara pemakanan yang sihat untuk masa depan bersama.
12
Jururawat yang ditugaskan memeriksa tekanan darah. Ada ketikanya mesin ni tak boleh baca tekanan darah.
11
Merancang yang terbaik untuk masa depan anak yang bakal lahir.
10
Gemuruh ketika membuat pemeriksaan kesihatan.
09
Puan Nurul sedang disukat ketinggiannya.
08
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, Puan Hajjah Faridzah Bt Jaafar, AMP sedang menyampaikan cenderamata kepada penceramah 'Pemakanan Sihat' Cik Noor Adzha Yusoof Pegawai Dietetik Hospital Tengku Ampuan Afzan.
07
Mendengar ceramah dengan penuh perhatian.
06
Cik Noor Adzha Yusoof Pegawai Dietetik Hospital Tengku Ampuan Afzan sedang menerangkan tentang obesiti di Malaysia. 29 peratus orang dewasa berlebih berat badan. 14 perastus orang dewasa adalah obes. Peratus antara orang lelaki dan wanita adalah 10 dan 17.4 peratus.
05
Cik Noor Adzha Yusoof juga menerangkan maksud Pemakanan Sihat dan Seimbang. Corak pemakanan yang membolehkan badan memperolehi semua jenis nutrian yang diperlukan dalam jumlah yang mencukupi dan bersesuaian.
04
"Ya Allah berikan kesihatan yang baik dan akan yang waras kepada kami dan keluarga kami."
03
Puan Murni telah menyambut kedatangan Cik Noor Adzha.
02
Ustaz Isham sedang membaca doa.
01
Peserta dikalangan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan Persatuan Warga Emas sedang bersiap untuk mendengar ceramah Pemakanan Sihat.

Program Ceramah Pemakanan Sihat dan Pemeriksaan Kesihatan



Program Ceramah Pemakanan Sihat dan Pemeriksaan Kesihatan adalah program yang terakhir yang dijalankan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di Kuantan. Program ini telah berlangsung pada:

Tarikh: 30 Disember (Khamis)
Masa: 9.00 - 12.00 th
Tempat: Dewan PPAP.

Turut hadir memeriahkan program ini adalah Puan Hajjah Faridzah Jaafar AMP, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Selain kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang, turut dijemput adalah Persatuan Warga Emas.

Wednesday, December 29, 2010

MBJ PPAP Disember 2010

Hari ini 29.12.2010, kakitangan dari desa, daerah dan negeri telah datang ke Kuantan bagi menghadiri Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) peringkat PPAP. Ini adalah mesyuarat MBJ yang terakhir bagi tahun 2010. Kedatangan ahli mesyuarat kali ini telah disambut dengan hujan berterusan dan sekali sekala lebat.

Kakitangan dari pelbagai jawatan dan lokasi mengharapkan kebijaksanaan anggota yang dilantik bagi memperjuangkan kehendak kakitangan. Dengan kebijaksanaan kepimpinan MBJ sekarang, diharap mereka akan dapat memberikan keyakinan kepada pihak pentadbiran bahawa apa yang dituntut akan memberikan kebaikan kepada jabatan.

Walaupun cuaca sejuk dan hujan, diharap wakil yang dilantik tidak bermesyuarat dalam suasana yang kesejukan. Keadan sejuk dan hujan ini, memang kita kena jangka, kerana kita masih berada di bulan Disember yang dianggap sebagai musim hujan untuk Malaysia. Ramalan cuaca untuk 7 hari berturut-turut bagi negeri Pahang diramalkan seperti berikut:
-Rabu, 29/12/2010-Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat sebelah Pagi
-Khamis, 30/12/2010-Ribut petir di satu dua tempat sebelah Petang
-Jumaat, 31/12/2010-Ribut petir di satu dua tempat sebelah Petang
-Sabtu, 01/01/2011-Ribut petir di satu dua tempat sebelah Petang
-Ahad, 02/01/2011-Ribut petir di satu dua tempat sebelah Petang
-Isnin, 03/01/2011-Ribut petir di satu dua tempat sebelah Petang
-Selasa, 04/01/2011-Ribut petir di satu dua tempat sebelah Petang

