kulit buku Diabetic Cookbook; healthy meals, snacks and salads for diabetics oleh Jacqueline Bellefontaine
Sekiranya anda salah seorang pesakit diabetis / kencing manis atau mempunyai ahli keluarga yang berpenyakit kencing manis, buku Diabetic Cookbook ini amat sesuai untuk anda dalam urusan menyediakan makanan harian.
Menurut pengarang buku ini; Jacqueline Bellefontaine, kehidupan sebagai pesakit diabetis / kencing manis tidak bermakna anda sentiasa perlu meninggalkan kelaziman kehidupan dalam pemakanan. Buku Diabetic Cookbook ada jawapannya. Ia boleh dijadikan panduan dalam menyediakan makanan sama ada untuk pesakit atau diri sendiri agar kehidupan menjadi lebih sihat walaupun dihinggapi penyakit berbahaya tersebut.
Pelbagai resepi sihat yang rendah kandungan gula dan lemak serta nasihat-nasihat berguna turut dimuatkan dalam buku ini. Antaranya termasuk resepi untuk sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam, pencuci mulut dan kuih, kudapan serta minuman.
Cara serta kaedah penyediaan makanan dan minuman bagi setiap resepi dalam buku ini ditunjukkan satu persatu berserta gambar berwarna. Ia amat menarik sekali dan mudah difahami.
No.Perolehan : 12-03271
Call No : 641.5631 BEL
ISBN: 9780906239039
Bahasa: Inggeris
Kategori: Teknologi
Judul : Diabetic Cookbook; healthy meals, snacks and salads for diabetics
Pengarang: Jacqueline Bellefontaine
Penerbit: King Books
TahunTerbit: 2012
Harga: RM65.00
Muka Surat: 160
Rating: 5/5
Disediakan oleh:
Fazilarwati binti Abdul Hadi
PAC Jengka
No comments:
Post a Comment