Samalah kita berdoa supaya kita tidak menghadapi banjir. Tetapi AJK MBJ perlu membanjirkan Mesyuarat MBJ dengan pelbagai idea yang kreatif bagi menaikkan nama baik Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Tuesday, December 28, 2010

Buang Data Tidak Berguna Dalam RAM

Mungkin anda tidak perasan ataupun buat-buat taknak ambik tahu mengenai prestasi komputer anda yang kadangkala "hang" ( tergendala ) ataupun tiba-tiba lembab. Komputer sama juga seperti sebuah kereta, akan menjadi slow atas sebab tertentu. Kenapa saya kaitkan komputer dengan kereta ? sebab tak semua orang faham bahasa komputer...Ok la, Tutorial ni saya nak tunjukkan cara asas membuang data yang tidak berguna yang tersimpan dalam RAM komputer. Tugas RAM adalah menyimpan data-data yang diproses oleh Pemproses (Processor/CPU) sebelum ia dipaparkan kepada pengguna. Data adalah seperti maklumat dalam Microsoft Word yang anda buka, gambar dari folder anda, lagu dari senarai simpanan anda dan berbagai lagi. Maka, setelah RAM menyimpan Bit-Bit data sehingga 100% data, ia akan membuang secara otomatik sedikit demi sedikit dari simpananya yang digelar Temporary Storage \ Files. Tapi, apa pasal nak tunggu RAM ni padamkan data ni secara otomatik apabila overload? kenapa anda marah bila PC slow? kenapa nak salahkan RAM yang dah dipasang 2 keping sejumlah 2GB tapi kata tak cukup RAM? Kenapa mula-mula dapat PC prestasi laju je tapi makin ke slow nak salahkan RAM tak cukup? Ok, inilah sebabnya(SALAH SATU DARIPADA 10 SEBAB)...........Anda praktis Tutorial dibawah ini dan amalkan seminggu sekali

LANGKAH 1

Buka MyComputer dan Right Click pada Drive C:\
Pilih Prioperties...



LANGKAH 2

Click pada DiskCleanup..




LANGKAH 3


Tandakan petak kosong yang mengandungi data dalam unit KB ( Kilo Byte ).
Unit Data dipaparkan pada bahagian kanan manakala kotak pada bahagian kiri.



LANGKAH 4

Click Yes untuk meneruskan proses pemadaman data.



LANGKAH 5


Komputer sedang melaksanakan proses pemadaman data yang akan memakan masa 5 minit hingga 15 minit bergantung kepada jumlah data yang terkandung didalam RAM PC tersebut....


Jalankan Proses ini seminggu sekali bagi kelancaran perjalanan data PC anda...
Nantikan 9 proses seterusnya untuk melajukan PC anda pada siri berikutnya...
Oleh : ijan Lanchang@Shahrulmaizam

Monday, December 27, 2010

Kenapa Komputer Mudah Rosak?

Pada kali ini, saya akan membincangkan beberapa faktor penyebab komputer/laptop cepat rosak. Baiklah, istilah rosak disini adalah seperti lambat proses data/program, tersekat (hang), virus, data/folder hilang secara tiba-tiba (hidden), punca kuasa terpadam sendiri(power supply), bunyi pelik didalam komputer (casing), bau hangit, meletup, tidak boleh dihidupkan dan banyak lagi..

ANTARA PENYEBAB UTAMA:-

1- Suhu persekitaran yang panas atau pada suhu bilik 35*c-37*c. Komputer mampu beroperasi beberapa hari pun sekiranya diletakkan didalam suhu 17*c iaitu suhu penghawa dingin. Tidak hairanlah SERVER mampu beroperasi di dalam suhu bilik 17*c melebihi 1 bulan tanpa dipadam !!!

2- Persekitaran yang berhabuk, seperti tepi tingkap atau PC diletak diatas lantai. Komponen komputer amat sensitif terhadap habuk kerana ia dilengkapi ratusan cip/kapasitor/transistor dan diod yang mudah panas.

3- Penggunaan yang terlalu lama pada suhu bilik melebihi 3 jam. Kipas didalam kerangka komputer tidak mampu 'menyejukkan' semua komponen/peranti yang terdapat didalamnya. Kipas tambahan boleh dipasang tetapi pendawaian hendaklah betul bagi mengelakkan litar pintas yang akan merosakkan komponen dalaman.

4- Penggunaan menjangkau keupayaan sebenar, seperti suntingan video berkapasiti terlalu besar atau bermain game beresolusi tinggi. Contohnya, Pemproses 1.6GHz dengan memori 256MB hanya mampu memproses data ringan seperti MS Word, PDF, mendengar lagu MP3 dan melayari internet. Permainan komputer dan suntingan video sesuai dijana oleh pemproses 3.0GHz jenis 64Bit, 2GB-8GB memori berkelajuan 800MHz - 2066MHz dan 2GB Kad memori jenis 128Bit - 512Bit.

5- PC berada terlalu hampir dengan peralatan elektronik lain seperti televisyen, radio, pemanas air, pembakar roti dan sebagainya yang menghasilkan ganguan gelombang elektrik/cas statik (distortion) .


PENYEBAB SAMPINGAN:-


1- Virus, sekiranya mengunakan antivirus yang baik dan dikemaskini setiap hari, 99% virus gagal menyerang data atau file O.S ( Operating System ). Imbas(scan) pendrive(pemacu USB)/external hard disk (cakera keras luaran) tiap kali selepas memuat turun / salinan (download)/(copy-paste) fail dari PC lain.

2- Jarang diservis melebihi 6 bulan ( Format Install O.S ). Sebaiknya, servis PC setiap 3 bulan untuk mengoptimumkan prestasi komputer.

3- PC pernah terhempas/gegaran kuat dari hentaman objek. Cakera keras adalah objek yang paling sensitif terhadap gegaran kuat dan didalamnya terdapat jutaan bit data yang disimpan.

4- Sambaran petir yang mengakibatkan bekalan kuasa/papan litar (motherboard) terbakar. Sambaran petir/litar pintas mampu merosakkan sebahagian/keseluruhan data didalam cakera keras termasuk O.S, bekalan kuasa, papan litar dan komponen lain didalam kerangka PC.

5- Memori (R.A.M) tidak mampu menampung data yang terlalu banyak disimpan didalam cakera keras (hard disk). Semakin besar saiz memori, semakin cepat komputer mencapai jutaan Bit data dari cakera keras. Naik taraf kapasiti RAM sekiranya semakin banyak data telah disimpan.

Demikianlah antara jawapan kepada soalan komputer mudah rosak....Ikutilah nota-nota lain pada siri yang berikutnya... SELAMAT MAJU JAYA!!!
oleh : Ijan Lanchang@Shahrulmaizam

Apa itu u-Library?

u-Library merupakan akronim kepada Ubiquitous Library atau Perpustakaan Ubiquitous. Ubiquitous membawa maksud, bila- bila masa di mana sahaja.

Perpustakaan Konsortium
u-Library dianggotai oleh 7 buah perpustakaan di Malaysia iaitu:
  • Perpustakaan Negara Malaysia
  • Perpustakaan Awam Pahang
  • Perpustakaan Awam Selangor
  • Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
  • Pustaka Negeri Sarawak
  • Perpustakaan Kuala Lumpur
  • Perpustakaan INTAN Kuala Lumpur
manakala agensi lain yang turut menjayakan adalah:
  • Kementerian Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Malaysia
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
  • MAMPU
  • EPU
Bagaimana tercetus u-Library
u-Library merupakan komponen di bawah Inisiatif Jalurlebar Kebangsaan bagi menggalakkan penggunaan jalurlebar di kalangan masyarakat melalui kandungan tempatan dan pembudayaan ilmu pengetahuan di mana- mana dan bila- bila masa!

Komponen u-Library
  • Infrastruktur - Komponen ICT, Jalurlebar, komponen RFID (Radio Frequency Identification)- meliputi Stesen Kaunter, Tagging, Kiosk Pelbagaiguna, Gelongsor Buku
  • Infostruktur - Portal, Pangkalan Data
  • Perkhidmatan - Penghantaran (Pos Laju), Cashless Payment (MePS & Touch n Go)
Aliran Proses u-Library:
1. Pendaftaran Keahlian*
2. Verifikasi akaun melalui emel
3. Tempahan bahan perpustakaan (7 perpustakaan) secara online*
4. Penghantaran bahan perpustakaan yang dipinjam melalui Pos Laju dengan caj yang dipersetujui*
5. Pemulangan semula bahan ke perpustakaan melalui Pos Laju dengan caj yang dipersetujui *

* Mengikut terma & syarat serta polisi u-Library
Maklumat lanjut mengenai u-Library, sila layari www.u-library.gov.my/portal

LINK:
1. perpustakaan ubiquitous u-library
2. Poster_U-Library.pdf
3. Library books delivered at your doorstep
4. Ubiquitous Library Project

Friday, December 24, 2010

Karnival Lanchang Kali Ke 5 2010

Ketua Perpustakaan Cawangan Lanchang telah memaklumkan dalam HUB KOMUNIKASI WARGA PPAP bahawa Perpustakaan Awam Cawangan Lanchang akan mengadakan Karnival Lanchang Kali Ke 5 2010. Karnival ini akan berlangsung pada:

Tarikh : 23.12.2010 (Khamis) hingga 26.12.2010 (Isnin)
Tempat: Dataran Bahaman Lanchang
Penganjur: Pejabat Adun Kawasan Lanchang
Dengan kerjasama: Perpustakaan Awam Cawangan Lanchang, Kolej komuniti Temerloh, Puteri Umno Bahagian Temerloh dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Program yang akan ditempatkan di Perpustakaan Awam Cawangan Lanchang adalah:
24.12.2010 (Jumaat) 9.00 pg - 5.00 ptg
1. Sulaman manik
2. Kerjaya; mencari kerja menggunakan jobs malaysia

25/12/2010 (sabtu) 9.00 pg
1. Pertandingan mewarna keluarga

26/12/2010 (ahad) 9.00 pg - 5.00 ptg
2. Kursus hiasan diri

Sesiapa yang berkesempatan dan berminat dengan Sulaman manik, mencari kerja menggunakan jobs malaysia, Pertandingan mewarna keluarga dan Kursus hiasan diri boleh hubungi Encik Zulkifli Haron (Ketua Perpustakaan Awam Cawangan Lanchang) di talian 09-2803830.

Thursday, December 23, 2010

Perkhidmatan Perpustakaan

SEDANG DIKEMASKINI 
dan akan diterbitkan dengan logo baru.

PINJAMAN
Ahli yang berdaftar boleh meminjam bahan- bahan yang dibenarkan sebanyak 2 buah untuk tempoh dua minggu bagi setiap bahan. Pendaftaran dan pinjaman boleh dibuat di kaunter perkhidmatan perpustakaan.

PEMULANGAN
Pemulangan buku boleh dibuat di kaunter atau melalui gelongsor buku (di perpustakaan negeri sahaja). Walau bagaimnapun, buku yang telah melewati tarikh pemulangan yang ditetapkan tidak boleh dipulangkan di gelongsor buku. Pemulangan yang lewat akan dikenakan denda sebanyak 20 sen sehari bagi setiap satu bahan.

PEMBAHARUAN
Peminjam yang memerlukan lanjutan tempoh pinjaman boleh membuat pembaharuan tarikh pemulangan. Sebanyak 3 kali pembaharuan dibenarkan melalui telefon/ atas talian/ datang sendiri ke kaunter. Pembaharuan secara atas talian boleh dibuat melalui pautan WebOPAC di laman web rasmi PPAP.
.

Hari terbuka Unit Pusat Sumber

Hari terbuka Unit Pusat sumber telah berlansung pada hari ini 23/12/2010 (Khamis). Berikutan dengan itu satu majlis perasmian "SANTAI CORNER" akan diadakan pada jam 3.00 petang ini dan di rasmikan oleh Pengarah INTAN, Yang Berbahagia Dr. Aminuddin bin Hassim.

Sehubungan dengan itu perkhidmatan "link webinar" telah diadakan bagi melihat program ini secara langsung. Anda semua di jemput untuk menyaksikan program ini , sila layari:

http://webinar.u-library.gov.my/intan

Anda boleh turut serta dengan menaip nama anda.

Fungsi Bahagian & Unit PPAP

TELAH DITUKAR
dan akan diterbitkan dengan logo baru.

Kandungan
A. BAHAGIAN PENTADBIRAN, KEWANGAN & PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
B. BAHAGIAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN & MAKLUMAT
C. BAHAGIAN RANGKAIAN
D. UNIT PEMBINAAN KOLEKSI
E. UNIT PENDOKUMENTASIAN & TEKNIKAL
F. UNIT PERANCANGAN KORPORAT DAN PEMBANGUNAN
G. UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT

A. BAHAGIAN PENTADBIRAN, KEWANGAN & PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Memikul amanah dan bertanggungjawab penuh kepada keseluruhan urusan pentadbiran jabatan. Ianya merangkumi urusan perkhidmatan, pengurusan personel dan kerja-kerja kewangan Perbadanan.

B. BAHAGIAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN & MAKLUMAT
Unit Pengurusan Maklumat dan Multimedia berperanan dan menyelia peralatan ICT sedia ada di PPAP dan merancang penggunaan peralatan ICT untuk perpustakaan- perpustakaan baru yang perlu dilengkapi kemudahan ICT sesuai dengan teknologi semasa.

Menyelenggara peralatan ICT supaya dapat beroperasi dengan baik serta melatih kakitangan PPAP untuk sentiasa peka terhadap penjagaan peralatan ICT dari aspek keselamatan alat dan penggunaan yang bijak. Selain dari itu, unit ini bertanggangjawab dalam memberi perkhidmatan latihan ICT kepada pengguna- pengguna perpustakaan dan masyarakat di negeri Pahang melalui perlaksanaan aktiviti celik IT di perpustakaan.

C. BAHAGIAN RANGKAIAN
Unit ini berperanan dalam merancang, mengurus dan menyelia Perkhidmatan Perpustakaan Daerah, Cawangan, Bergerak dan Perpustakaan Desa (PD) seluruh Pahang.

Mengurus perkhidmatan perpustakaan daerah,cawangan, desa dan bergerak melalui konsep pemantau berpusat (Central Monitoring) dalam memastikan objektif jabatan tercapai.

D. UNIT PEMBINAAN KOLEKSI
Berperanan dalam mengenalpasti, memilih dan mengurus prosedur pembelian bahan-bahan perpustakaan serta memproses rekod bahan-bahan berkenaan. Unit ini juga bertanggungjawab mengumpul dan membuat kajian keperluan bahan/koleksi yang sesuai dan mem enuhi keperluan ilmu masyarakat dinegeri pahang.

E. UNIT PENDOKUMENTASIAN & TEKNIKAL
Unit ini bertanggungjawab untuk mengkatalog dan mengklasifikasikan serta memproses bahan-bahan perpustakaan (buku, laporan tahunan, akta dan CD-Rom) untuk perpustakaan pusat dan perpustakaan kelompok yang diterima daripada Unit Pembinaan Koleksi bagi memastikan bahan-bahan tersebut dikategorikan dan dikelaskan mengikut perkara yang betul agar mudah bagi pengguna mencari dan mendapatkan maklumat. Walaubagaiamanapun pada tahun 2006 unit pendokumentasian tidak menerima bahan perpustakaan kelompok untuk diproses.

Setelah bahan-bahan tersebut diproses, statistik bagi setiap penghantaran akan diambil untuk memastikan bilangan bahan bagi setiap perkara sebelum diserahkan kepada Unit Sirkulasi untuk edaran kepada ahli dan para pengguna perpustakaan.

Selain itu unit ini juga bertanggungjawab memastikan data bagi buku-buku terbaru sentiasa dikemaskinikan dari masa ke semasa dengan menghapuskan data-data lama bagi buku-buku yang ingin dilupus dan dihapuskira daripada koleksi PPAP.

F. UNIT PERANCANGAN KORPORAT DAN PEMBANGUNAN
F1. Dasar dan Perancangan
-Menganalisa dan mengesan Dasar, Maklumat, Peraturan dan Amalan Kerajaan bagi membantu penggubalan dan penetapan dasar PPAP
-Mengenalpasti dan menkaji isu semasa yang mempunyai implikasi dasar terhadap aktiviti PPAP
-Mewujudkan bank data bagi membantu penggubalan dasar dan perlaksanaan program oleh PPAP
-Menjalankan kajian impak program/projek PPAP

F2. Pengurusan Projek
-Menyelaras program/projek dan cadangan pembangunan prasarana dan program baru/sedia ada
-Menyediakan kertas konsep dan perincian projek baru
-Melaksanakan aktiviti pemantauan pembangunan prasarana dan program

F3. Bajet Pembangunan
-Menyediakan perancangan 5 tahun (RMK)
-Menyediakan Kajian Separuh Penggal (KSP)
-Menyediakan keperluan bajet pembangunan tahunan PPAP
-Memantau prestasi projek dan bajet pembangunan

F4. Perancangan Korporat
-Urusan Dewan
-Menyediakan KPI PPAP
-Menyelaras aktiviti kualiti dan ICC
-Menyediakan Laporan Tahunan
-Perkongsian maklumat dalam atau luar PPAP
-Memberi latihan dalam bidang perpustakaan, kepustakawanan dan pembacaan.

G. UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
Unit Teknologi Maklumat merupakan unit sokongan kepada perkhidmatan perpustakaan. Oleh yang demikian, peranan dan fungsi unit ini adalah untuk:
-Meyelia sistem aplikasi yang digunapakai di perpustakaan
-Memberi sokongan teknikal dan menyelenggara perkakasan ICT di bawah seliaan PPAP
-Menyelenggara laman web di bawah kawalan perbadanan mengikut keperluan
-Membangun/ menyelenggara sistem- sistem yang berkeperluan dari semasa ke semasa
-Menyelaras aktiviti literasi Teknologi Maklumat komuniti di perbadanan dan perpustakaan rangkaian

sumber: Unit Perancangan Korporat Dan Pembangunan

Wednesday, December 22, 2010

Carta Organisasi PPAP

Carta Baru telah diterbitkan.

Untuk melihat carta baru sila klik [DISINI]
(klik untuk besarkan)

Ini adalah carta organisasi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang yang masih digunakan hingga kini tahun 2010.(klik untuk besarkan)


sumber: Unit Perancangan Korporat Dan Pembangunan

Peranan PPAP

- Menubuh, melengkap, mengurus dan mengelenggara Perpustakaan Awam di Negeri Pahang.

- Menganjur dan menggalakkan aktiviti pembacaan kepada masyarakat terutama sekali dalam Bahasa Melayu.

- Menganjur dan menggalakkan penggunaan buku-buku di Perpustakaan Awam untuk tujuan rujukan dan pinjaman oleh pengguna.

- Memperolehi secara menyeluruh bahan-bahan/ buku terbitan dalam Negeri Pahang untuk simpanan sebagai Koleksi Tempatan.

- Menyediakan bahan-bahan / buku untuk perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan dengan lain-lain perpustakaan di Malaysia (Interlibrary Loan)

- Menyediakan kemudahan dan persekitaran perpustakaan yang kondusif dan selesa kepada pengguna untuk tujuan rujukan dan penyelidikan.

- Merancang dan melaksanakan program / aktiviti kempen galakan membaca secara berterusan kepada semua golongan masyarakat khususnya dalam Negeri Pahang bagi menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.

- Menjadikan perpustakaan sebagai tempat untuk aktiviti riadah, kebudayaan dan pembelajaran sepanjang hayat kepada masyarakat.

- Merancang untuk penambahan rangkaian perkhidmatan perpustakaan ke seluruh Negeri Pahang melalui penubuhan perpustakaan Daerah, Cawangan, Desa dan Bas Bergerak bagi meliputi semua lapisan masyarakat di luar Bandar.

Piagam Pelanggan PPAP

1. Perkhidmatan Penasihat Pembaca
-- Menyediakan persekitaran pembaca yang selesa untuk pengguna.
-- Bersedia membantu pengguna mencari dan mendapatkan maklumat.
-- Menyediakan koleksi bahan perpustakaan yang berkualiti.

2. Kaunter Edaran
-- Memberi perkhidmatan kaunter yang cekap dan mesra.
-- Semua permohonan yang lengkap untuk pendaftaran keahlian perpustakaan akan disiapkan dalam tempoh tiga hari.
-- Proses pinjaman dan pemulangan bahan bacaan dalam masa lima minit.

sumber: Unit Perancangan Korporat Dan Pembangunan

Objektif, Visi, Misi dan Moto PPAP

SEDANG DIKEMASKINI 
dan akan diterbitkan dengan logo baru.

OBJEKTIF
Mewujudkan masyarakat yang berbudaya membaca, mencintai ilmu dan meghargai maklumat serta berpandangan positif dan progresif terhadap pembangunan diri, masyarakat, agama dan negara

VISI
Ke arah melahirkan masyarakat berbudaya ilmu

MISI
Menyediakan prasarana sumber maklumat dan ilmu untuk semua
lapisan mayarakat

MOTO
Khazanah Ilmu Penggerak Minda

sumber: Unit Perancangan Korporat Dan Pembangunan

Alamat Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang


Alamat Baru:

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG
Jalan Kemunting,
25000 KUANTAN.
Tel: 09-515 5050
Faks: 09-515 5051

Mula berpindah masuk ke Lot 10, Jalan Kemunting pada 1hb April 2016. Tetapi operasi perkhidmatan akan bermula pada satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Alamat lama:
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang
Jalan Gambut,
25000, Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-5163411
Faks: 09-5141607
E-mel: ppap@pahanglibrary.gov.my

Selamat datang Shahrul Maizam

(Juruteknik komputer Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang)

Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang mengucapkan selamat datang kepada Shahrul Maizam. Beliau akan menjadi penulis jemputan yang akan menulis tentang asas komputer dan pembaikan komputer. Kemahiran beliau dalam networking dan maintanance amat diharap dapat membantu warga Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dan pengunjung Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang untuk mendalami ilmu komputer.

Dalam kesibukan masa beliau menjalankan kerja-kerja penyelanggaraan di negeri, daerah, cawangan dan desa kita berharap beliau ada sedikit masa lapang untuk menceritakan pengalaman beliau dalam blog ini.

Akhir sekali Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang mengucapkan selamat datang kepada penulis jemputan yang pertama untuk Blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

LINKS:
1. konsep-asas-baik-pulih-komputer
2. baiki-masalah-pc-dengan-bartpe
3. baiki-dll-files-dalam-komputer
4. baiki-komputer-sendiri-format-partition
5. awas-penipuan-jurutera-komputer

Penubuhan PPAP

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP) telah ditubuhkan di bawah Enakmen No. 11 pada 26 September 1973. Operasi Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang untuk masyarakat bermula di bangunan Rumah Rehat lama di Jalan Masjid, Kuantan pada tahun 1976. Pada tahun 1985 Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang berpindah ke bangunan lama Ibu Pejabat Polis Pahang. Bangunan ini pernah digunakan sebagai Dewan Undangan Negeri Pahang. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al- Mu'adzam Shah telah merasmikannya pada 28 Oktober 1987. Bangunan sekarang pernah digunakan untuk Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Yang Pertama Penggal Pertama yang telah diadakan pada 22 Ogos 1959. Pada akhir September 1969, bangunan baru Dewan Undangan Negeri yang terletak di dalam Bangunan Wisma Sri Pahang dan bangunan tujuh tingkat yang menempatkan sebahagian besar pejabat kerajaan negeri siap dibina dan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al - Muadzam Shah pada 29 Mac 1971. Setelah menggunakan bangunan ini sebagai Bangunan Dewan Undangan Negeri selama lebih kurang 10 tahun, 1959 hingga 1969. Seterusnya bangunan tersebut telah digunakan sebagai Ibu Pejabat Polis Pahang sebelum diserahkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada tahun 1985. Hingga kini Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah memberikan perkhidmatan kepada masyarakat selama 25 tahun menggunakan bangunan ini.
rujukan: Unit Perancangan Korporat Dan Pembangunan
LINK: - www.pahang.gov.my - Institusi Dewan Undangan Negeri Pahang - dir.home.net.my - Bangunan lama Ibu Pejabat Polis Pahang - uqconnect.net - HRH Sultan Haji AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH bin al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Ri'ayatuddin al-Mu'adzam Shah, 5th Sultan of Pahang - ms.wikipedia.org - Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar - www.iium.edu.my - Constitutional Head - www.pekan.my - Sejarah Kesultanan Pahang - ms-my.facebook.com - Kesultanan Diraja Pahang - www.contactmusic.com - The Sultan of Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri-ayatuddin Al-Mu'adzam Shah - www.malaysianmonarchy.org.my - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VII Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah

Logo Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

SEDANG DIKEMASKINI 
dan akan diterbitkan dengan logo baru.


LOGO BARU KAMI [KLIK DISINI]

(Logo Lama Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang)

Tiga lapisan buku berwarna hitam, putih dan biru bermaksud tiga lapisan masyarakat utama pengguna perpustakaan iaitu dewasa, belia dan kanak-kanak.

Bentuk tiga segi dan bulat yang saling bercantum adalah simbol masyarakat yang berkait rapat dengan institusi perpustakaan dan cintakan buku dan ilmu.

Warna hitam dan putih adalah lambang warna negeri Pahang.

Warna biru adalah lambang kegigihan dan budaya cintakan ilmu.

Warna kelabu melambangkan kekukuhan. Warna emas melambangkan ketrampilan yang menyerlah.

Bahagian 1( USB Port )


USB - 01 ( Traditional USB )


Pada zaman sekarang, hampir semua komputer menggunakan USB Port menggantikan Serial Port. USB adalah ringkasan perkataan Universal Serial Bus yang mempunyai versi 1.1 (12Mbits/second), 2.0 (480Mbits/second) dan terbaru 3.0 (3.2 hingga 4.8Gb/second). Setiap versi mempunyai kelajuan tersendiri dalam pemindahan data per saat.

USB banyak digunakan oleh aksesori komputer seperti Pencetak, Pengimbas, Thumdrive, Tetikus, Papan kekunci, Kamera Digital, Pemain MP3 dan sebagainya. USB ini mempunyai pelbagai saiz, ada digelar Mini USB, Micro USB dan Standard USB yang biasa anda lihat dan pakai di komputer mahupun Komputer riba. Panjang maksimum wayar USB versi 1.0 adalah dihadkan kepada 3 meter sahaja, manakala bagi versi 2.0 adalah 5 meter dan versi 3.0 diturunkan kepada 3 meter.

USB - 02 ( Jenis USB )

USB Hub adalah aksesori komputer yang cukup popular untuk menghubungkan satu komputer dengan lebih daripada 3 unit aksesori seperti Pendrive, Printer, speaker dan sebagainya. USB Hub biasanya mempunyai 3 hingga 8 port yang banyak membantu sekiranya sesebuah PC hanya mempunyai 2 port sahaja. Jangan tak tau, 1 Port USB boleh menampung sehingga 127 peranti !!

USB - 03 ( USB Hub )

Terima Kasih Laman Pahang

Diucapkan terima kasih kerana menjemput saya menjadi penulis dalam blog Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Dengan sedikit ilmu yang saya ada, diharap dapat berkongsi denga kawan-kawan tentang ilmu perkomputeran.

Setelah menamatkan persekolahan di SMK Dato' Bahaman Lanchang pada tahun 2000, saya kemudianya menyambung pelajaran ke Institut Kemahiran Mara Besut dalam jurusan Kejuruteraan Komputer sehingga tahun 2003.

Saya sebelum ni bekerja sebagai penyelenggara komputer di sebuah kedai komputer di Temerloh dan seterusnya saya ditawarkan untuk mencurahkan bakti saya di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang bermula pada tahun 2009.

Dengan serba sedikit ilmu yang saya ada, dapatlah saya berkongsi dengan anda semua. Sekian terima kasih....